Monday, October 9, 2023

Terpilih Sebagai Pemenang Kedua GA Gift Box Tudung Ladyrini Exclusive By Syafiqa Hatta

Assalamualaikum..

Siapa aje yang tak suka kalau menang mana- mana GA kan..syukur alhamdulillah SA terpilih sebagai pemenang kedua GA Gift Box  Tudung Ladyrini Exclusive By Syafiqa Hatta ni..terkejut SA dapat email dari Syafiqa Hatta. Alhamdulillah rezeki dan consider hadiah kahwin SA jugak katanya...

Seronok betul SA dapat Sehelai tudung bawal chiffon Darena Scarf, cantik warnanya dan senang jugak bentuk..dan hadiah lain tu..siap ada inai lagi..nanti inai dijari SA ni hilang baru SA cuba inai tu ye...

Buka sekali hadiah ni dengan Dania, inai tu dia aimed dulu..SA cakap nanti kita pakai sama- sama..tunggu inai mama kat jari tangan ni hilang dulu. Inai kat jari kaki memang susah nak hilang la..lama lagi kot..masih elok pekat merahnya lagi..









 

SA ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih pada Syafiqa Hatta kerana sudi memilih SA sebagi pemenang kedua..siapkah pemenang utama ni?SA takde jawapan sebab GA ni lain dari yang lain..dia akan contact pemenang melalui email kan...so kita tengok siapa antara rakan- rakan blogger lain yang update selain SA ye..so far SA x nampak lagi sebab dari Jumaat SA x sempat nak update apa- apa entry. Sibuk uruskan Mak Pah.

Update Mak Pah:-

Mak Pah masih warded.

Semalam Mak Pah dipindahkan ke Ward 1E untuk monitor oksigen. oksigen Mak Pah tak cantik..dia tak sesak nafas atau tak rasa pun semput. Cuma doctor detect ada air lebih dalam paru- paru Mak Pah. Sebab tu Mak Pah dipindahkan ke Ward 1E untuk pantauan. Ward tu pun ward khas untuk pesakit buah pinggang.

14 comments:

  1. Tahniah kak...rezeki orang kahwin tu...
    nieyl doakan semoga Mak Pah diberikan kesihatan yang baik dan boleh balik rumah...

    ReplyDelete
  2. Tahniah SA! Nanti boleh post gambar SA pakai tudung pemberian Syafiqa Hatta.

    Mesti Mak Pah terlebih minum air macam dulu tu kan. Syafakillah buat Mak Pah, semoga cepat2 sembuh & cepat2 keluar dari wad hospital.

    ReplyDelete
  3. wah..tahniah SA...rezeki pengantin baru tu...hihihi

    ReplyDelete
  4. tahniah kak, cantik tudung dan inai tu

    ReplyDelete
  5. congrats kak SA...alhamdulillah..
    moga mak pah cepat2 sihat yer

    ReplyDelete
  6. Woww...Hadiah 2 in 1 lah ni..Giveaway Dan hadiah kawen..Mantap! Tahniahhh!

    Semoga mak Pah kembali sihat Dan keluar hospital macam biasa... Aamin...

    ReplyDelete
  7. congrats kak sa..sangat bertuah..moga mak cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah sembuhkan Mak Pah

    ReplyDelete
  9. tahniah SA.

    semoga mak pah cpt sembuh ya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah