Showing posts with label artikel sukan. Show all posts
Showing posts with label artikel sukan. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Pandelela Cipta Sejarah


Pandelela cipta sejarah

GEMBIRA...Pandelela memeluk jurulatihnya, Yang Zhuliang selepas memenangi pingat gangsa.
GEMBIRA...Pandelela memeluk jurulatihnya, Yang Zhuliang selepas memenangi pingat gangsa.
CANTIK... Pandelela membuat terjunan pada acara akhir 10m platform individu wanita.
CANTIK... Pandelela membuat terjunan pada acara akhir 10m platform individu wanita.
PANDELELA Rinong merealisasikan apa yang kebanyakan atlet lain gagal melakukannya apabila membutirkan pingat gangsa untuk negara menerusi acara 10m platform individu wanita di Olimpik Park, sebentar tadi.

Penerjun berasal dari Sarawak itu yang menjadi peserta ke-8 daripada 12 pesaing membuat terjunan di final acara berkenaan, mengumpul 359.50 mata keseluruhan selepas menamatkan lima terjunan.
Dia memulakan cabaran dengan terjunan kurang memberangsangkan apabila menduduki tempat ke-10 selepas terjunan pertama dengan meraih 58.50 mata, diikuti berada di kedudukan ke-9 (78.30) menerusi terjunan kedua sebelum kembali ke-10 (64.00) di terjunan ketiga dan ke-7 (81.60) selepas aksi keempat. Dia melonjakkan dirinya ke tangga ke-3 (76.80) dan berkedudukan pingat gangsa pada terjunan terakhir.

“Saya gembira dan berasa bangga dengan diri saya sendiri kerana dapat mencipta sejarah untuk negara. Pingat ini juga yang pertama selain daripada badminton dan saya berpuas hati kerana berjaya menghasilkannya kerana acara terjun tidak sepopular badminton,” katanya yang akan menelefon emaknya untuk memberitahu khabar gembira itu.


Menurutnya, jurulatihnya, Yang Zhuliang memberitahunya supaya memberi fokus kepada baki terjunan selepas menampilkan aksi kurang memberangsangkan pada terjunan pertama.

Seperti diduga, Chen Roulin dari China yang juga juara dunia acara individu dan seirama mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Beijing empat tahun lalu.

Dia yang bertanding di temasya di China itu ketika berusia 15 tahun, dianggap berada dalam kelas tersendiri apabila sentiasa berada di tangga teratas setiap terjunan untuk mengumpul 422.30 mata keseluruhan.

Pingat perak menjadi milik Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.

Pandelela melangkah ke final selepas menduduki tempat ke-5 daripada 18 peserta yang beraksi di separuh akhir selepas mengumpul 362.50 mata.

Pingat gangsa Pandelela itu adalah yang kedua buat kontinjen negara di London 2012 selepas Lee Chong Wei memenangi perak dan yang pertama selain daripada sukan badminton yang sebelum ini menjadi penyumbang tradisi pingat negara.

Selepas satu perak dan satu gangsa, Malaysia masih mengintai pingat emas dengan Bryan Nickson Lomas menjadi atlet terakhir beraksi dalam acara 10m platform individu lelaki, hari ini.

SUMBER

Thursday, July 28, 2011

Aum!!Aum!! Go Harimau Malaya...Tewaskan Singa...

Suntikan semangat Harimau Malaya

PUTRAJAYA 27 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemain Harimau Malaya agar percaya kepada diri sendiri dan mempraktikkan taktik yang ditentukan jurulatih, Datuk K. Rajagobal dalam berhadapan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Perdana Menteri berkata, kalau mereka bermain dengan penuh disiplin, bersemangat dan keyakinan diri, beliau percaya mereka boleh mengatasi Singapura kerana mereka ada kebolehan dan bakat untuk berjaya.
''Meskipun terpaksa mengatasi defisit dua gol tetapi kita yakin mereka mampu membuat kenaikan mata dengan syarat bermain sebagai satu pasukan dan tidak ada kelemahan di mana-mana posisi pun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, beliau akan menyaksikan perlawanan tersebut menerusi skrin gergasi bersama kira-kira 10,000 peminat bola sepak tanah air khususnya rakyat negeri Kedah sebagai tanda sokongan kepada pasukan Harimau Malaya.
Menerusi perbualan telefonnya bersama Rajagobal, Najib memberitahu, beliau sudah mengubah format jamuan makan malam bersama rakyat di Dewan Wawasan Kubang Pasu apabila meminta penganjur memasang skrin gergasi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
"Saya tidak akan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok tetapi saya akan menyaksikan perlawanan itu, semangat saya ada di sana, semoga berjaya," katanya.
Menurut Perdana Menteri, beraksi di tempat sendiri di hadapan ribuan penyokong memberi kelebihan kepada pasukan negara untuk memenangi perlawanan tersebut.
Sementara itu, Najib berkata, kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan pelbagai cadangan yang dibangkitkan oleh pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian meja bulat 1Malaysia.


''Ada yang memberi kertas cadangan mengenai bagaimana mewujudkan cara hidup sihat di peringkat sekolah, terdapat juga wakil daripada industri muzik membangkitkan bahawa artis tidak menerima ganjaran yang sewajarnya," katanya


***sumber dari Utusan Online***

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia...Esok Cuti...Yahuuuuuu.....

Sana sini dlm blog kawan2..semua citer yang sama..Lisa pun x nak ketinggallan..tahniah Malaysia...Harimau Malaya the best!!!paling best adalah penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat yang sentiasa cekap menjaga kubunya...dan yang paling paling dan paling best...ESOK CUTIII!!!terima kasih PM...i love u la...hahahahah...bab cuti jer i love u kan...

berita muka depan Metro..
Bangga kan...mana tak bangga..ini kali pertama Malaysia menjulang piala AFF.

Lagi berita DISINI

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah