Monday, April 25, 2022

Resepi Terung Sambal Ikan Bilis Mak Pah

Assalamualaikum...

Hi korang..

Eh Eh...ramainya yang terpikat dengan sambal terung Mak Pah ni...okey la demi untuk tidak menghampakan korang yang mintak resepi..entah kenapa hari ni SA rajin plak nak share. Eleh...sebenarnya takde kerja kan..tengah relaks...hahaha...

So korang yang mintak resepi tu...sila la cuba ye....memang naik selera makan...confirm bertambah nasi..



Resepi Terung Sambal Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

  1. 2 biji terung panjang bersaiz sederhana, potong macam dalam gambar ( Goreng kilas)
  2. 1 senduk cili kisar
  3. 1 sudu kecil belacan (optional)
  4. 1 biji bawang besar, hiris nipis
  5. 2 ulas bawang putih
  6. 2 sudu besar sos cili (optional)
  7. 1 mangkuk ikan bilis goreng
  8. 1 sudu asam jawa bancuh untuk jusnya


Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.
  2. Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, 
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. 
  4. Kacau sebati dan tutup api
  5. Masukkan ikan bilis goreng, gaul dan sedia dihidang


P/S : Separuh orang x suka goreng dulu terung tu kan? tapi Mak Pah dia suka goreng kilas dahulu terung tu...bila kulit dah bertukar warna, angkat dan tos kan...Mak Pah masukkan ikan bilis goreng paling last sebab nak kekalkan kerangupan ikan bilis tu...kalau masuk awal dan gaul masak masak, ikan bilis tu lemau..so nanti dah x best nak makan....cara Mak Pah la...x tau la cara korang...ikut mana selesa ye....


7 comments:

  1. terung dgn ikan bilis tu.. style mal pah mcm saya gak kak.. sedapp

    ReplyDelete
  2. suka juga mkn tp tk pernh buat

    ReplyDelete
  3. tq share akak.. sedapnya nampak tu..

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka goreng terung tu terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  5. kalau saya pun goreng dulu supaya terung tak lembik bila makan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah