Monday, October 16, 2023

Hantar Mak Pah Ke Klinik Pakar Ortopedik

Assalamualaikum...

Selamat pagi korang..SA bersiaran di Hospital Seremban hari ni hanar Mak Pah ke Klinik Pakar Ortopedik untuk tukar simen kaki dia..dari simen sementara ke simen penuh plak....

Memandangkan Pak Zain pesara dan bekas kakitangan hospital ni..so boleh la kowtim untuk simen kaki Mak Pah separuh aje untuk memudahkan pergerakkan Mak Pah...pihak Klinik Pakar suggest letak Fiber tapi kena bayar RM110..takpe la asalkan ringan dan dia boleh bergerak..sekarang ni simen sampai ke peha so Mak Pah susah bergerak...harap lepas ni xde dah masalah pergerakkan Mak Pah..







 

Harap urusan simen baru ni tak lama...SA dan Pak Zain sakit pinggang sebab cubaan selamatkan Mak Pah dari jatu masa nak naik kereta tadi...rasa nak putus nyawa..Mak Pah berat 65kg...bayangkan SA nak angkat macam mana..dan macam mana SA dan Pak Zain sakit pinggang...

Harap balik kejap lagi okey la...ada 2 cabaran ni...nak masuk kereta dan turun kereta masa kat rumah nanti...


14 comments:

  1. Allahu.. semoga baik² sahaja semuanya nanti, Mak Pah, Pak Zain dan SA.

    ReplyDelete
  2. Allahumma yassir...memang sgt mencabar tu part2 angkat tu...

    ReplyDelete
  3. Memang susahlah nak gerak kalau simen sampai peha.
    Moga Allah permudahkan urusan rawatan Mak Pah dan SA sekeluarga yang menguruskan Mak Pah.

    ReplyDelete
  4. semoga yang baik2 je dan dipermudahkan urusan SA sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Allahu..moga semuanya dipermudahkan kak SA

    ReplyDelete
  6. Semoga baik2 je SA. Insha Allah dapat ganjaran pahala yang besar buat SA sbb berbakti dgn orang tua 🫶🏻

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan kak SA sekeluarga

    ReplyDelete
  8. mujurla rumah akak landed kan kalau rumah kondo atau apartment lagi la haru.... moga dipermudahkan semuanya ye kak

    ReplyDelete
  9. Kena belajar angkat orang sakit rasanya SA. Haritu akak tengok Hafeez Albukhary angkat ayah dia masuk kereta dari wheelchair. Tapi tak melibatkan kaki patah. Mungkin boleh tengok di Youtube.
    Masa akak jaga arwah abah kat hospital akak minta nurse ajarkan cara nak tukarkan diapers sebab arwah abah tak boleh gerak. Lepas dari tu mudahlah dan tak guna tenaga yang terlalu banyak untuk gerakkan badan abah sebab dah tahu cara yang betul.

    ReplyDelete
  10. Kak SA pakai korset penyangga tulang belakang bila nak angkat mak SA...mungkin boleh kurangkan sedikit efek angkat berat.

    ReplyDelete
  11. Moga Allah sentiasa permudahkan urusan kalian sekeluarga.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah baru tahu kak. Semoga cepat pulih untuk Mak pah, dan disehatkan selalu kakak dan keluarga yaa. ❤️

    ReplyDelete
  13. Allahu..moga dipermudahkan urusan akak sekeluarga

    ReplyDelete
  14. pakai simen biasa ni berat kan...
    semoga Mak Pah cepat sihat

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah