Assalamualaikum wrt...
Unik nama cafe ni...Moghun...apa maksud perkataan Moghun ni? Moghun bermaksud "bakar sampah" dalam loghat atau dialek Negeri Sembilan. SA ingat lagi masa kecik- kecik dulu kat kampung arwah atuk SA setiap petang akan ajak Moghun...
Ahad lepas...selepas beli barang di Ninso, kami 2 beranak cari tepat lepak nak kopi-kopi...Dania search la cafe near me...terjumpa la cafe ni yang paling dekat..mulanya macam skeptikal nak masuk..lepas tu SA cakap x pe la jom je la cuba...boleh buat content blog..
Maka disinilah kami lepak masa tu...ok la not bad..rasa nyaman dan damai aje..xde sesak..orang pun x ramai..ada ayam Rambo (Ayam jantan) dan ayam betina tengah dating jalan- jalan berdua, macam jinak je...lupa plak nak amik gambar..
Kafe yang biasa- biasa je...
SA pilih Kopi Koghuh & Nia pilih Koko Moghun...Dania x leh minum kopi..jantung dia akan laju...penat nak layan katanya...
Order jugak Tauhu Terbalik..cuma kena pedas skit kicap cili tu...
Memandangkan kicap x berapa pedas SA gigit sekali cili yang ada tu...baru berapi...
Secara keseluruhannya, Moghun Cafe ni memang port yang tenang kalau nak melarikan diri sekejap dari hiruk-pikuk bandar sambil hirup kopi. Walaupun mula-mula rasa skeptikal, tapi bila dah duduk layan angin sepoi-sepoi basaha, memang rasa berbaloi sangat singgah. Nak plak SA dan Nia jarang dapat dating berdua macam ni...selalu dating bertiga kan...
Korang pernah sampai tak dekat cafe ni? Atau ada tak cafe ala-ala hidden gem lain yang best untuk lepak kopi-kopi santai?
Cer kongsi dekat ruangan komen, nanti boleh SA & Nia terjah lagi!
SA target nak pi Man Taiping Yong Tau Foo tapi emmandangkan sedang viral dan asyik panjang aje barisan beratur...kita tunggu reda dulu la kes viralnya...macam tengah trending plak sekarang, bila tengah viral ni ramai pengunjung luar dari NS....so kita bagi chance kat diorang dulu la...kita yang memang orang setempat lek-lek dulu...































Area rumah ada beberapa kafe gitu cuma setiap kali pergi tak buka... entah hari apa dan jam berapa buka tak pasti. Bila nampak dari jauh tak buka malas pula nak mendekat tengok waktu operasinya. Last² pergi kafe yang besar je.
ReplyDeletebest dpt dating berdua tu! tmptnya hidden gem sungguh!
ReplyDeleteSian dina boleh tengok je hehehe.... Dana kalau ambil air kopi yang double shot memang jantung akan berdebar.
ReplyDeleteNmpk pun tenang je
ReplyDeleteBestt ni jauhh dri keriuhan
Port utk lepak santai kan
Cantik cafe Moghun ni. Ada nampak juga dalam TikTok. Tak sampai laie. Tak silap Ammi pun pernah makan kat sini rasanya. Cantik juga lepak waktu petang-petang tu kan. Suasana pun best untuk mengopi.
ReplyDeleteTeringin nak makan yongvtaubfu kat tampin tu.... tp bak kata SA kedai tgh viral mmg panjang la beraturnya.... nnt la ada rezeki blk kg nak gak merasa
ReplyDeletemacam mana nak sebut moghun ni kak..hehehe baru pertama kali tau perkataan moghun
ReplyDeleteselalu memang macam tu.. bila ada port viral yang dekat ngan kita.. kita biar la reda dulu...nanti2 boleh la pegi
ReplyDeleteSantai betul lepak kat Moghun Cafe! Suasana dan menu kafe ni nampak sangat selesa.
ReplyDeleteNice cafe. Tp sy nk bgtau yg sy suka bau asap bakar sampah waktu petang. Tenang je rasanya...=D
ReplyDeleteSedap nampak kak SA menyedut air kopi tu. Cie pun suka gigit cili tu baru sedap pedas.
ReplyDeleteTenang santai best je tengok cafe ni. Ohhitu maksudnya Moghun ya.
ReplyDeletetanah aina fareena kat bentong dah pergi tak SA?
ReplyDeleteAmmi dah sampai sini 2 minggu sudah dan samalah air yg kita order kopi koghuh. Baru ammi tau maksud moghun tu kak...ammi memula ingat maroon yang disebut dalam bahasa negeri hahahah..
ReplyDeletewah ..kat mana ni? menariks....tenang je
ReplyDeleteMenarik pula ada tauhu terbalik.
ReplyDeleteDapat tambah ilmu...moghun!
Cantik betul tempatnya ni.
ReplyDeleteWaah JD tahu maknanya saya. Cantiiik tempat dia. Macam mengopi di halaman rumah ya kak 😍😍. Saya pun lebih suka tempat yg tenang macam ini.
ReplyDeleteTahu terbalik tuh kalau di sini sebutnya Tahu Walik. Kalau saya memang makan gorengan sambil gigit cabe rawit hijau 😄. Biar mantap pedasnya . Kadang lomba dengan anak bungsu, sipaa paling kuat makan gorengan dengan cabe rawit . Jadi tiap 1 gigitan gorengan, cabe rawit dimakan utuh. 😂.