Assalamualaikum wrt//
Murah rezeki kami hari ni, ada colleague yang baik hati sudi sedekah sarapan sempena hari lahir dia semalam. Alhamdulillah!
Meriah betul menu pagi ni. Ada Nasi Goreng Bunga Kantan, Kuih Keria, Popia Sira, sehinggalah ke Rojak Buah. Memang rambang mata dibuatnya, tak tahu nak makan yang mana satu dulu. Bila dah rezeki depan mata, kita nikmati sajalah kan?
Selamat hari lahir buat colleague SA tu. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah, dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
Terima kasih atas belanja sarapan yang sedap ni!
Nasi Goreng Bunga Kantan
Telur Goreng
Kuih Keria
Popia Sira
Buah Melaka
Kuih Kaswi gedik
APAM pISANG
Rojak Buah
Leny...tetiba je dia dah get ready pose...snap je gambar dia
Rojak Buah SA nyer portion
Dengan adik2 WTE team...
Seronok bila tempat kerja penuh dengan persekitaran yang positif dan saling berkongsi rezeki macam ni. Sekali lagi, Happy Birthday buat kawan SA! Terima kasih untuk makanan yang sedap-sedap ni, kenyang perut senang hati.
Semoga hari Jumaat korang juga dipenuhi dengan rezeki dan berita yang baik-baik ya. Sehingga jumpa lagi di next entry!














Selamat harijadi kawan kakSA. Memang best dapat colleagues yang positive. Sedap2nyaa makanan yang ada. Selamat menjamu selera..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki hari Jumaat. Happy birthday dekat kawan SA. Sedapnya nasi goreng bunga kantan, lama tak buat 🤤
ReplyDeleterezeki jumaat..sedap smua makanan..lama tk mkn kuih keria
ReplyDelete