Monday, October 2, 2023

Gegurls Trip To Muzium Negara Part 2 ~ Melawat Muzium Etnologi Dunia Melayu

Assalamualaikum..

Jom ler sambung lagi citer tetiba je plan ke Muzium Negara ni..Muzium orang asli dah SA citerkan di part 1, kita sambung plak melawat ke Muzium Etnologi Dunia Melayu. Best uii masuk sini sebab aircond kuat..hahaha..orang plak x berapa ramai dalam ni...dah macam muzium tu kami yang punya plak dah..

Muzium Etnologi Dunia Melayu mempamerkan koleksi dan penyelidikan mengenai dunia Melayu. Pameran koleksi meliputi pelbagai jenis seperti tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan sebagainya.. Apa yang menarik di sini, muzium ini turut menyertakan bahan-bahan pameran dari serata kawasan rumpun Melayu termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Afrika Selatan, Madagaskar dan juga daripada rumpun Melayu Polenesia. Haa..menarik kan...

Jom tengok gambar..





















Antara koleksi pameran yang diperagakan di muzium ini termasuklah barangan tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan sebagainya. Tidak lupa juga aktiviti riadah lain orang Melayu seperti wau, wayang kulit (yang merangkumi beberapa buah negara Malaysia, Indonesia dan Thailand), gasing dan lain-lain lagi. Melalui pendedahan ini maka agak mudah untuk kita memahami mengenai kaitan antara kita yang sebenarnya berada di dalam satu rumpun yang besar.

Banyak lagi bahan-bahan pameran di sini yang akan menimbulkan banyak pertanyaan mengenai Dunia Melayu sebenarnya. Mungkin sebahagiannya akan terjawab dan yang selainnya anda perlulah mengusahakan jawapannya. Ia bagaikan menyatukan cebisan-cebisan teka-teki yang agak menarik untuk diperhatikan. Namun setelah anda mengetahuinya, maka ketahuilah oleh kita bahawa kita semua berasal dari rumpun yang sama.

kredit to : Wikipedia

So adalah SA paksa diorang membaca..SA memang la x membaca.gambar pun mana dan aje amik..mana gambar yang Dania bagi je  SA up kat sini..

Lepas ni kami semua terus ke Muzium Negara plak..satu hal cari kaunter tiket..rupanya kat bahagian depan..jenuh la berpusing pi bahagian depan tu..sempat gak la amik gambar di pintu masuk utama...

Jumpa nanti Part 3 masuk Muzium Negara
 


8 comments:

  1. Bagus juga dimuziumkan tikar mengkuang tu sebelum generasi yg akan dtg tak lupa cara membuatnya.

    ReplyDelete
  2. Dah lamanya tak ke muzium negara.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana menjadikan muzium sebagai destinasi pilihan keluarga. Sudah pastinya lawatan ini banyak manfaat kerana banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat diperolehi. Nanti² kunjungi pula muzium-muzium di Melaka.

    ReplyDelete
  4. Anak sulung suka benda2 bersejarah jadi bila ajak pergi muzium dia memang seronok. Kalau ada rezeki, SA pergi la Muzium Budaya di Kuching memang best sangat2 sbb muzium baru & byk teknologi moden digunakan utk ceritakan sejarah di Sarawak.

    Tapi muzium yg takkan jejak lagi ialah Muzium Penjara di Melaka 🤭

    ReplyDelete
  5. last pegi muzium masa Ian & Iris kecik dulu....

    ReplyDelete
  6. Hahaha....mamalong dah jadi Cikgu Sejarah..Kena paksa baca...hihihi..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah