LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.
Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.
Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.
Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.
Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu
Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa
Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.
“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.
Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.
“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.
Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau. - TS
Thursday, October 20, 2011
My Wishlist for Next Year
Lumix edisi tebaru milik Azmir..si pengantin baru..
Actually dah lama idamkan LUMIX ni...sejak baru launch ari tuh lagi..tgok iklan kat tv mcm..aisey bestnya camera ni compare compact kamera i kan...
selain dari android phone..ni la i nyer wishlist..
function dan quality sama ngan DSLR...cuma yang ni compact..senang bawak pi mana2..gambar memang sharp dan quality video HD...
ya allah ya tuhanku ..murahkanlah rezeki ku...
Malakoff dapat bonus 9 bulan ker...aminnnnn...

Handsome!!!!!!
budak2 ni la nyer pasal ni...suka2 jer..ckp mamat ni pandang2 i..cisss..xde maknanya...he is malay tau..i dengar masa dia dapat phone call dia mengucap panjang and the way dia bercakap tu memang penuh ngan adab la..hahahaha...sajer jer budak2 ni mengusik i..xde maknanya dia nak pandang org mcm i ni..
i sedar diri noks..hahahahaha
tapi tanpa pengetahuan budak2 ni i curi2 gak amik gambar mamat ni...
suka tgok dia nyer appearance..
ni sure dah kahwin ni..umur pun sure muda dari i..
eh..motif?
bukan nak perasan..just nak share..mamat ni handsome di mata i...xde niat lain pun...
hahahahaha.....ni kalau jadi retis sure laku ni....
apapun mamat ni hensem..
ada sapa2 setuju?

The Main Course
BBQ Ribs For Azmir..
Ribeye Steak for me..gambar org lain nyer makanan x amik course masing2 dah x sabar nak tunggu..hehehehe...i segan sebenarnya..
me and Azmir..si pengantin baru..
our adik bongsu dlm dept ni...sgt manja..
malu2 plak boss..
Tina dah blah..tinggal i jer the only Rose..hehehe...
one more pose...
mamat Farid ni ntah makan apa ntah
ok...time to say bye2 to Tina...
good Luck on your future undertakings..
study hard...
budak ni comey kan..umur baru 19 tahun..tp talkative..menceceh jer kerjanya...

Dinikahkan imam mati
KUNAK: Temberang sepasang kekasih yang dicekup khalwat kononnya mereka sudah dinikahkan seorang imam di sini, minggu lalu, memakan diri apabila imam dimaksudkan itu sebenarnya sudah meninggal dunia, empat bulan lalu.
Sebelum kejadian, pasangan kekasih itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel bajet di pekan ini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Serbuan dilakukan selepas penguat kuasa mendapat maklumat mengenai seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai melakukan perkara tidak senonoh dengan pasangan berusia 20 tahun di hotel berkenaan.
Malah, penguat kuasa terpaksa menunggu hampir sejam sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap dan pemeriksaan mendapati seorang wanita yang juga lengkap berpakaian berselimut di atas katil.
Sumbner dari Harian Metro
Sekapur Sirih
***Sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah jugak..agak2 la kalau nak menipu...x pasal2 kena**
Sebelum kejadian, pasangan kekasih itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel bajet di pekan ini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Serbuan dilakukan selepas penguat kuasa mendapat maklumat mengenai seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai melakukan perkara tidak senonoh dengan pasangan berusia 20 tahun di hotel berkenaan.
Malah, penguat kuasa terpaksa menunggu hampir sejam sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap dan pemeriksaan mendapati seorang wanita yang juga lengkap berpakaian berselimut di atas katil.
Sumbner dari Harian Metro
Sekapur Sirih
***Sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah jugak..agak2 la kalau nak menipu...x pasal2 kena**

Di Mana Nilai Perikemanusiaan!!Ini Jawapannya....
Gambar diatas..budak berumur 2 tahun yang hebat diperkatakan seantero dunia semalam...apatah lagi kita Rakyat Malaysia yang menonton melalui youtube / berita kan..
ni la akibatnya bila tiada perikemanusiaan dalam diri kita manusia..
sana sini sibuk memperkatakan tentang ni..baik di radio/mukabuku/twitter dan banyak lagi..
cerita ceriti di opis juga...
kasihan...adik malang ini khabarnya telahpun meninggal dunia...
dari dia menderita eloklah dia pergi...
tiada apa yang boleh diperkatakan lagi..yang terjadi tetap terjadi...
diatas adalah petikan dari suratkhabar cina hari ni...
dan ini forwarded email yang i terima...memang di China tiada nilai2 kemanusiaan..korang baca dan korang faham kenapa....
Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada
korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain
dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik
dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,
sila jangan tolong..
Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong,
orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik
yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung
sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...
Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...
Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri
sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...
Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya
dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong
seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong
maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die
so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa
menanggung kos perubatan org tua tu..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.
Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat
budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die
langgar budak perempuan tu?
Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan
die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan
dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda
lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die
kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu
dengan harapan budak tu akan mati.
Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar
hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.

Wednesday, October 19, 2011
KL Tower Animal Zone
Animal zone ni mmg tarikan kat KL tower ni...budak2 suka..Dania pun i x pernah bawak lagi...tp nak naik KL Tower tuh mahal giler..RM70 ko...bazir kan...x naik pun x per la...( berkira la sgt, masa ni tgh poket kering)
last2 we decide masuk animal zone ni..bayar beb RM15 satu kepala..
tapi mek kelate ni ntah apa yang di cong nya..dapat la beli tiket RM10...wakakaka....
pintu masuk animal zone
kat luar ni ada pony ride yer..
comey minah jepun ni
ada Parrot...
white snake...banyak lagi gambar ular...tepek sikit cukup
tarantula..
cicak apa ntah...tp yang jadi rebutan tu...
si dia yang poyo ni...memang poyo gilos...
bayangkan i yang umur 33 tahun ni...masuk rega rm10..MEK KELATE tuh memang pandai ayat org..
bab menipu no satu sampai la ni aku lak yang tertipu..
huh x leh ingat apa yang dia buat kat aku...
sangat sakit hati...

Nature Trail Promotion
Amenda ni.....ntah la..budak2 corp comm ni bagi kat i..katanya kalau nak bawak anak2
pi jalan2 kat Aquaria, Zoo Negara or KL Bird Park leh guna promo card ni...
dapat la rega tiket murah ikut promo rate..
i ada 4 keping extra..
alamak x jelas lak..
haaaa....ni jelas skit...
nak buat apa banyak2 kan?
so kaedahnya...ada sapa2 yang nak?i ada 4 keping jer...sekeping to entitle for 3 park ni..promo utk sorang jer eh...validity promo card ni dari 1 Oct - 31 March..
saper nak angkat tangan!!!!!!
email to me at
sapa cepat dia dapat...email address sekali...senang i nak htr...4 orang ajer eh....sebab i ada 4 keping jer..sekeping ada 3 promo utk 3 park yang i bg tau kat atas..
first come first serve eh..

Good Luck My Dear Honey
Subuh semalam dapat call..mula2 x perasan ada call..pas tu i call balik si musyuk ni yang jawab...
dia kata "mama..hari ni Dania exam..mama doakan Dania boleh jawab semua soalan yer"
aiyooo...terus i sebak..eh..apahal la mama Dania ni..anak ckp mcm tuh tetiba nak sebak..hahahah....
so i pun jwb la.." ok sayang..mama doakan Dania boleh jawab soalan, yakin dan buat yang terbaik ok...anak mama bijak kan..."
ye u olls..i kalau bab anak kalau ada jer apa2 memang cepat sebak...kekadang leh nangis sensorang...hahahaha...
Good Luck my baby...
do the best among the best..
mama doakan dari kejauhan....
I LOVE YOU SO MUCH....

Tuesday, October 18, 2011
Serah tubuh syarat bebas suami
MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.
Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.
“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.
“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.
“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber
“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.
“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.
Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya
Sumber dari Harian Metro
sekapur sirih
* yang percaya sangat kat orang knapa..nak2 warga asing..check betul2 boleh x..bernai lak ikut lelaki sesuka hati semata2 termakan cakap lelaki tuh..dalam negara kita sekarang ni..sedara mara pun susah nak percaya kan..inikan pulak kawan kepada suami...kalau i la..i terus jer pi balai polis..xde makna nak ikut lelaki tuh...tapi tu la..kalau dah panik ni akdang2 x leh nak fikir kan..*
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.
Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.
“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.
“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.
“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber
“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.
“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.
Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya
Sumber dari Harian Metro
sekapur sirih
* yang percaya sangat kat orang knapa..nak2 warga asing..check betul2 boleh x..bernai lak ikut lelaki sesuka hati semata2 termakan cakap lelaki tuh..dalam negara kita sekarang ni..sedara mara pun susah nak percaya kan..inikan pulak kawan kepada suami...kalau i la..i terus jer pi balai polis..xde makna nak ikut lelaki tuh...tapi tu la..kalau dah panik ni akdang2 x leh nak fikir kan..*

Rompers Si Kembar
Sekarang musim panas kan...memang si ibunya banyak beli romper jer..senang..xde la panas
si kembar..nak2 plak pagi sampai petang memang my mum jaga...rumah kami tuh dari batu block..kalau panas terik..memang panas giler..sampai ke malam panas...
ni rompers adalah tajaan Mak Teh nya...tp sayang x dapat beli yang sama pattern..ada pun yang biru tuh..
Ateh beli kat kedai online jer..order..bayar dan tunggu barang sampai..sekali tgok ada yang x sama...nak wat caner...pakai jer..dah beli kan..
tapi adik i si Lisa tuh memang suka beli baju baby especially rompers ni kat online shop jer
banyak pilihan tp kena pandai la..ada gak yang kain x berapa nak elok..
tp yang Ateh beli ni memang bagus...x de la panas baby pakai...
masa diorang pakai yang biru tuh...comelllllll sgt...cuma x sempat i nak amik gambar...

Selasa Yang Bizi...
Sapa kata i x bizi u olls...bizi tau..siap boleh update 1-2 entry...hahahah...mcm ni la jadi Secretary / PA
kepada boss yang always bz..asyik tinggal kat opis bila boss pi meeting..adakala kena ikut...
sebenarnya i x bizi mana pun...
leh relax2..tp kalau bos nak pi oversea..haaaaaa...amik ko Riz..x cukup tanah ko kan....
mcm ni la rupa org stress call travel agent utk dapatkan flight schedule..
jot down..segala butir dan details td..jap lagi nak htr kat boss
check schedule boss....diary or organizer tuh memang dapat tiap2 tahun tp jarang habis pakai...
aikkkkk..sempat pose...
ni la dia secretary Green Tech...hahahahahaha....kadang2 boring xde kerja..bila ada kerja..x leh nak wat apa dah....nak makan pun x senang..
uish..dah 3.30pm..masih xde kerja ni...korang banyak kerja x?
Pass la kat i sket....

Baby Twins Bee......
Hi auntie2 semuaaaaaa...
Rindu kami tak si kembar.....????x rindu? tgok gambar kami ni rasa2 geram tak?
hahahahahah....
ni gambar baru jugak la utk si kembar ni...last week jumpa malam..so kebetulan plak battery kamera abih
so xde la gambar terbaru diorang..
sebelah kiri Aressa dan Kanan Adeliya...kalau salah ampunkan mama eh...
anak dara si Lisa ni memang ada habit..asyik duk membelek jari..mcm nak tgok cukup ke tak jari diorang..atau pun feeling diva sket....cantik x jari2 diorang....hahahah...
tgok gambar ni....sebenarnya paling lasak si Adeliya...dia suka tumbuk adik dia...kalau nyarap dekat2 dia akan hantukkan kepala dia kat kepala adik...maka menjerit la Aressa...ada kala sebab kuku panjang..makan bercalar la muka si Aressa..menangis.......
suka gambar ni....mereka pegang2 tangan x lepas...hehehe....haaaa..mcm ni la..kakak pimpin adik...
tapi adik tiba2 mengganasssss!!!tarik baju Aressa..eh..sapa yang ganas sebenarnya ni.....
Adeliya buat muka kesian.....mcm nak nangis..hehehe...
kelakar..
makin besar makin besar akal..skrg x leh la kalau pakai baju cantik2..sure merengek nak keluar..pas tuh x leh sebut nak pi jalan...dia akan tuntut!!mcm mana?diorang akan tahan mata x tido dan akan nangis2..xreti duk diam...
dah naik keta lelap kejap jer..x sampai baper minit...paling lama 15 min...pas tuh bukak jer amta..leh gelak2...
cukup time kul 5 ptg nak pi jalan2 kat taman..di semua Atuk la ni...dia yang ajar....
next week mama update lagi citer si kembar eh....
berat diorang pun dah bertambah espceially Aressa...lenguh tangan pegang lelama..

Jom Kenal2 ngan Sayur dan Ulam Kampung...
Weekend balik kampung memang best..dapat hirup udara kampung...relaxxxxx jer....
paling best bila berkesempatan singgah ke Pasar Tani.
kali xde la nak amik gambar banyak2..bukan x nak..tp segan...ada lak nenek tuh..i amik gambar ulam..dia nampak flash dia duk berjoget melatah..terus i x berani noks..scary la....
my mum with buah asam gelugur...baru la i tgok rupa paras si asam gelugur ni ..dari buah rupanya
i ingat asam gelugur adalah sejenis daun..petik jer jadi asam..ciss..dah 33 tahun hidup baru tau,....
Yang ni plak buah cepu...pelik buah ni...tp nenek tu ckp sesuai campur ngan gulai ikan..
x tau la betul ke x dan i x pernah rasa..diorang ckp masam..
ini sapa x kenal x tau la...bacang...getah x leh kena kat kulit..boleh jadi kudis...yer ke?pun sesuai utk campur dalam gulai...masammmmmmm giler...x leh makan mcm mkn mangga eh..gatal tekak nanti...
yang pelik masukkan dalam gulai kalau makan..x gatal lak tekak kan?
caner tuh?
Yang ni..Jering...huiiiii..x pernah seumur hidup i makan jering..my mum suka la..pasal tu dia awet muda...
petai pun i x leh nak makan...
Pernah tgok Kerdas? i tak tau la tempat lain panggil apa..
tapi bau dia....lagi teruk dari Jering tadi...
ni kalau makan ni jirus bilik air satu tong air eh...tolong la..bau dia.......tp my mum suka...
pelik...busuk la...
my mum ckp..itu la org muda..tgok org makan ulam la xde penyakit...ishhh..mak tu ada jer sakit..darah tinggi ngan Kencing manis lagi...
sejauh mana kebenaran makan ulam elak penyakit?
sila jawab...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah














