Mimpi adalah permainan tidur. Kebanyakan mimpi berlaku hasil daripada
 khayalan, imaginasi manusia tentang sesuatu hal dan gambaran yang amat 
diingini atau ditakutinya. Mimpi juga biasanya mainan syaitan yang ingin
 menyesatkan manusia melalui mimpi. Sesuatu yang berlaku dalam mimpi itu
 jarang sekali menggambarkan yang sah ataupun yang sebenar.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak tinggal daripada nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”
Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat 
sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi 
manusia biasa tidak serupa dengan mimpi Anbia dan al-Mursalin. Mimpi 
para Anbia dan al-Mursalin adalah benar sedangkan mimpi manusia biasa 
lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.
Persoalannya :
Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
Secara umumnya Islam meletakkan saluran yang tertentu untuk 
menyebarkan ilmu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 43, 
maksudnya:
“Kami tidak mengutus Rasul sebelummu wahai Muhammad, melainkan 
daripada kalangan orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh 
itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berpengetahuan agama jika kamu 
tidak mengetahui.”
Istilah yang digunakan dalam ayat ini adalah ahl al-Dhikr, iaitu 
orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Siapa lagi kalau 
bukan ulama yang muktabar. Salah satu tuntutan syarak ialah kita 
mengambil ilmu daripada ulama yang muktabar.
Dalam konteks ini, sudah ramai ulama dalam masyarakat yang boleh 
membantu anda melakukan ibadah. Jika anda memerlukan kepada orang yang 
boleh mendampingi dan menunjuk ajar ilmu perubatan sama ada perubatan 
alopati atau berasaskan doa dan ayat-ayat al-Quran, anda boleh 
mendapatkannya dengan mudah. Jangan mengambil ilmu daripada mimpi yang 
anda sendiri tidak pasti siapakah yang ditemui dalam mimpi itu.
Oleh yang demikian, ada dua kemungkinan sama ada arahan di dalam 
mimpi itu benar daripada orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah 
SWT atau berkemungkinan hanya lakonan Iblis. Anda dinasihatkan jangan 
mengambil risiko kerana mentaati mimpi amat terdedah kepada risiko yang 
begitu besar, iaitu melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT tetapi 
kerana syaitan.
Wallahu a’lam.
SUMBER 




Nice Sharing.....
ReplyDeleteSelamat hari khamis.... :D
salam khamis
ReplyDeletekakak selalu pesan..jangan..tak tau yg dlm mimpi tu saka ke syaitan ke..huhu..
ReplyDeletemimpi hanya mainan tidur... inilah yg sy pegang buat masa ni
ReplyDeleteYg penting akidah kite x tepesong....in sha Allah
ReplyDeleteAde ke? Sy tak nah dgr lak bab yg ni...
ReplyDelete