Tuesday, July 2, 2019

Farewell Lunch & Dinner Kak Noky

Hi korang,

Minggu lepas SA agak busy organize farewell ex secretary boss baru SA, Kak Rouhaniza atau lebih selesa kami panggil Kak Noky. Last week Friday merupakan last day kak Noky, tapi kami buat farewell hari Khamis, dua kali buat farewell dalam masa 1 hari. Gigih okeh..nasib Lunch Farewell ada colleague lain tolong gak memandangkan SA baru lagi dalam department ni so masih blom dapat rentak lagi.Cuma dinner tu memang SA yang organize la...Alhamdulillah ramai jugak yang datang sampai makanan macam tak cukup jer masa lunch tu...SA agak sibuk dari pagi sampai ke petang. Dari set up pantry sampai la pergi beli hadiah. SA organize hadiah dari dept dan pergi beli kek. Rasa nak tercabut kaki masa tu..

Jom la tengok gambar....moment2 sedih tiap kali farewell memang ada..



















Hadiah rantai emas dan cincin dari semua staff Malakoff yang ambil bahagian contribute masa farewell ni...

Dinner Farewell at Tony Roma's











Hadiah dari kami satu dept Jam Tangan Fossil harga RM650++
















sayangnya masa gambar beramai- ramai depan Tony Roma's tu SA takde sebab dah lambat sangat. Nak plak SA naik MRT kan..so memang mintak diri awal- awal. Kami enjoy makan dan harap Kak Noky happy with the farewell dinner, siang dah puas dia menangis..so dinner memang dia okey je..takde manangis dah..Oh yer..boss SA yang pakai blazer hitam dan handbag LV kaler magenta tu...best dapat boss ni sebab dia baik sangat, tak garang dan very flexible. Alhamdulillah. SA banyak belajar benda baru dalam dept ni. Apapun tak lama SA jaga boss baru ni...next dia retired plak hujung tahun..Insyaallah SA akan kembali jaga boss lama SA yang lelaki tu...yang tepi sekali sebelah kanan yang specky guy tu...

Buat kak Noky, semoga success dalam lapangan yang baru...bestnya bersara awal dan lepak rumah..banyak plan yang boleh buat kan....

Sambutan Birthday Aidan Kali Kedua

Hi korang..

Bukan main lagi anak bujang SA sorang ni sambut birthday sampai 2 kali..mengalahkan anak artis plak...Ekceli makcik sebelah ayah dia nak sponsor birthday Aidan macam dia sponsor birthday si kembar bulan puasa lepas..so adik SA si Lisa layankan aje .. buat jugak la kan..simple je majlis tapi meriah.. budak-budak kalau bab birthday memang suka la kan..macam tu jugak si Aidan ni..umur baru 2 tahun..tapi dah pandai...


Aidan dh get ready






















Makanan sangat best..SA plak suka sambal udang yang ayah mertua Lisa masak..memang special request ni..pas tu ada ada brownies dan kek birthday..eh...ada nasi ayam jugak..makanan semua best..SA memang mengerjakan sambal udang tu la..untuk Birthday kali ni Aidan banyak dapat hadiah..macam-macam hadiah dia dapat..bukan main seronok lagi dia..lepas ni sampai hujung tahun tak yah beli mainan dah..semua bagi hadiah kat dia kan....

Monday, July 1, 2019

Top Komentator June 2019 Blog Suriaamanda


Hi korang...

Rutin setiap hujung bulan..semalam lupa nak snap dan update kat blog..tapi takpe la..since biasanya SA umumkan keputusan setiap 1hb so takde masalah kot...Untuk June 2019 SA nak ucapkan tahniah buat Sha Mohamed. Sekali lagi Sha jadi pemenang utama.

Seperti biasa Sha emailkan details ke Suriaamanda@yahoo.com.

Insyaallah kalau takde aral melintang SA akan post hadiah 10hb nanti. Hadiah pun tak cari lagi sebab tengah sibuk sejak berpindah ke department baru ni..

SA buka kembali contest Top Komentator dan mencari pemenang untuk July 2019.

Jom support contest ni...

Redeem 999 Stik Percuma Di Wadihana Islamic Steakhouse Damansara Aliff JB!!!

[PROMO] 999 STIK PERCUMA DI WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE DAMANSARA ALIFF, JB!



SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!






Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com

“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June.

Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.
Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan perniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui.

Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.




“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd.

Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.

“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya.

“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya.



Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online.

“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya.
“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.

“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup.

“Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut.

“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka.
“Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya.

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.

“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah?

“Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya. 


MAKLUMAT PERNIAGAAN:

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422


Traveloka Mempromosikan Western Australia Kepada Rakyat Malaysia

Hi korang....

June sudah pun berlalu...kemanakah korang bercuti atau bercadang untuk bercuti? Ada planning nak kemana- mana ke?SA macam biasa la..hujung tahun jer mesti plan nak pergi berjalan kan.Bukan apa..setengah tahun sibuk dengan kerjaya. Takde rehat yang sempurna maka sampai sudah masa untuk SA plan percutian untuk merehatkan minda dan juga merehatkan badan. Setiap hujung tahun  sudah pasti ianya masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama keluarga atau teman-teman. Tidak kisah lah pilihan destinasi yang korang impikan di dalam negara atau pun luar negara.  Asalkan kena dengan masa, tempat dan bajet percutian,p percutian korang menjadi lebih bermakna. Bila dah penat bekerja dan sekali sekala rewards kan diri dengan bercuti apa salahnya.

Sambil- sambil SA survey percutian dan buka website Traveloka hey…ternampak pula Traveloka Mempromosikan Western Australia kepada rakyat Malaysia. Wahhhhh…ini sudah menarik ni. Memandangkan SA tak pernah lagi sampai ke Western Australia maka ini merupakan peluang yang tidak mungkin dilepaskan. Traveloka Promo sentiasa menawarkan harga murah dan sering membuat promosi serta pelbagai diskaun hebat untuk korang semua. Website yang sangat mesra pengguna untuk korang membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel yang dipercayai dan selamat. Selain itu harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Korang boleh saja pilih destinasi percutian yang korang suka. Semuanya sangat mudah kerana Traveloka menyediakan platform yang amat memudahkan penggunanya. Malah turut menyediakan aplikasi di play store yang boleh korang muat turun melalui telefon mudah alih korang. Senang kan! Korang boleh akses

Berbalik pada promosi menjelajah padang gurun Australia Barat. Apa yang menarik menanti korang?pelbagai tempat menarik yang korang boleh jelajahi dan masukkan dalam agenda travel korang semasa di Western Australia. Dengan Outback Golden yang luas dan reputasi untuk menjadi destinasi perjalanan yang hebat, Australia Barat menanti anda dengan pengembaraan yang menarik. Lihat landskap dramatik Taman Negara Karijini, bertemu dengan hidupan liar asli Rottnest Island, berjemur di kebahagiaan alam Albany.

Korang boleh buat tempahan penerbangan ke Australia sekarang memandangkan promo ini sangat-sangat menarik. Korang hanya akan dapat promo ini hanya di Traveloka.

Flight: RM 100 OFF
Hotel: 15% OFF, up to RM 80
Flight + Hotel Package: 15% OFF, up to RM 100
Xperience: 15% OFF, up to RM 50






Bagaimana nak mulakan? Sila lihat gambar rajah di bawah cara- cara menempah melalui applikasi Traveloka atau website. Ikuti satu persatu arahan seperti yang tertera.



Tempat- tempat menarik untuk dijelajahi di Western Australia


THE PINNACLES

The Pinnacles adalah pembentukan batu kapur dalam Taman Negara Nambung, berhampiran bandar Cervantes, Australia Barat. The Pinnacles Memang lokasi yang menjadi daya tarikan pelancong. Ia juga di gelar Gurun Pinnacles oleh rakyat Malaysia yang pernah menjejakkan kaki ke sini.Pelancong dapat mengakses Gurun Pinnacles dari titik utara atau selatan Cervantes melalui Indian Ocean Drive atau melalui Cervantes Road dari timur.



WESTERN AUSTRALIAN MUSEUM

Muzium Australia Barat adalah muzium negeri untuk Australia Barat. Ia mempunyai enam tapak utama: di Perth dalam Pusat Kebudayaan Perth, dua di Fremantle, dan satu di Albany, Geraldton, dan Kalgoorlie-Boulder. Daya tarikan utama adalah koleksi artifak Aborigin yang luas di muzium, tetapi ya, ada galeri dinosaur untuk anak-anak juga. * Situs Perth akan ditutup buat sementara waktu dari bulan Jun 2016 untuk dibuka semula pada tahun 2020.



KINGS PARK AND BOTANIC GARDEN

Kawasan taman awam yang luas dengan memorial. Taman berlandskap, menghadap ke sungai Swan, dengan jalan penghormatan serta perang dan peringatan bersejarah. Kings Park adalah salah satu taman bandar dalaman yang terbesar dan paling indah di dunia. Ia kaya dengan sejarah Aborigin dan Eropah, budaya kontemporari dan menawarkan reka bentuk, paparan dan perkhidmatan yang inovatif. Kings Park mempunyai reputasi antarabangsa untuk penyelidikan saintifik, hortikultur terkemuka, pemuliharaan dan pendidikan awam. Kings Park adalah rumah kepada Taman Botani Australia Barat yang menakjubkan, yang memaparkan lebih daripada 3,000 spesies flora unik Negeri. Dua pertiga dari taman seluas 400 hektar dilindungi sebagai semak belukar dan menyediakan tempat perlindungan bagi kepelbagaian biologi asli.Pengunjung boleh menikmati pemandangan Swan dan Canning Rivers, latar langit bandar dan Darling Ranges ke timur. Jalan-jalan Bushland, taman-taman rapi dan taman-taman dan pelbagai kawasan permainan penemuan kanak-kanak semuanya boleh didapati di Kings Park. Pusat Maklumat Pelawat, berjalan kaki berpandu harian percuma, Aspek kedai galeri Kings Park, kafe dan pengangkutan awam mudah diakses.



KARANJINI NATIONAL PARK

Taman Negara Karijini adalah kawasan padang belantara yang luas di Range Hamersley, Australia Barat. Di utara taman, Oxer Lookout mempunyai pemandangan ke Weano, Red, Hancock dan Joffre gorges. Di pinggir Weano Gorge, laluan menuju ke Kolam Handrail. Ke arah timur adalah batu merah Dales Gorge dan cascades Fortescue Falls. Hidupan liar asli termasuk ikan siput Australia, naga-ekor naga dan katak pohon padang pasir. Pemandangan yang cantik dan menakjubkan sememangnya menjadi tarikan kepada pencinta alam semulajadi. Meliputi 627,422 hektar di utara Tropic of Capricorn di Range Hamersley, Taman Negara Karijini adalah taman nasional kedua terbesar di Australia Barat.Iklimnya boleh digambarkan sebagai semi-padang pasir tropika. Yang sangat berubah-ubah, terutamanya hujan musim panas 250-350 mm, sering dikaitkan dengan ribut petir dan siklon, disertai dengan suhu yang sering mengatasi 40 derajat Celcius. Waktu yang sesuai untuk melawat taman adalah musim gugur, musim sejuk dan awal musim bunga. Hari-hari musim sejuk hangat dan jelas, tetapi malam sejuk dan kadang-kadang sejuk.Gunung-ganang dan gunung-gunung es yang sangat besar muncul dari lembah-lembah yang rata. Dataran tinggi dibedah oleh gorge yang menakjubkan, dan batu-batu, sungai yang dipenuhi dengan pokok-pokok air mengalir ke arah dataran yang berdebu. Hakisan telah perlahan mengukir landskap ini daripada batuan yang lebih daripada 2,500 juta tahun. Terdapat banyak gaung dan tapak yang indah untuk dikunjungi di Taman Negara Karijini, tetapi pastikan anda memasukkan Dales Gorge, Fortescue Falls, Weano Gorge dan Oxers Lookout.Pusat Pelawat Karijini terletak di luar Banjima Drive dan dibuka pada musim ini dari pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari. Ia ditutup dari awal Disember hingga awal Februari setiap tahun.



Rottnest Island Native Wildlife

Haiwan Happiest Di Bumi quokkas! Adakah korang tahu bahawa pulau itu dinamakan sempena nama haiwan yang sentiasa gembira ini? Quokka adalah haiwan yang paling terkenal di Pulau Rottnest. Ia mula diperhatikan oleh orang Eropah pada tahun 1658 apabila orang Belanda, Volkersen, menulis bahawa ia menyerupai kucing civet Asia, tetapi dengan bulu coklat. Pada tahun 1696 de Vlamingh menerangkan quokka sebagai "sejenis tikus sebesar kucing biasa"




Diatas sempat SA senaraikan beberapa tempat- tempat menarik yang boleh dilawati di Western Australia. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di sana. Tapi kena la kita cari info lebih lanjut kan….Dengan menempah tiket penerbangan dan hotel di Traveloka, tiada sebarang cas tersembunyi dikenakan kepada korang . Maknanya apa yang korang bayar di website itulah nilai keseluruhan yang korang perlu bayar…

Macam mana? Pilihan yang bijak kan?

Tak sabarnya nak travel!!!!!!



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah