Showing posts with label Review K-Drama. Show all posts
Showing posts with label Review K-Drama. Show all posts

Sunday, February 22, 2026

Review A Mystery Thriller The Art Of Sarah

Assalamualaikum wrt...

Masa SA demam, batuk, selsema teruk hari tu dan terbaring je kat rumah, SA tengok Netflix citer Korea. Best giler citer ni...ada 8 episode je dan cuter dia memang menarik...



 
The Art Of Sarah

SA bagi 9/10 ⭐️

Drama ni memang jenis kena tengok betul-betul. Dialog dia penuh hint, kadang kena ulang dua tiga kali baru perasan. Memang tak boleh leka langsung sebab semua benda berkait. Plot twist dia pun tersusun kemas, solid dari awal takde lompong. Hands down, one of the best mystery thriller K-dramas I’ve ever watched.

Jangan expect cerita klise pasal socialite kaya yang hidup dia serba sempurna. Mula² memang nampak macam dunia glamor yang tak bercela. Visual cantik, wardrobe mahal, aura golongan atasan Seoul yang classy dan tenang. Sarah Kim, yang dibawakan oleh Shin Hye Sun, nampak macam perempuan yang tahu exactly apa dia nak dan dah susun hidup dia elok-elok. Tapi sebenarnya, semua tu facade.

Cerita ni bukan tentang kejayaan, tapi tentang pembinaan identiti. Sarah bukan sekadar upgrade diri, dia bina persona baru dari kosong. Nama, gaya, cara bercakap, circle hidup, semua macam dipilih dengan penuh teliti, dirancang. Bukan sebab dia nak jadi orang lain semata-mata, tapi sebab dia rasa itu satu-satunya cara untuk terus hidup.

Yang buat drama ni menarik, dia tak spoon-feed jawapan. Rahsia tak terus didedahkan. Kita dibiarkan berfikir, tertanya-tanya, dan perlahan-lahan mula sedar yang persoalan sebenar bukan apa yang dia buat tapi kenapa dia terpaksa buat.

Setiap episod tambah konflik emosi. Sarah bukan tipikal antagonis dan dia pun bukan orang baik mana pun. Dia kompleks. Kadang nampak kuat, kadang jelas rapuh. Ada masa kita kagum dengan keberanian dia, ada masa kita rasa kesian.

Ending dia bukan jenis twist besar semata-mata. Lebih kepada rasa kosong dan berat, sebab kita nampak sendiri betapa mahal harga untuk jadi versi diri yang orang boleh terima. Penatnya simpan rahsia. Letihnya kekalkan imej yang bukan sepenuhnya diri sendiri.

8 episod yang padat, tak drag. Fokus pada identiti, manipulasi sosial, keinginan untuk naik dalam hidup, dan persoalan yang agak pedih, kalau kita diberi peluang untuk padam masa lalu dan cipta diri baru, adakah kita cukup kuat, atau cukup terdesak untuk buat?

Trust me..memang citer ni best..dari episode pertama sampai la yang seterusnya korang x sabar nak tau apa yang jadi..sehari je settle SA tengok citer ni...


Thursday, January 29, 2026

Can This Love Be Translated? Bila Cinta Perlu Difahami, Bukan Sekadar Diterjemah

 
Assalamualaikum wrt...

SA tengah layan citer CAN THIS LOVE BE TRANSLATED..again drama Korea la...dh x tau nak tengok cerita apa...layan aje..mula2 macam alaaa...slownya....tapi sebab ada Kim Seon Ho..so kekal tenang la tengok citer ni....

Can This Love Be Translated? Bila Cinta Perlu Difahami, Bukan Sekadar Diterjemah

Kadang-kadang dalam hidup, yang paling sukar bukan untuk bercakap…tetapi untuk difahami.

Drama Korea Can This Love Be Translated? membawa kita semua ke sisi hubungan manusia yang jarang ditunjukkan secara dramatik, perlahan, realistik dan penuh emosi yang disimpan kemas. Ia bukan drama yang sarat dengan konflik berat, sebaliknya mengajak penonton berfikir tentang komunikasi, salah faham dan bahasa hati.

Tanpa perlu terlalu banyak kejutan atau drama berlebihan, cerita ini memang tenang. Hubungan antara watak-wataknya terasa dekat dengan realiti seolah-olah kita pernah berada di situ, atau mengenali seseorang yang melalui perkara sama.

Apa yang membuatkan drama ini menarik ialah cara ia menunjukkan bahawa cinta tidak selalu gagal kerana tiada perasaan, tetapi kerana mesej yang tidak sampai. Ada perkara yang tidak boleh diterjemahkan dengan kata-kata, hanya boleh dirasa.

SA suka sebab drama ini tidak memaksa emosi. Ia membiarkan penonton sendiri memahami situasi, menilai tindakan watak, dan mungkin tanpa sedar merenung hubungan sendiri. Ringkas, tetapi meninggalkan kesan.

Kalau korang peminat drama yang:

  • tidak terlalu klise

  • jalan cerita perlahan tapi bermakna

  • fokus pada emosi dan komunikasi

  • sesuai ditonton sambil berfikir

…drama ini mungkin untuk anda.

Kadang-kadang, cinta itu wujud.

Cuma persoalannya adakah kita benar-benar faham bahasa cinta orang di hadapan kita?





Ni gambar yang SA screenshot dari episode 10.....meleleh airmata tengok babak ni...


Barisan Pelakon Utama
  • Kim Seon Ho
  • Go Youn Jung
  • Lee Yi Dam
  • Choi Woo Sung
Kim Seon Ho tu berlakon apa pun best...memang kalau ada dia jadi hero, SA memang x kan lepaskan peluang tengok citer dia..bab heroin x kisah sangat...yang penting hero nya kan...

Korang kalau ada masa terluang, tengok lah citer ni..SA highly recommend citer ni....top 10 di Netflix...

Saturday, December 6, 2025

Review Kdrama Drama Korea 'Love in Contract'

Assalamualaikum wrt...

Hi korang peminat Kdrama...Dah tengok Love Contract?

Lama dah SA layan ni tak habis- habis...ntah bila nak habis ni...asal tengok je mengantuk...asal tengok je ada macam- macam halangan...kat rumah nak layan PZ kacau..suruh tukar citer tamil or hindustan...tapi tu la...akhirnya habis jugak..

Pernah terfikir apa akan terjadi jika anda mengupah seseorang untuk menjadi pasangan sempurna anda di majlis-majlis penting? Drama komedi romantik popular, Love in Contract 



Go Kyung-pyo tu sekali pandang ada iras Nubhan kan?

Sinopsis Ringkas 'Love in Contract'

Drama ini focus kepada watak Choi Sang-eun, seorang wanita serba boleh yang menawarkan perkhidmatan unik iaitu menjadi isteri kontrak untuk lelaki bujang yang memerlukan pasangan untuk acara sosial.

Jalan Cerita Utama:

Klien Misteri Isnin-Rabu-Jumaat: Sang-eun mempunyai hubungan kontrak jangka panjang dengan Jung Ji-ho, seorang hakim yang dingin dan penuh rahsia. Selama lima tahun, mereka hanya bertemu pada waktu makan malam untuk memenuhi peranan sebagai suami isteri yang tenang. Sang-eun tidak tahu apa-apa tentang latar belakang Ji-ho.

Klien Selebriti Selasa-Khamis-Sabtu: Keadaan menjadi huru-hara apabila Kang Hae-jin, seorang pelakon popular dan pewaris chaebol (keluarga kaya), berpindah ke tingkat atas pangsapuri Ji-ho dan turut mendapatkan perkhidmatan Sang-eun.

Cinta Segi Tiga Bermula: Apabila Sang-eun mendapati jadualnya penuh dengan dua lelaki yang sangat berbeza ini, batas antara kehidupan profesional dan perasaan peribadi mula kabur. Konflik timbul apabila kedua-dua klien itu mula bersaing untuk mendapatkan perhatiannya, memaksa Sang-eun untuk berhadapan dengan masa lalunya sendiri yang kompleks.

Berikut adalah senarai pelakon utama dan watak mereka:

  1. Park Min-young sebagai Choi Sang-eun: Seorang wanita menawan dan berbakat yang bekerja sebagai "pakar perkahwinan kontrak", membantu kliennya menjalani kehidupan bujang yang sempurna dengan berpura-pura menjadi isteri mereka pada majlis-majlis tertentu.
  2. Go Kyung-pyo sebagai Jung Ji-ho: Seorang hakim mahkamah keluarga yang misteri, merupakan klien jangka panjang Sang-eun selama lima tahun, menggunakan khidmatnya pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat.
  3. Kim Jae-young sebagai Kang Hae-jin: Seorang bekas idola K-pop yang kini menjadi pelakon popular, dan merupakan klien baharu Sang-eun untuk hari Selasa, Khamis, dan Sabtu. 

Pelakon sokongan lain termasuk:

Kang Hyung-suk sebagai Woo Gwang-nam.

Jin Kyung sebagai Yoo Mi-ho.


Giler la kerja sebagai isteri kontrak macam Choi Sang-eun ni..dia dah 12 kali kahwin kontrak ye...kalau la kerja macam ni wujud kat Malaysia..x tau la camne kan...apapun korang kena tengok citer ni...memang best..

Apekah Choi Sang-eun tu hidup bahagia dengan Jung Ji-ho?

Nak SA jadi spoiler ke? Tak yah la erk...korang tengok je la citer ni....


Tuesday, July 15, 2025

Review K-Drama ~Tastefully Yours..Romantik Komedi

Assalamualaikum...

Annyeong, korang! 

SA cuti 2 hari, saje menghabiskan cuti tahun...masih banyak dan tinggalkan 10 hari je untuk sampai hujung tahun...hari ni SA nak buat entry review K-Drama. Baru je selesai tengok..best untuk SA la...cerita pun xde la berat sangat...

Kalau korang tengah cari drama Korea yang manis macam bingsu, tapi penuh rasa macam kimchi SA nak recommend satu drama comel bertajuk Tastefully Yours. Drama ni bukan je buat hati berbunga, tapi juga buat perut lapar! 😋




Sinopsis Ringkas (Jangan Risau, No Spoiler!)

Tastefully Yours mengisahkan tentang seorang chef muda yang agak sombong tapi berbakat, bertemu dengan seorang penulis makanan yang ceria dan penuh semangat. Dari situ, kisah mereka berkembang dari pinggan ke hati. 

Gabungan dunia kulinari dan percintaan memang satu resepi yang sempurna. Setiap episod ada elemen makanan yang menarik, jadi kalau korang tengah diet, hati-hati ya! 

Pelakon utama dalam K-drama Tastefully Yours adalah:

Kang Ha-neul sebagai Han Beom‑woo, pewaris konglomerat makanan Hansang yang juga pengarah restoran Motto di Seoul  

Go Min‑si sebagai Mo Yeon‑joo, chef tegas yang mengurus restoran satu meja di Jeonju  

Kim Shin‑rok sebagai Jin Myeong‑sook, sous-chef berpengalaman di restoran Yeon‑joo  

Yoo Su‑bin sebagai Shin Chun‑seung, anak kepada pemilik restoran gukbap tempatan.

Ada kemunculan Cameo jugak...korang kena tengok sendiri siapa orangnya..yg pasti cameo ni memang ramai peminat..  


Kenapa SA Suka Drama Ni:

Visual Makanan yang Menggoda -Setiap kali tengok makanan dalam drama ni, terasa macam boleh bau aroma dia keluar dari skrin! Props kat team produksi yang buat semuanya nampak so real.

Chemistry Pelakon Utama – Serius, dari cara pandang mata pun dah buat hati cair. Pelakon lelaki tu nampak garang luar je, tapi ada sisi lembut yang slowly terbongkar.

Lawak Spontan & Dialog Best – Tak klise sangat, dan banyak momen yang buat aku gelak sendiri (walaupun tengok sorang-sorang malam-malam).

Mood Ringan & Feel-Good – Sesuai sangat untuk tengok waktu nak chill, lepas balik kerja atau hujung minggu sambil baring bawah selimut.

Sedikit Kekurangan? 

Mungkin ada episod yang rasa macam drag sikit, especially tengah-tengah tu. Tapi still boleh dimaafkan sebab ending dia sangat memuaskan!

Kesimpulan:

Kalau korang peminat genre romantik + makanan + suasana healing, Tastefully Yours memang kena masuk dalam watchlist.

SA bagi: ⭐⭐⭐⭐☆ (4.5/5) – sebab dia berjaya buat SA senyum setiap kali habis satu episod.


Friday, July 28, 2023

K-Drama Celebrity A World To Die For

Assalamualaikum...

Yeay...today is Friyaayyyy!!!Salam Jumaat..SA mulakan entri hari ni dengan review K-Drama.

Last week SA baru je habis tengok K-Drama yang mengisahkan dunia social media. Best giler citer dia..once start 1 episode terus nak sambung lagi dan lagi sampai habis. Memandangkan 6 episode jer so cepat la habisnya...

Celebrity ni menduduki carta top 10 di Netflix ye..lakonan Park Gyu Young sebagai Seo Ah Ri, seorang gadis biasa yang mempunyai kisah hidup dari keluarga senang akhirnya hidup kesusahan kerana kegagalan ayahnya dalam dunia perniagaan. Seo Ah Ri bekerja sebagai jurujual kosmetik dari rumah ke rumah untuk mencari rezeki. Dia mengalami kejutan budaya setelah  mendaftar untuk akaun Instagram pertamanya, hari demi hari pengikutnya  meningkat secara mendadak dan menjadi bintang media sosial sebagai salah seorang pengaruh utama Korea Selatan.


Pelbagai usaha Seo Ah Ri menjadi popular dengan saingan hebat dari Influencer popular yang lain. Jangan x percaya usaha demi usaha mereka untuk menjadi yang terbaik serta pelbagai cara untuk mereka menjatuhkan sesama mereka. Konflik demi konflik sehinggalah Seo Ah Ri menjadi terpaling popular dikalangan Influencer di Korea. Seo Ah Ri menjadi founder fashion yang mempunyai berjuta pengikut dan pendapatan yang paling besar dan akhirnya gagal kerana ditikam belakang oleh sahabat baiknya sendiri.



Selebihnya korang tengok la nanti..memang best citer ni..especially tengok persaingan dikalangan influencer. Tengok diorang bergaya pakai baju dan barangan dari fashion designer terkenal dan sanggup pertaruhkan nyawa semata- mata impian mereka tercapai..terlibat dengan scandal untuk cepat naik hingga sanggup terlibat dengan dadah serta pembunuhan..eh macam- macam la...

Tak mustahil kisah ni pasti ada dan pasti berlaku di seluruh dunia dan x mustahil di negara kita pun ada..wallahualam. Lumrah kehidupan kan..orang sanggup buat apa sahaja asalkan impian tercapai..ini la yang cuba diketengahkan melalui drama ni..tindas menindas menjadi kebiasaan dalam dunia social media.

SA recommend korang tengok citer ni...best!!!Seo Ah Ri tu comel dan cantik giler..suka SA tengok gaya dan muka dia...cute sangat..

SA bagi 5 bintang!!!

Korang pi tengok kat Netflix cepat....


Wednesday, June 21, 2023

WW ~ Dr Romantic 3

Assalamualaikum...

SA sejak terjebak dengan K-Drama ni bleh dikatakan setiap kali rehat kat office, balik kerja akan tengok la citer- citer K-Drama..

Terbaru yang SA tengah tengok ni citer Dr Romantic 3...



Semalam tengok dalam Komuter ke Seremban

 

Sekarang dah sampai episode 13...ada lagi 3 episode...

Seronok tengok cerita berlatar belakang konflik dalam dunia perubatan ni...

Dengar khabarnya next Dr Romantic 4 plak nak keluar...yang season 3 ni SA tengok kat LokLok...harap- harap season 4 ada kat Netflix plak la...SA sanggup bayar untuk VIP sebab nak tengok drama tanpa sebarang gangguan iklan...SA langgan Netflix, Viu dan Lok Lok...sanggup sebab minat punya pasal...

Thursday, December 15, 2022

K-Drama Jirisan

Assalamualaikum...

SA dah selesai tengok Kdrama Jirisan yang merupakan drama 16 episode yang ditayangkan pada 2021. Mula- mula cerita agak slow tapi bila dh tengok episode demi episode memang best citer ni. Ianya merupakan tribute untuk National Park  yang pertama dan tertua di South Korea terutamanya tribute buat para rangers yang mengabdikan diri bekerja dan menjaga keselamatan di Korea National Park disana.

Best giler citer ni walau permulaan cerita sedikit slow...sesuai untuk korang yang suka hiking dan cintakan alam semulajadi... Seo Yi Kang ranjer yang bertugas dan berasal dari Gunung Jiri. Seo Yi Kang sangat mahir selok belok hutan dan ditugaskan bersama Kang Hyun Jo yang merupakan renjer terbaru di Taman Negara Jirisan yang mempunyai kuasa luar biasa dimana dia akan mendapat imbasan perkara yang akan berlaku. Melalui imbasan itu banyak kejadian berlaku selesai.

Hari demi hari pelbagai kemalangan dan tragedi misteri yang berlaku. Mereka berdua bekerjasama menyelesaikan masalah dan misteri yang berlaku sehingga banyak melibatkan nyawa termasuk renjer junior.




Jun Ji-Hyun & Ju Ji-Hoon


Bagus drama ni tau...lepas tengok satu episode ke satu episode..rasa nak tahu siapa pembunuh sebenar dalam setiap kejadian membuak- buak..Kejadian demi kejadian yang dilakonkan kebanyakkan dari cerita sebenar yang dialami renjer- renjer sebenar yang telah ditemuramah dari awal. Base on true story la...

Korang nak tau kesudahan cerita...korang kena tengok sendiri...SA x nak jadi spoiler...paling mendebarkan bila Kang Hyun Jo yang cedera dan koma di hospital nak ditamatkan bantuan hayat...kat situ SA dah nangis dah...sedih giler...eh..korang kena tengok la...x mo la citer...kang korang dah tau penyudahnya korang x nak tengok plak...

Pemandangan pergunungan dalam drama ni memang cantik...rasa nak pergi je....tak percaya?

Korang tengok sendiri...ada je dalam Netflix....


Tuesday, November 29, 2022

Review Kdrama Cleaning Up

Assalamualaikum..

Hi korang...

Baru SA sibuk nak buat personal review tentnag citer Korea yang SA dah lama habis tengok...sekarang layan Jirisan plak...pun nak habis gak...nanti SA review gak erk...

Drama Cleaning Up ditayangkan di saluran JTBC dan drama ini adalah drama yang diadaptasi atau lebih senang kalau kita panggil "remake" dari drama UK "Cleaning Up" yang ditayangkan pada 2019 dan menerima sentuhan arahan pengarah  hebat Yun Seong Sik manakala penulisnya adalah Choi Kyung Mi. 


Drama ini mengisahkan tentang Eo Yong-Mi (Yum Jung-Ah), An In-Kyung (Jeon So-Min) dan Maeng Soo-Ja (Kim Jae-Hwa) bekerja sebagai wanita unit pembersih di sebuah syarikat broker.Tiga orang sahabat yang kerja di tempat yang sama , sebuah syarikat broker.  Eo Yong-Mi membesarkan dua anak perempuannya seorang diri dan dia bergelut untuk mencari rezeki kerana dia merupakan ibu tunggal.  In-Kyung mempunyai impian untuk membeli trak makanan untuk menjalankan perniagaan kafe mudah alih. 

Maeng Soo-Ja kelihatan seperti seorang yang sangat bergaul, tetapi dia hanya mesra dengan orang
apabila dia memerlukannya. 3 wanita unit pembersihan ini kebetulan mencuri dengar maklumat orang dalam di tempat kerja mereka tentang dunia saham. Hari demi hari apabila mendengar perbualan sulit tentang rahsia dalaman pasaran saham,  mereka melaburkan wang mereka dengan menggunakan maklumat dagangan orang dalam. Dengan sekali percubaan mereka berjaya mendapat sejumlah wang tetapi bila benda melibatkan wang ni..sekali dapat banyak pasti akan ketagih kan...akhirnya mereka terjebak lagi dan lagi sehingga lah Eo Yong -Mi secara tidak langsung terjerumus di dalam dunia pelaburan yang sangat menyusahkan dirinya.

Berbagai- bagai kejadian berlaku kepada Eo Yong -Mi tapi semua tu x dapat mengatasi semangat dia untuk mengubah kehidupan...sampai tahap hampir meragut diri dia sendiri kerana terlibat dengan gengster.

Bagaimanakah kehidupan mereka bertiga lalui kehidupan mereka seharian dan bagaimana mereka menjalankan tugas mereka?korang kena tengok sendiri drama ini

Informasi Film Cleaning Up 2022

Judul: Cleaning Up
Tahun: 2022
Genre: Komedi, Kriminal, Drama
Direktur: Yoon Sung Shik
Penulis Senario: Choi Kyung Mi
Bahasa: Korea


Pelakon 
  1. Yeom Jung Ah (Eo Yong Mi)
  2. Jeon So Min (Ahn In Kyung)
  3. Kim Jae Hwa (Maeng Soo Ja)
  4. Lee Moo Saeng (Lee Young Shin)
  5. Na In Woo (Doo Yeong)
  6. Gal So Won (Jin Yun Ah)
  7. Jang Shing Young (Geum Jan Di)
  8. Oh Seung Yun (Byeong Ryul)
  9. Ha Shi Eun (Boo So Yeon)
  10. Kim Tae Woo (Jin Seong Woo)
  11. Kim In Kwon (Cheon Deok Gyu)
  12. Song Jae Hee (Yoon Tae Kyung)
  13. Lee Tae Geom (Park Sung Gyu)
  14. Yoon Gyungho


Tuesday, November 22, 2022

Review Kdrama ~ Fight For My Way....

Assalamualaikum...

SA baru jer habis tengok citer ni...now tengah layan citer Jirisan...ada satu lagi citer yang SA blom review...dah habis tengok nanti SA review ye...dah up kat FB dah hari tu...hahaha...sekarang ni dah macam x leh lepas plak citer Kdrama...kadang Mak Pah tengok tv, SA tengok Kdrama kat handphone...gitu la rutin...haha...


 

Sementara tunggu kerajaan baru ni kan.. Meh baca review


Tajuk : Fight For My Way

16 episod

Kisah 4 sekawan yang tak cemerlang akademik.Joo Man, Dong Man, Sul-Hee & Ae-ra . Dorg ni dah bersahabat dari kecik & semua dari background keluarga biasa2 je..Ae Ra anak nelayan, JooMan & Sul-Hee anak peniaga kecil & Dong Man akak lupa pulak bapak dia keje apa. 

Dorang ni semua ada cita2 masing2 walaupun tak berpendidikan tinggi & bila dewasa dorang tinggal di kawasan perumahan yang sama. 

Ae Ra cita2 dia nak jadi pemberita. Tapi sebab dia takde pendidikan tinggi dia selalu kena rejek.Dan dalam 4 orang ni dia paling kesian walaupun cantik...,sebab dah la takde mak, tak pandai belajar, bercinta pun selalu kena tipu. Dia paling rapat dengan Dong Man. 

Paling akak geram bila ex schoolmate dorg,Moo Bin yg bekerja sebagai doctor usha si Ae Ra ni... Moo Bin ni masa kat sekolah geng budak2 nerd.Sampai ke dewasa nerd nya. Tapi tak padan nerd ada hati pulak mempermainkan perasaan si Aera ni. 

Dong Man ni bekas atlet tae kwan do sekolah.dan cita2 ni nak join MMA sebab nak senangkan family dia. 

Yang akak suka tentang cerita ni..,cerita nya berlandaskan realiti kehidupan.Bukan semua orang mampu capai cita2 dengan mudah. Dan realiti hidup bila kita tak de pelajaran memang orang sentiasa pandang rendah pada kita tak kira berapa kuat kita bekerja & orang peduli apa keluarga kau susah pun.Ha gitu lah. Dia camni lah..bila kau miskin, memang orang hina. ..kau dah senang pun masih orang tak pandang. 


Recommended citer ni sebab bukan citer anak2 orang kaya berebut kuasa nak jd CEO.


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah