Friday, January 3, 2020

Sambutan Birthday Mak Yang Ke 63 Tahun

Hi korang...

Cerita Sabtu lepas. Sambutan birthday Mak SA yang ke 63 tahun, memang setiap 28hb December kami akan buat sambutan birthday Mak. Tahun lepas jatuh pada hari Sabtu. So kami pun macam biasa berkumpul. Cuma 2 keluarga yang tak dapat join..takpe la next time boleh join..majlis dimeriahkan dengan kehadiran Mak Teh SA dari Kedah, Makcik dan Pak Su sekeluarga. Alhamdulillah majlis simple je tapi meriah..Yang penting Mak happy dikelilingi adik beradik dia walau tak semua berkumpul kan. Seronok betul dia sebab Mak Teh siap tido kat rumah. Memang dia orang borak je la..

Jom tengok gambar...


Kek Hari Lahir Mak, Butterscotch Caramel tempah kat kawan adik


Satay fav mak...SA x rasa pun  hahaha


Cucur udang of cos SA yang buat


Kuah mee hailam...mee nyer kat bekas satu lagi..mak request mee hailam kali ni


Cantik kembang cucur udang SA..cuma x jadi bulat macam selalu sebab x guna senduk bulat


Kek Sebelum letak lilin


Adik beradik Mak kecuali baju merah...


SA join sekaki bergambar..



Video cucu2 nyanyi..




Si Kembar bagi kad yang diorang buat sendiri



Leka la Uwan depa baca satu persatu


Berebut- rebut nak tengok


Gegar plak gambar ni...Taufik bagi hadiah untuk Uwan


Jenu Uwannya buka hadiah


Aidan tu shibuk aje laaa...


Wah..Uwan dapat baju kurung..


Aidan nak tunjuk peace


Bukan Uwan je dapat hadiah...Atuk pun dapat..tapi warna lain...x sedondon ngan baju..erm takpe la...

Sesekali berkumpul kan...seronok la...

Selamat hari lahir Mak, semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik. Takde apa yang kami semua mintak hanya Mak terus sihat, kuat dan sentiasa bahagia disamping semua yang tersayang..insyaallah ada rezeki murah kita pergi bercuti sekejap..


Senarai Cuti Panjang Tahun 2020

Hi korang...

Masih lagi berkisarkan tahun baru..heheheh....kali ni nak sentuh bab cuti public holiday dan cuti2 tambahan...giler la weyh...punya la banyak cuti tahun ni...tak percaya korang tengok senarai kat bawah tu...mentang2 la SA tgh plan nak bercuti berdua dengan Dania terus ada banyak cuti..bagus jugak sebenarnya so SA x perlu nak amik extra cuti..start sekarang dah boleh plan dah...biasa la kan..Malaysia memang banyak public holidays...



Nah korang...

Rancang percutian korang...jangan kata kakak x payung ye...nampaknya bulan 5 tu panjang betul cuti ha...mana la nak pergi cuti2 lelama ni...SA nak simpan cuti tahun ni..kalau boleh cuti sampai Disember ada 10 hari tak guna..kena azam sunguh2 ni..so hujung tahun boleh la SA cuti panjang kan? Dan dah boleh simpan duit dah sekarang...mana tau ada rezeki bawak anak dara dan mak abah berjalan plak...kita merancang kan...bulan 3 nanti dah la kazen nikah kat Sungai Petani...kena amik cuti la tu nanti...masa tu harap mak sihat..tahun lepas x dapat langsung bawak dia jalan..rasa frustrated plak...

Thursday, January 2, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Ini adalah sticky post sehingga 31 January 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu..

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom


  1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negata jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom". Tepek banner di atas beserta link ke post ini juga ye. Dalam post tu korang kena nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang. Mama akan randomly pick pemenang berdasarkan hadiah yang dipilih. Total ada 4 Hadiah.
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
  5. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang (ini mama akan check satu-satu).
  6. Wajib Subscribe YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
  7. Digalakkan Follow Media Social Mama (ni tak wajib) || FB | Twitter | Instagram |   
  8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  9. Pemilihan pemenang akan berpandukan En Random.org atau terpulang jika mama tetiba rajin nak pilih secara manual, mama akan pilih secara manual.

Tu je lah. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!


Hadiah Giveaway Tahun Baru Mamapipiedotcom 2020


Hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah. Walau bagaimanapun jika penyertaan melebihi 60 orang mama akan tambah lagi hadiah.. Setiap peserta akan di pilih berdasarkan hadiah yang menjadi pilihan korang.

Hadiah 1




Blouse design 1, warna kuning cair/cream. Free size Boleh refer size di bawah

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 2



Blouse design 2, warna peach. Free size Boleh refer size di bawah (sorry anak panah tu macam confusing sikit)

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 3



Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni


Hadiah 4


Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun korang)


Segment ini berakhir pada 20/01/2020 11.59 Malam.


Jogging Dan Dapat 5893 Langkah....

Hi korang...

Aktiviti SA di hari pertama tahun baru semalam selain pagi pergi balik kampung...petang SA paksa mak ikut SA pi Taman Tasik Seremban atau Lake Garden Seremban untuk keluarkan peluh..SA dah 5 hari tak jogging. Kata tahun ni nak focus on kesihatan kan..so kenalah gigih mulakan langkah...Kenapa SA pilih Lake Garden Seremban? Sebab luas dan mencabar sikit laluannya. bukan landai aje tapi ada sedikit bukit2 dan kena lalui tangga..memang puas hati semalam sebab banyak peluh keluar..basah baju...

Mak plak mulanya tak nak jalan..nak duduk je kat pondok tengok pemandangan dan berehat..eh..eh..sekali ada ahsoh yang lalu lalang dan lebih tua plak dari mak..so mak rasa tercabar..ahsoh tu laju je jalan walau keadaan dia pun x kuat macam mak. Then mak pun mula la jalan slowly...nak plak kasut masa ni x sesuai. Nanti SA nak belikan mak kasut sarung la..senang dia nak jalan..mak x boleh jogging sebab perut mak dah di tebuk untuk tube CAPD tu.. so mak cuma boleh brisk walk je...


alololo suweetttt angat ni....abah pimpin mak jalan...


Kat sini memang kawasan riadah..siap ada yang sambut birthday dan ada yang buat family gathering..


Pandai MPS sediakan daya tarikan....


Tasik buatan yang luas




Anak dara ni jogging beria betul..sebelum ni kaki dia retak kan kat buku lali..ni dah ok so dah boleh bersukan dah


Abah setia teman mak jalan slow2


Abaikan muka berkilat sebab peluh


Sedih je muka mak..hahaha...


Nak pujuk mak terus berjalan kena guna ayat puji2 skit..bg la kata kata semangat...


Berhenti jap..dia penat


Asal berhenti je selfie..hahahaha...


Seremban ni dh banyak bangunan tinggi...


Yang tu rasanya rumah Prima 

Okeh mak lepak kat tepi so SA teruskan bersenam...dah puas jogging 1 1/2 round..SA just buat senaman yang ringan je...









Kami habiskan masa 2 jam kat Lake Garden ni...dah hampir senja kami gerak balik...sebelum tu singgah kedai 2 ringgit jap sebab Dania nak beli barang skit..botol air la apa la...Siyes kesian kat mak mengadu penat..tapi kami kena keras hati skit...sebab mak tak bergerak langsung kan..takut nanti langsung x leh gerak...susah...kalau boleh kami nak mak sihat macam dulu..boleh jalan...mak ni kena kuat semangat dan dapat galakkan dari anak- anak..kalau tak..dia tak nak buat..jalan sampai depan rumah pun dia mengah...so kena la dia rajin berjalan lepas ni..kalau korang nampak perut mak tu besar kan..sebenarnya ada air dalam tu..2kg air dalam tu sampai masa dia dialysis dan keluarkan balik ganti dengan air baru...tiap kali dialysis memang kena tukar air...bayangkan sehari 3 kali dialysis dan 3 kali tukar air...CAPD namanya..orang sakit buah pinggang tau la...

Malam tadi dia mengeluh mengadu penat je..kesian betul tengok..abah pun urut la kaki dia...hari ni tak tahu macam mana sebab SA x call lagi...oh ye untuk jogging semalam SA dapat 5893 langkah...1 jam lebih je..target 8000 langkah..hahaha nampak macam susah nak capai je..kena jalan lagi jauh agaknya....

Aktiviti Hari Pertama Tahun Baru 2020 Di Kampung

Hi korang...

Selamat tahun baru...tak dan nak buat entry khas tahun baru kat blog, kira aci la ye wish kat sini je..buat semua readers dan follower blog SA yang ntah apa- apa ni...Selamat Tahun Baru, semoga dengan kehadiran tahun baru ni kita semua lebih focus dalam kerjaya dan apa sahaja bidang yang diceburi. Lebih bahagia dan kehidupan lebih ceria. SA takde azam tahun baru, sama aje..cuma kalau boleh tahun ni nak lebih sihat dan berjaya. Nak elakkan relationship yang tidak membawa sebarang faedah dan more focus pada Dania dan Parent.

Bercerita tentang cuti tahun baru semalam, SA pagi- pagi dah balik kampung bawak Mak. Mak nak makan tengahari kat kampung..biasa la nak berborak ngan adik dia iaitu Mak Lang SA. Kebetulan plak Makcik satu family pun balik..as usual SA kalau kat kampung kerja SA merayau la kat kebun belakang mencari apa yang boleh dibawa balik ke Seremban atau boleh dijadikan lauk tengahari...Mintak izin ngan Mak Lang dulu...dia kata "Ambik laaaa, xdo sapo nak makan, Mak Lang bertigo yo kek umah ni". Apa tunggu lagiiiiii....jom tengok gambar...










SA sebenarnya dah pungut kacang botor, dah siapkan untuk dijadikan lauk tengahari. Masa pungut tu kacang tu ternampak pokok keledek tengah banyak menjalar subur semuanya..nampak pucuk2 dia..terus teringin nak masak untuk dinner petang semalam. SA nak buat pucuk keledek goreng belacan..lama tak layan..gigih oi pi pungut siap suruh Dania amikkan gambar. korang tengok je la gambar kat atas tu..malas nak tulis caption..hahaha, baru hari kedua tahun baru dah malas kan....

Jom tengok apa yang SA masak....


Kacang botor yang dh dipotong2 kecil...sekali lagi malas buat sambal belacan sebab tu buat goreng berlada je....


senang je nak masak, tumbuk cili api, ikan bilis, bawang putih dan bawang besar, tumis sampai naik bau dan masukkan kacang, gaul- gaul sebati biarkan kejap letak garam..dah siap...senang kan?


Haaaa...ni buah asam gelugor, mak lang cakap nak campurkan dengan masak lemak ikan tenggiri, tengah type ni pun rasa masam dia macam mana..well mak lang cakap ada cara nak bagi kurang masam..lepas dah cincang2 macam tu rendam dengan air garam dan perah buah ni tadi...then baru campurkan dalam masak lemak ikan tenggiri..


Haaa..ini hasilnya lauk masak lemak cili api ikan tenggiri campur asam gelugor..sedap tak? giler tak sedap...sure la sedap giler..tak masam sangat pun..macam masak lemak cili api campur dengan buah bacang.


Ini plak pucuk keledek goreng belacan...pun senang je masaknya...

Tumbuk 3 biji baang putih dan sebiji cili merah besar tu...tumbuk sekali belacan 1 inci, tumis sampai naik bau dan bawang nampak garing, masukkan pucuk keledek, campur sesudu sos tiram dan 1/2 sudu minyak bijan. letak air sikit kalau nak berkuah, tak pun goreng kering je..sedap...makan dengan nasi panas dan telur dadar ke..huiiiii...sodap....

Itu je la aktiviti SA semalam...sejak akhir2 ni SA kerap makan je...ntah bila nak start bali IF...hahaha..jangan kelaut dalam dah la...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah