Tuesday, April 4, 2023

Resepi Sotong Masak Ala Thai...

Assalamualaikum...

Jom buat resepi ni...SA ada sotong dalam fridge..jenjalan kat FB tadi nampak resepi ni...park la resepi ni kat sini...senang boleh buat...

Sekarang macam idea tu dh x banyak muncul kan...bahan ada boleh la buat...

Jom tengok resepi..




 

Resepi Sotong Masak ala Thai sedappp !!!


BAHAN-BAHAN:


1/2 kg sotong

1 biji bwng besar

4 ulas bawang putih

8 biji cili padi

2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu

2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)

1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)

1 biji tomato – potong dadu

Sedikit daun ketumbar


CARA MEMASAK:


1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan 


2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.


3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.


4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.


5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.


6. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba♥️


Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed


12 comments:

  1. uiii....sutun...
    Kalau saya pilih tuang sambal atas sotong tu🤭

    ReplyDelete
  2. Klu ada sos ikan dgn daun ketumbar ni confirm sedap!

    ReplyDelete
  3. Kalau Thai punya resipi memang tak tolak punya!

    ReplyDelete
  4. Masak ala thai apa je yg tak sedap!

    ReplyDelete
  5. aduh terliur nengoknya tu kak oi... mesti sedap masam manis masin gitu...

    ReplyDelete
  6. ammi penah buat..walaupun takde gula thai tu tp tetap sedap

    ReplyDelete
  7. Nampak mudah dan sedap.
    Macam nak cuba weekend ni.. tengoklah harap jumpa sotong segar.

    ReplyDelete
  8. Pergh!! Padu.. makan masa sahur memang habis sepinggan nasi ini..

    ReplyDelete
  9. Tiba tiba terliur nampak resipi yang ni. Kena try jugak la.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah