Monday, April 25, 2022
Ke KLCC & Avenue K Cuci Mata

Resepi Terung Sambal Ikan Bilis Mak Pah
Resepi Terung Sambal Ikan Bilis
Bahan-Bahan:
- 2 biji terung panjang bersaiz sederhana, potong macam dalam gambar ( Goreng kilas)
- 1 senduk cili kisar
- 1 sudu kecil belacan (optional)
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos cili (optional)
- 1 mangkuk ikan bilis goreng
- 1 sudu asam jawa bancuh untuk jusnya
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.
- Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak,
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
- Kacau sebati dan tutup api
- Masukkan ikan bilis goreng, gaul dan sedia dihidang
P/S : Separuh orang x suka goreng dulu terung tu kan? tapi Mak Pah dia suka goreng kilas dahulu terung tu...bila kulit dah bertukar warna, angkat dan tos kan...Mak Pah masukkan ikan bilis goreng paling last sebab nak kekalkan kerangupan ikan bilis tu...kalau masuk awal dan gaul masak masak, ikan bilis tu lemau..so nanti dah x best nak makan....cara Mak Pah la...x tau la cara korang...ikut mana selesa ye....

Mid Valley Kami Sampai.....

Saturday, April 23, 2022
Merayap KL Lagi La Kita Hari Ini . .

Friday, April 22, 2022
Menu Berbuka Puasa Hari Kedua Puluh
Assalamualaikum...
Hi korang...
Alhamdulillah hari ni sedap berbuka...hari ni balik kerja je SA bukak tudung Saji tengok ada lauk favorite SA ..pergh..cepat-cepat pergi mandi sebab nak amik gambar...perangai kan..lega hari ni hari Jumaat...dapat la tido lama skit...esok nak ke KL...
Jom tengok menu apa Mak Pah dan Pak Zain masak....depa as usual masak sama-sama...tapi hari ni ada tambahan beli murtabak, tepung pelita dan roti john...eh ada beli laksa gak sbb Dania tu pwnggemar laksa ..

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah






















































