Tuesday, November 1, 2011

Lisdawati Menang!!Nadia diarah bayar RM50K

                                            
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah pelakon Nadia Mustafa membayar ganti rugi RM50,000 kepada seorang lagi pelakon, Lisdawati berhubung saman fitnah terhadap penyiaran artikel di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu.
Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan saman fitnah difailkan Lisdawati terhadap Nadia tahun lalu.
Beliau turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu semalam hingga tarikh penyelesaian kes serta membayar kos mengikut skala.

“Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif,” katanya

Nadia dan Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam


Sumber dari Harian Metro Online.
Sekapur Sirih
**Zaman sekarang kena hati2 berkata2..x pasal2 kena saman**

2 comments:

  1. tue la...dalam blog pun kena hati2 kan..kang xmemasal kena saman..huhuh takut...

    ReplyDelete
  2. sgt betul kan...jd kena ambil iktibar..hati2..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah