Friday, July 28, 2023

K-Drama Celebrity A World To Die For

Assalamualaikum...

Yeay...today is Friyaayyyy!!!Salam Jumaat..SA mulakan entri hari ni dengan review K-Drama.

Last week SA baru je habis tengok K-Drama yang mengisahkan dunia social media. Best giler citer dia..once start 1 episode terus nak sambung lagi dan lagi sampai habis. Memandangkan 6 episode jer so cepat la habisnya...

Celebrity ni menduduki carta top 10 di Netflix ye..lakonan Park Gyu Young sebagai Seo Ah Ri, seorang gadis biasa yang mempunyai kisah hidup dari keluarga senang akhirnya hidup kesusahan kerana kegagalan ayahnya dalam dunia perniagaan. Seo Ah Ri bekerja sebagai jurujual kosmetik dari rumah ke rumah untuk mencari rezeki. Dia mengalami kejutan budaya setelah  mendaftar untuk akaun Instagram pertamanya, hari demi hari pengikutnya  meningkat secara mendadak dan menjadi bintang media sosial sebagai salah seorang pengaruh utama Korea Selatan.


Pelbagai usaha Seo Ah Ri menjadi popular dengan saingan hebat dari Influencer popular yang lain. Jangan x percaya usaha demi usaha mereka untuk menjadi yang terbaik serta pelbagai cara untuk mereka menjatuhkan sesama mereka. Konflik demi konflik sehinggalah Seo Ah Ri menjadi terpaling popular dikalangan Influencer di Korea. Seo Ah Ri menjadi founder fashion yang mempunyai berjuta pengikut dan pendapatan yang paling besar dan akhirnya gagal kerana ditikam belakang oleh sahabat baiknya sendiri.



Selebihnya korang tengok la nanti..memang best citer ni..especially tengok persaingan dikalangan influencer. Tengok diorang bergaya pakai baju dan barangan dari fashion designer terkenal dan sanggup pertaruhkan nyawa semata- mata impian mereka tercapai..terlibat dengan scandal untuk cepat naik hingga sanggup terlibat dengan dadah serta pembunuhan..eh macam- macam la...

Tak mustahil kisah ni pasti ada dan pasti berlaku di seluruh dunia dan x mustahil di negara kita pun ada..wallahualam. Lumrah kehidupan kan..orang sanggup buat apa sahaja asalkan impian tercapai..ini la yang cuba diketengahkan melalui drama ni..tindas menindas menjadi kebiasaan dalam dunia social media.

SA recommend korang tengok citer ni...best!!!Seo Ah Ri tu comel dan cantik giler..suka SA tengok gaya dan muka dia...cute sangat..

SA bagi 5 bintang!!!

Korang pi tengok kat Netflix cepat....


16 comments:

  1. nasib ada dekat neflix boleh tgk huhuu.. :D

    ReplyDelete
  2. salam jumaat..
    nieyl pun dah 3 minggu settel tgk drama ni...bestt!

    ReplyDelete
  3. 6 episode je ye SA?bolehlah marathon gak..skang nk habiskan revenant dulu...hihihi

    ReplyDelete
  4. MZ tak de masa tgk citer korea, kalau ada masa, seronok jer layan ;) anyway semlm MZ tgk movie barbie yayyyy hehhehe

    ReplyDelete
  5. Best tgk lakonan Park Gyu Young tu kan. Saya pun dah habis tgk cerita ni bulan lepas. Skrg tgh tunggu episod terakhir K-drama Revenant kat Disney Hotstar.

    ReplyDelete
  6. x habis lg tgk ceta ni sbb anak dara suh tunggu dia marathon sama²

    ReplyDelete
  7. Selamat menonton pada semua peminat k drama

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat SA,
    Officemate LZ pun K-drama fan.. Dia pun suruh LZ tengok movie ni.. Nantilah bila LZ free baru dapat tengok dengan penuh penghayatan..

    ReplyDelete
  9. Setel dah time dia baru keluar haritu. Memang best!

    ReplyDelete
  10. Tak start lagi drama ni, nak habiskan drama lain jap hehe

    ReplyDelete
  11. Dah masuk dalam My List kak, tinggal tunggu waktu aja 😁😄. Soalnya saya lagi nonton 5 Drakor nih, jadi celebrity tunggu giliran sampai ada yg tamat dari 5 yg sedang saya tonton hahahaha.

    Kata temen saya pun memang bagus alur ceritanya 👍

    ReplyDelete
  12. Dah masuk list dah drama ni. Ada masa free nak tengok nanti. Tengah trending juga drama ni.

    ReplyDelete
  13. belum free lagi nak tengok.. tq share kak

    ReplyDelete
  14. Dania cuti2 ni dok maraton citer KDrama. Entah berapa cerita dia dah habiskan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah