Showing posts with label Macam- macam Hal. Show all posts
Showing posts with label Macam- macam Hal. Show all posts

Thursday, November 21, 2024

Lunch Mee Goreng Daging





gambar ni hiasan dari koleksi SA je..rupa lebih kurang cuma xde telur mata..lupa nak amik gambar sebab lapar sangat..


 Assalamualaikum...

Lunch tadi SA makan mee goreng daging je...tapi sebelum tu ada conversation dengan makcik food court...dia amik order dan anak dia masak...ni kat kedai biasa SA tapau...makcik tu SA akan panggil Mak..memang dari dulu lagi panggil macam tu...abis la..mak orang jadi mak SA plak..hahaha...

Jom baca conversation

Makcik : Nak order apa dik..

SA : Mak...boleh x nak order mee goreng

Makcik : Boleh la...dah kenapa x boleh

SA : Tapi orang nak mee goreng daging...boleh ke?

Anak dia : Boleh la kak...nak telur mata tak?

SA : boleh la..telur mata kuning dia cair erk

Makcik : Mee goreng daging telur mata goyang satuuu!!!!

kenapa nak mee goreng daging plak ni..

SA : Ntah la mak...orang teringin sangat....terbayang- bayang dari tadi...tu yang turun awal tu..

Makcik : Kau mengandung ke...muka berseri- seri je sekarang?

SA : uishhh...agak la mak..takde..takde...

Makcik : Eh apa salahnya....dah ada laki..bukan takde laki..

SA : eeeeeee...jangan macam- macam mak...orang dah tua..dah 46 tahun...risiko tinggi..

Makcik : Kalau tuhan nak bagi apa salahnya...mana tau rezeki...ko cakap tak nak sekali tuhan bagi..

SA : Takde...takde..orang tgh period ni...

Makcik: Gelakkan SA kaw- kaw


Eh eh...makcik tu kan....sabar jer la....seram plak SA...dia nak sanagt tengok SA preggy...mesti comel katanya...aduhai makcik oii..jangan la macam- macam...sampai sekarang terngiang- ngiang dia nyer gelak tu...asal sebut teringin je dia ingat SA mengandung....


Wednesday, April 17, 2024

SA Amik Jalan Unfriend Follower Yang Outspoken di FB menggelarkan Orang Gelaran Binatang

Assalamualaikum....

Viral sana sini gambar yang dijadikan muka haiwan seperti anjing dan khinzir tu di FB dan media sosial yang lain..ni semua kerja mereka- mereka yang terpaling boikot...ye kami yangboikot ni faham sesetengaha orang dalam keadaan terpaksa baru- baru ni gara- gara tiada tempat atau kedai makan dibuka time raya...tapi bukan la tugas kita nak menghukum diorang yang beli MCD or KFC tu...x salah pun diorang makan sebabnya makanan tu halal...pelik la orang- orang kita ni yang terpaling boikot tapi x ikut landasan ni..sedih tau...free je digelar macam tu...

Tak fikir ke kalau ada sedara mara yang bekerja kat dua franchais ni? rezeki diorang tu halal kot..sebab semua ni dah la rezeki terjejas..diorang jugak di tuduh dan digelar macam- macam..xde ke simpati jauh di sudut hati orang- orang terpaling boikot ni?

Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam. Jika dia tidak mampu (mengubahnya dengan lidah), maka ubahlah dengan hati jantungnya dan ia adalah iman yang paling lemah. (Sahih Muslim, 70).sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesiapa antara kalian yang melihat sebarang kemungkaran berlaku maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Jika dia tidak mampu (mengubahnya dengan tangan) maka ubahlah dengan lidah (suara dan advokasi)



Perkongsian dari seorang penulis di FB SA share kat sini...

Well Said brother...

Semalam aku unfriend dua orang yang aku dah kategorikan sebagai akstremis agama. Kalau bahasa netizen diorang ni geng terpaling.

Terpaling boikot, terpaling Islam. Aku cemuih dengan geng-geng macam ni sebab pada mereka syurga neraka, amal ibadah, dosa pahala terletak dihujung jari mereka atas papan kekunci. 

Aku okay saja kau nak boikot ke apa ke, malahan aku pun boikot KK Mart sekarang ni sanggup tak beli roti Gardenia kat situ walaupun hanya itu je kedai yang ada dekat tempat selalu aku melepak. 

Tapi tidak pula aku downgrade orang-orang yang masuk ke KK Mart beli barang keperluan mereka. Hak masing-masing. This is a free country brader sister. Semua orang boleh percaya dengan apa yang mereka nak percaya. 

Jadinya bila kau meletak komen merata menyamakan orang yang ke McD atau KFC sebagai anjing maka aku rasa eloklah aku menjauhkan diri. Sebab stand kita berbeza cuma aku tidak pula menyatakan aku yang terpaling betul apatah lagi mencampak muslim lain ke neraka atau menjadikan mereka binatang hanya kerana tidak sealiran dengan aku.

Lagipun McD dan KFC tu memang ada sijil Halal Jakim. Bukan sijil halal Jakim ni ke yang terpaling diperjuangkan bila nak makan? Dah kenapa sekarang orang pilih nak makan kau rasa kau terpaling baik, terpaling berjuang? 

Aku malas pergi jauh lagi macam penggunaan Meta ni sedangkan Meta ni memang jelas-jelas antara penyumbang terbesar I$ra3l. Malahan ada kenyataan terbuka pasal ni pun. Bila tang McD, tang KFC bukan main berjuang. Bila cakap tentang Meta "Ehh kami guna untuk kebaikan". Habis tu McD KFC tu takde kebaikan kepada negara ni? Kepada orang Melayu dekat negara ni? 

Sembang macam orang bodo ni aku memang takleh nak lawan jadi sebab tu aku blah.

Lagi satu, tu Iphone kat tangan tu jangan lupa, Apple punya. Dah cek ke duit Apple ni pergi mana?

Kau tak setuju, kau unfriend je aku siap-siap. Aku malas nak berdebat. Sebab ni ruangan aku, aku punya suka nak tulis apa macam kau punya suka anjingkan orang sana sini sebab kau terpaling pejuang. Sebab aku tak suka benda tu maka aku sendiri akan unfriend. Dalam hal ni aku tolak setuju untuk tidak bersetuju.

Mungkin Islam kau tahap paling tinggi berbanding Islam orang lain.

Jadi level kita tak sama.

Fikir- fikirkanlah...

Baru ni yang di tangkap gara- gara serang orang ramai yang beli MCD rupa- rupanya ada banyak kes...see...bukan orang yang sepatutnya layak bersuara. Dengan positif dadah lagi...selamba je sound- sound oranag mengalahkan ornag yang di sound tu buat jenayah...orang tu xde pilihan...terpaksa beli sebab anak- anak dah kelaparan..kedai or mamak kehabisan makanan...sebagai ibu bapa, apa pilihan yang ada...SA share kat FB ada plak yang bergaduh kata taik politik la apa la...sedih betul..dikalangan followers SA pun ada macam tu...terus SA blocked dan unfriend...


Thursday, December 28, 2023

Tak Tau La Kenapa....

Assalamualaikum...

Sebenarnya kan..SA dah 3  hari sakit tangan kanan ni...x tau terseliuh ke apa, takde plak rasa terseliuh ke apa..SA notice hari Ahad pagi bangun tido tu tiba- tiba sakit..dia macam tulang stuck kat pergelangan tangan...ingat dah urut2 biasa je letak minyak panas dia ok...tapi tak uolls...dia tetap stuck tulang pergelangan tangan tu lepas tu ada bunyi macam meletup- meletup krukk krakk tu tu...nak explain pun x reti macam mana...

Tadi SA pi Mailbox hantar hadiah Linda terus pi farmasi kat NuSentral...staff farmasi suruh guna wrist ni dulu sementara dan suruh pi klnik dapatkan rawatan sebab sakit sampai ke bahu...




 
Macam- macam hal la...pakai benda ni pun macam tak membantu jugak...

SA x tau dah nak buat apa..tengok la kalau still x ok SA pi klinik je la dapatkan rawatan...sebab urat tu dah berdenyut sampai ke bahu kan...
takkan sebab angkat Mak Pah hari- hari jadi mcm ni ..takde plak rasa terseliuh ke terkehel ke...
itu yang buat SA pelik...


Wednesday, December 27, 2023

Cakap Siang Pandang Pandang Kan....

Assalamualaikum...

Pepatah ada mengatakan...Cakap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar kan ...itulah yang terjadi baru-baru ini di mana komen seorang wanita menjadi tular apabila menyangkal cadangan Tuanku Permaisuri bagi menyedapkan lagi sambal kicap. 

Kita kalau nak komen tu pandang-pandang la semua komen yang ada ..kalau perlu nak komen tu komen la dan pastikan guna ayat yang baik kan...ini main sangkal je..x pasal-pasal dapat malu. Tak pasal-pasal kena mintak maaf semula...kalau dapat Permaisuri Agong yang jenis ambil hati? Memang masak la nak menjawab kan..

Selamba je panggil Permaisuri Agong Sis erk...confirm Tuanku gelak sakan sebab dipanggil macam tu..knowing Permaisuri yang mesra rakyat..confirm dia gelak punya


So kat bawah ni la sambal kicap air tangan Permaisuri Agong..SA sharekan resepinya ye...SA dh cuba..memang sedap...



RESIPI SAMBAL KICAP JOHOR ALA-ALA RAJA PERMAISURI

Bahan-bahan:

  1. Cili Api
  2. 4-5 ulas Bawang Putih 
  3. Kicap
  4. Gula
  5. Secubit garam
  6. Sedikit belacan yang sudah dibakar

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili api bawang putih, belacan sehingga lumat.
  2. Masukkan kicap gula dan garam gaul sebati.
  3. Siap.

Senang aje kan...

Credit : Kosmo Online


Wednesday, May 24, 2023

Si Bulus Yang Menumpang Makan Di Rumah Kami...

Assalamualaikum...

Malam tadi 3 ekor bulus ni menunggu depan pintu..yang putih kelabu tu ada 2 ekor tau..sekor betina sekor jantan..yang betina tu jiran depan rumah selang 3 buah rumah yang punya..dah beranak tapi selalu lepak rumah SA...yang Oyen ni tenggelam timbul..asyik kena kurung dek anak jiran dari neraka sebelah rumah...kalau terlepas tu kira nasib dia la tu...kalau tak memang kena kurung...dengar la Oyen mengiau2...kesian tapi kalau dah dasar biadap memang xde la dilepaskan oyen tu...so malam tadi Oyen duduk atas almari kasut SA...budak tu panjat dah tembok..SA sergah...SA cakap ko buat apa? x puas kurung Oyen? biar la dia lepas..dia nak makan...terus budak tu turun ngadu kat mak dia..mak dia nak tunjuk protest marah la anak dia kuat2...SA dukung Oyen..letak dia kat tempat makan tu...memang kesian dia kelaparan...geram je..ntah macam hape perangai x tau la..pas tu tanda protest gak dia main bola malam2 tendang kat pintu pagar and gril rumah dia...SA buat bodoh je..SA tunggu je Oyen sampai habis makan...



Nampak kurus skit Oyen...x di bagi makan kot..Pak Zain memang 3 kali sehari bagi kucing makan


Haaa..dari sini jelas nampak macam mana kurusnya Oyen



Oyen ni kesayangan kakak Dania...kalau dapat pegang dia..memang kakak Dania peluk2...check mata..check kuku...Even kalau terlepas masuk rumah kitorang pun budak tu sanggup panjat pagar masuk and amik Oyen...mengiau2 la oyen ni..kalau SA  nampak memang SA sound je..ko apehal masuk rumah orang? x boleh ke Oyen tu lepas bebas...cuba ko tu kena kurung macam dia apa ko rasa...biar Oyen tu lepas..dia nak makan rumput ke apa ke...eh...bleh plak dia sound SA...kucing bukan kambing mana makan rumput..SA ckp..ko mana tau? ko nampak ke dia x makan rumput? lepas tu dengar budak rumah atas dari rumah dia cakap biar lah wey..kucing memang makan rumput untuk ubat dia..pas tu budak tu membentak2...Ada SA kisah....

Ni tka nampak dah Oyen pagi tadi...dah kena kurung balik la tu...


Thursday, March 30, 2023

Hari Hari Jammed...

Assalamualaikum...

Pagi ni SA terlepas bas dan naik bas lain pukul 6.00am. Naik bas A-Class. Selesa skit..bas yang dah lepas tu sempit skit tempat duduknya...hari ni pergi kerja Dania yang hantar ke Terminal. So faham- faham la Dania bawak kereta lambat skit...sangat berhati- hati...Kalau Pak Zain dia memang selamba laju...kalau takde keta masa kat traffic light pun selamba je dia jalan...hahaha..dia nak kejar masa nak pi solat subuh kat masjid. 

Sampai KL je macam biasa la jammed...kadang bas keluar kat tol Serdang...pas tu masuk Besraya...erm...jammed tu memang la cuma tak seteruk lepas tol sungai besi...then hazab nak masuk kat Jalan Istana tu...jenuh uiiii.....SA ni naik bas..x tau la macam mana perasaan orang- orang yang naik kereta tu ha tempuh jammed...





 

Dah sampai LRT Pasar Seni aduhai LRT plak problem...aduh...asyik la problem...bila masanya la tak problem kan...merasa la beratur panjang...SA plak guna token sebab TNG dah x cukup balance. Nak top up takde cash cukup plak...kalau tak boleh je SA terus ke MRT...

Sudahnya beratur jer la..nasib sempat touch id card pukul 7.59am...SA masuk kerja pukul 8am..bayangkan macam mana laju SA jalan ke office...penat uiii...berpeluh2 pepagi...so dapat la SA balik 4.30pm. 

Bila la Sistem LRT ni nak ok x tau la...dah puas adjust time pergi kerja dah tu...

Thursday, December 23, 2021

Sedih Dengan Sikap Kawan Yang Mangsa Banjir

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam SA balik kerja...dari dalam train SA dah check whatsaap SA...group Alumni Sek lama kat PD dulu..SA memang aktif la kat group tu...tak ramai pun dalam tu...berbilang bangsa, ada melayu, india, cina dan Sikh..dalam ramai- ramai tu ada seorang yang terjejas teruk banjir di Shah Alam. Dari masa SA type entry ni rumahnya masih ada air lagi..keadaan rumah memang totally loss..so kami sebulat suara nak buat kutipan derma seikhlas hati dari rakan- rakan yang lain. Sebabnya kami tau la kat dalam tu siapa yang mampu dan siapa yang kurang mampu. Sepanjang kami duk communicate kami hanya tahu sorang tu je yang terjejas teruk...tetiba malam tadi SA tengok 2 kawan melayu dah left the group. Kenapa kan? SA pun call salah sorang yang kami lantik jadi leader. Dia kata yang dua ornag tu x puas hati. Kenapa kutipan derma untuk sorang tu je sedangkan mereka berdua terjejas jugak. Allahurabbi...diorang tak inform pun.Lillahitaala takde siapa tau pun dua tu terkesan. Yang kawan india kami tu siap hantar gambar dari hari Ahad lagi. Dengan berapa hari x makan...tak cukup air bersih nak minum...segalanya la...SA like...what the hell....memalukan orang melayu perangai macam ni...katanya kami racist memberi bantuan. allahu...masalahnya diorang tak inform kami at the first place. Kalau betul terjejas kenapa x hantar gambar atau bagi tau...SA semalam memang tarbiahkan dua- dua tu. Dalam situasi yang darurat macam ni semua orang bantu membantu tak kira la agama ke bangsa apa ke..semua kita bantu sama rata...ini kawan- kawan dah usaha dah ni...usaha nak bantu walau kebanyakkan kawan- kawan x mampu dari segi wang ringgit. Geram betul SA dengan sikap dua orang tu, bukan nak hargai inisiatif kawan- kawan malah pertikai plak usaha kawan- kawan yang tampil membantu...#donebebel

Korang tau la kan..SA kalau dah hangin satu badan, SA akan lepaskan dengan masak...hahahah....sebenarnya ad alauk rendang daging Mak Pah buat ngan Abah..tapi SA masak jugak...nak tengok apa yang jadi?



Sambal telur mata...


Bok choy goreng


tongkeng ayam goreng..ada 3 ketul je


Ni rendang daging Mak Pah ngan Pak Zain masak..


Hambek ko....buat SA naik angin lagi....kecewa dengan sikap orang macam ni. Kalau kar Medsos lagi la sakit hati dengan sikap segelintir netizen yang hanya reti mengkritik tapi tak turun membantu...tau nak complain , complain dan complain...cuba jangan complain tapi turun padang bantu kat mana- mana tempat yang terjejas. Pandai cakap aje...apa nak jadi la sekarang ni...fitnah dihujung jari...semua orang berusaha kot...sigh..... 


Friday, May 6, 2016

Double Cheese Burger Ulam Raja Juasseh Mari....

Hi korang...

Haaa...kenapa? Pelik? Aku pun pelik sebenarnya...first time juma Menu burger letak Pucuk Ulam Raja ngan Sambal Minang, ko mampu makan macam ni? Biasa ada timun jeruk atau salad la...ni ha seumur hidup ada ulam raja...

Akak tu cakap...apo pandang2? ini kek KL xdo do...kek Juasseh yo ado....( Akak ni asal Juasseh)

Eh biar yang betul kan...takkan McD ada menu baru....cane aku leh tak tau...

Haih..xde la korang...ini memang burger McD, Double Cheese Burger...akak ni memang suka makan pelik2...takde salad, ada jeruk timun je..dia bukak petiais ambik ulam raja ngan sambal minang..selamba je dia letak atas Double Cheese Burger...then makan dengan takde perasaan...

Rasa? Tak ketahuan plak apa rasanya...sedap la kat dia kot...


The best part is habis okeh burger tu...

Ni burger McD baru dari Juasseh....ini betul2 orang kampung punya...korang tau ke Juasseh tu kat mana? Juasseh salah satu daerah di Negeri Sembilan..jauh giler dari Seremban..aku pun x selalu pi Juasseh....( entah ada McD ntah tak..hehehe..)

Apapun terbaik la kak...rasa burger tu biarlah dia je yang tau...hehehehe....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah