Assalamalaikum...
Jenjalan gegirls 5 orang ke Luna wonderland Seremban..apa ni..haaa..Luna Wonderland merupakan events Luna Lights Wonderland 2023 Malaysia Tour Seremban di Taman Malaysia September lepas. Program Luna Wonderland 2023 berlangsung dari 25 Ogos 2023 sehingga 24 September 2023 bermula dari jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam telah mendapat. pengiktirafan The World Book Of Records - The Largest Lighting Event In A Park. Untuk makluman korang, julung kalinya Majlis Bandaraya Seremban dengan kerjasama Red Bear Event menganjurkan Program Luna Wonderland 2023 Malaysia Tour , Seremban yang bertempat di Taman Malaysia.
Menarik la sebahagian Lake Garden Seremban di area Galeri Di Raja tu di jadikan Taman yang penuh dengan lampu 850,000 lampu LED Blinking warna warni. Mulanya nak pergi awal tapi hujan kan..x berani plak nak pergi..ye la dah melibatkan lampu2 dan letrik kalau hujan risau la kan..sure jalan ada lecak bagai..so 10hb malam tu SA bawak la anak- anak dara SA tu ke sini sebab dah janji. Eh sebenarnya Uncle diorang yang janji nak bawak..tapi Uncle dah balik so mama je yang pergi..Uncle balik JB dah petang tu...
Kami keluar agak lambat..ingat senang dapat parking..sudahnya kami terpaksa parking kat Galeri Di Raja dan jalan sikit..sebelum meneroka kita amik gambar dulu...
Jenuh uiiii...x ingat la berapa ekar keluasan taman ni...dengan orang ramai, ada jalan berbukit..ada yang kena naik jambatan...tapi bebudak ni semua happy la..nak sanagt pergi kan...bising penat kan...nasib gambar semua cantik..semua SA dah masukkan dalam album kat FB...rasanya la..hahahahah....
Okey settle dah citer pasal event Luna Wonderland...
Next nak citer bab bukak hadiah kahwin plak..muahahahahaha...























































