Thursday, July 3, 2025

Vertigo ~ Dunia Rasa Berpusing Tiba-Tiba!

Assalamualaikum....


Pernah tak tiba-tiba rasa dunia ni macam berpusing-pusing walaupun kita tengah duduk diam? Kalau pernah, haa… mungkin itu tanda-tanda vertigo! Ramai orang ingat vertigo ni cuma pening biasa, tapi sebenarnya ia lebih dari tu.

SA pernah MC gara- gara vertigo ni...dia bukan sakit kepala, lebih kepada pening dan keliling kita berpusing- pusing...nak bangun rasa nak tumbang..sebab tu SA sekarang kalau bangun dari katil kena duduk dulu dalam beberapa saat  dan dah ok baru bangun...dia x menentu ye..kadang kita dah ok bangun tapi tiba- tiba satu bilik berpusing...memang kena baring semula la nampaknya...dan memang kena cuti sebab SA akan kena dalam tempoh lama beberapa jam...

Vertigo ni dikaitkan dengan masalah dalam telinga...betul ke? jom baca info di bawah...




Apa Itu Vertigo?

Vertigo bukanlah nama penyakit, tapi lebih kepada gejala di mana seseorang rasa seolah-olah dia atau persekitaran dia sedang berpusing atau bergerak, walaupun sebenarnya tak pun. Rasa tu boleh datang tiba-tiba dan boleh jadi sekejap… atau boleh berlarutan berjam-jam.

Kebiasaannya vertigo ni berpunca dari masalah dalam telinga bahagian dalam kita yang bantu kawal keseimbangan badan. Antara punca paling biasa ialah:
  1. BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo) – pening bila ubah posisi kepala.
  2. Labyrinthitis atau Vestibular Neuritis – jangkitan pada saraf keseimbangan.
  3. Meniere's disease – keadaan kronik yang ada simptom vertigo, telinga berdengung dan hilang pendengaran.

Adakah Vertigo Merbahaya?
Vertigo jarang mengancam nyawa, tapi ia sangat mengganggu aktiviti harian. Bayangkan tengah drive, tiba-tiba rasa dunia ni berpusing — bahaya, kan? Ada juga yang sampai jatuh sebab hilang keseimbangan.

Kalau vertigo disebabkan oleh masalah saraf atau jangkitan serius, rawatan segera sangat penting.


Apa Nak Buat Kalau Kena Vertigo?

Kalau tiba-tiba diserang vertigo, jangan panik. Cuba langkah-langkah ni:

1. Duduk atau baring dengan tenang. Elak bergerak laju.
2. Pejam mata sekejap dan tarik nafas dalam-dalam.
3. Elakkan cahaya terang atau bunyi bising.
4. Jangan terus pandu atau naik tangga.
5. Minum air kosong secukupnya. Dehidrasi pun boleh buat pening bertambah.
6. Kalau kerap berlaku, jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan dapatkan ubat yang sesuai.


Jangan Ambil Ringan!

Walaupun vertigo bukan penyakit kronik, tapi bila ia menyerang, memang boleh buat hidup kita terhenti sekejap. Jadi, jangan abaikan tanda-tanda awal. Dapatkan rawatan awal dan jaga kesihatan telinga dan keseimbangan badan.

Breakfast & Lunch SA Hari Ini

Assalamualaikum...

SA sarapan pagi ni makan roti je..makan roti di sapu planta dan peanut butter serta strawberry jam...mak aiii...sedap betul sarapan pagi tadi...kenapa x bawak bekal nasi ke atau yang lebih berat? dah 2 malam nasi habis je...malas nak masak nasi baru...lepas tu SA buntu x tau nak masak apa...suami buat sarapan dia sendiri..roti jugak la...ada balance nasi 2 senduk kot..dia buat nasi goreng kicap dia...SA kan x minat nasi goreng campur kicap

Tengahari SA beli dari adik tealady yang jual sarapan..hari ni dia jual nasi goreng cili kering + telur mata..SA order la satu untuk makan tengahari...lepas tu SA ada bawak buah...ni la buah terakhir dalam fridge SA..apple jepun dan buah plum...


Nasi goreng cili kering +telur mata dan adaikan bilis skit...


Roti sapu planta, peanut butter dan strawberry jam


Apple jepun dan buah plum....


SA minum lipton Teh O je...


Ada berita mengejutkan...

Page views SA semalam mencanak naik...x tau la plak entry mana yang viral...tengok kat popular post tu biasa- biasa je...semalam cecah 45893...risau kalau x genuine...hari ni setakat pukul 2 petang PV SA dah cecah 11611..Korang punya pageviews macam mana...ok tak? Ni bukan meriak aau claim hebat..risau kalau blogspot ada masalah ke apa...Minggu lepas dan Isnin hari tu setakat bawah 10k je..

Today
11611

Yesterday
45893

SA nak minta maaf kat kawan- akwan yang baru follow SA...SA x boleh nak follow blog korang...x tau la..dah limit agaknya...kan x leh follow lebih dari 200 blog...susha la macam ni kan x boleh follow ramai..bukan apa..follower pun membantu prestasi sesebuah blog jugak..minta maaf tau kalau SA x sempat nak follow lagi..bukan SA sombong or pilih bulu ye...nak nangis rasanya bila x leh follow blog lain...


Rezeki Tak Salah Alamat

Assalamualaikum...

Ni cerita last week Khamis rasanya...masa tu x bawak bekal...So pagi SA cari la sarapan kat Brickfield tu..ramai aje yang meniaga. SA suka nasi lemak yang ada sorang mamat ni jual kat area Pejabat Pos Brickfield tu...dah beberapa hari SA x nampak dah dia meniaga. Yang nasi lemak paru goreng yang crunchy tu...mana ntah mamat tu meniaga dah...

Sudahnya SA beli kat ada akak tu kat area Ascott nyer jejantas tu...ok je la bihun goreng ni..takde la wow sangat...terus teringat nasi lemak Kak Ton kat LRT Pasar Seni...nanti nak buat kerja gila la pi beli kat situ plak kalau sampai awal kat KL...dah la Ammi ada tayang kuih fav SA, kuih Abok- Abok...



Sebungkus RM9


Ada telur mata dan sambal paru..telur mata sekarang RM1.50 ye sebiji


Yang ni plak boss Hedzuan bawak hari Khamis tu...Cheesecake Caramel ke Butterscotch ntah...sempena birthday dia 24hb...masa tu all the bosses ada Management Retreat


Cheesecake ni wife dia buat


Cantik je kejadiannya


Rasanya pun sedap giler...


Chocolate 


Alhamdulillah...

Rezeki dikelilingi orang baik- baik kan...Next week insyaallah SA akan konsisten kembali bawak bekal...minggu ni bawak bekal sarapan je...yang sarapan tu pun bawak ke lunch..SA ada masalah selera makan plak ha...lepas satu- satu sejak dah berumur ni...SA dah stop kejap coffee, SA minum air panas suam je dan sesekali teh O..Badan x leh jugak kalau xde gula kan...walau SA hanya ambil natural sugar from fruit...tetap x cukup gula sebab bukan hari- hari SA makan buah...


Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis

Assalamualaikum...

Dulu kan..SA x suka kerabu...nasi kerabu dan sebagainya...tapi dulu ada boss orang Kelantan, SA pernah jaga dia dalam 2 tahun macam tu...so dia la selalu bawak kami staff dia makan kat luar lauk- lauk Kelantan ni...sejak tu SA pandai makan Budu, Kerabu dan Nasi Kerabu...

Pagi ni scroll FB ternampak kat page Azhan Rani dia share resepi kerabu ikan bilis dan bunga kantan yang biasa dia buat...dan ada jugak yang dha cuba buat dan dah share kat FB...SA kan ada banyak stock bunga kantan..SA nak cuba buat la weekend ni...



Nampak sedap kan?


Kerabu bunga kantan ikan bilis.. simple macam ni tapi makan nasi tak cukup sepinggan 😂

Bahan2

  1. Ikan bilis
  2. Bunga kantan
  3. Serai
  4. Tomato
  5. Bawang besar
  6. Cili
  7. Lemon ( boleh gantikan dengan limau nipis )
  8. Sos ikan
  9. Garam

Cara masak

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing

2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata..

3. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata..

Tips , garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin..


Sumber : Akma Abdullah


Selamat mencuba korang...


Panduan Mendaftar Google Adsense – Pengalaman Susah Senang!

Assalamualaikum...

Baru- baru ni ada beberapa pertanyaan dari blogger baru tentang Google Adsense. Ada yang mintak kongsikan info dan pengalaman meletakkan iklan Google Adsense di blog..SA bukan la pandai sangat bab Google Adesense ni tapi dah lama jugak la SA ada Google Adsense kat blog dan menjana pendapatan dari blog melalui iklan- iklan yang di klik..bukan sendiri klik ye...orang lain yang klik. Kalau sendiri klik akan dikira fraud dan Google Adsense akan ditarik semula..Google Adsense sangat strict dan sensitif ye..dia boleh tau sekiranya kita tertekan iklan dengan sengaja atau tidak sengaja...

Dulu, SA buta sikit tentang Google Adsense ni..Satu hari SA termenung depan blog sendiri, terfikir... "Boleh ke blog ni jana duit sikit-sikit?" Ramai juga blogger yang kongsi pasal pendapatan dari Google Adsense, jadi SA pun terdetik nak cuba daftar. Tapi serius, nak apply Google Adsense ni bukan terus lulus tau. Ada juga liku-liku dia.

Jom tengok apa yang SA share tentang Google Adsense


Apa Itu Google Adsense?

Secara ringkas, Google Adsense ni merupakan platform pengiklanan dari Google. Bila kita lulus permohonan, iklan akan dipaparkan dalam blog kita. Setiap klik atau impression, ada la income masuk, sikit-sikit pun lama-lama jadi bukit. 

Syarat Nak Daftar Google Adsense (Yang Selalu Terlepas Pandang)

Sebelum daftar, kena pastikan blog kita memenuhi beberapa syarat asas ni:

1. Kandungan original – Bukan copy paste ya. Kena tulis dengan gaya sendiri.
2. Blog aktif & konsisten – Sekurang-kurangnya ada 15-20 entry berkualiti.
3. Navigasi jelas – Kena ada page penting macam About Me, Contact, dan Privacy Policy.
4. Design blog kemas – Elakkan terlalu banyak widget mengarut, loading lambat pun boleh menjejaskan.
5. Bahasa & lokasi – Google Adsense terima blog Bahasa Melayu, jadi tiada masalah untuk blogger Malaysia.

Proses Daftar Google Adsense – Step by Step

1. Log masuk akaun Google, pergi ke https://www.google.com/adsense
2. Klik "Get started" dan masukkan URL blog.
3. Isi maklumat peribadi (alamat, nombor telefon, dll)
4. Google akan review blog kita, ambil masa beberapa hari ke beberapa minggu.
5. Kalau lulus, kita akan dapat emel – Welcome to Google Adsense!

Pengalaman SA– Dua Kali Mohon Baru Lulus!

SA punya permohonan kali pertama gagal, sebab blog masih ‘kosong’, entry tak sampai 10 pun. SA pun ambil masa tambah artikel, kemas layout dan template, pastikan semua link elok berfungsi. Kali kedua apply, Alhamdulillah... lepas!

Bila Boleh Dapat Duit?
Lepas akaun lulus, kita boleh letak iklan dalam blog. Bila dah capai threshold (USD100), Google akan bayar terus ke akaun bank kita. Tapi yang ni kena sabar sikit la ya – trafik blog pun mainkan peranan.Sebab tu SA selalu tekankan kat blogger-blogger baru, kerap update dan kerap blogwalking..dari situ kita dapat menambah baik stats dan pageviews blog kita..

Dan baru- baru ni SA dah cashout untuk kali yang entah ke berapa dah, setahun 2 kali cashout atau paling kerap 3 kali cashout...memang cukup aje USD100 dia akan automatically cashout dan dalam masa 3 hari bekerja duit akan terus masuk dalam akaun kita...

Tips Bonus

  • Jangan letak iklan terlalu banyak – pembaca lari nanti.
  • Tulis konten yang orang selalu cari (resepi, tips harian, pengalaman travel).
  • Kongsi link blog di media sosial untuk tarik trafik
Mendaftar Google Adsense ni bukan susah sangat, tapi kena sabar dan ikut syarat yang betul. Kalau blog masih baru, take your time untuk bina konten yang berkualiti. Jangan putus asa kalau tak lulus kali pertama. Teruskan menulis, teruskan berkongsi.

Semoga berjaya dalam dunia blogging dan selamat jana pendapatan pasif! 


Wednesday, July 2, 2025

Kakak Dania Belanja Brown & Mommy Snacks..

Assalamualaikum....

Lama x update pasal anak bulus kat rumah tu..siapa lagi kalau bukan si Brown tu...makin hari makin mengada makin manja...SA plak ada masa- masa SA akan manjakan dia..tapi kalau buat hal memang kena la...especially kalau dia mencakar tu kan...x berani dah dia cakar bawah sofa SA..naik sofa memang x berani kalau SA ada...Sekarang Mommy dia pun dah pandai masuk rumah dan dah berani..sebelum ni tak berani langsung...agaknya berbulu dia tengok Si Brown agaknya...tu yang dia memberanikan diri masuk tu...SA x halau la tapi sejak dia buat perangai tido atas pasu rose jepun SA sampai rosak dan berak dalam pasu tu jugak..sejak tu SA x bagi dia masuk rumah...so rose jepun SA semua gone..ada 5 pasu semua kena kencing dan berak si Mommy tu....geram betul SA....

Last week Kakak Dania belikan snacks...bagi la si Brown makan dulu...bukan main suka dia..x cukup satu ye...siap berebut ngan mommy dia...x tau la snacks tu perisa apa...but Brown ngan Mommy memang suka...hari-hari tungu kakak Dania balik kerja...


Memang kena bagi permanent resident dulu la...kalau x kang dia merajuk..kuat merajuk Brown ni..x leh marah sikit dia merajuk...


Mommy plak x sabar- sabar tunggu turn dia..


Leka Brown ambil Mommy kesana kesini x menyempat


Okey turn mommy plak


Brown makan lagi sekali...x cukup satu la dia ni...


Mommy x puas hati


pose sebelum buat aksi tampar Brown


Brown kalau merajuk memang situ la port dia..lagi satu depan pintu rumah..mommy plak golek2 depan dia...golek x gerak-gerak


Laaaa...dah lelap rupanya....


Hari tu Dana ada tanya SA ada kucing lain ke...Mommy ni satu rumah ngan Brown...kecik lagi dah beranak...sudahnya anak pun dah lebih kurang sebaya dia je...tapi Brown lagi besar dan gebu...Mommy ni asalnya liar...baru- baru ni je dia nampak jinak dan manja skit...

tapi sejak dia buat hal kat pokok bunga SA tu...memang SA dah x bagi dia masuk rumah...Brown je boleh masuk...Brown x buat hal...

Kakak Nia dah dapat gaji so banyak la snacks yang dia belikan untuk Brown...sesekali je bagi mommy...mengada betul kan...orang xde adik...kucing pun boleh la jadi adik dia..


Sambal Hitam Pahang dari TikTok Shop ~ Cukup Rasa, Cukup Padu Berapi!!

Assalamualaikum...

SA nak cerita sikit pasal sambal yang tengah viral ni – Sambal Hitam Pahang. SA terbeli (ya, terbeli... bukan salah jari 😂) dari TikTok Shop sebab ramai review kata sedap. Harga pun okay je, RM15 untuk satu botol.

Lepas cuba, memang tak menyesal langsung beli!
Rasa dia cukup masin, cukup masam dan paling penting cukup pedas! Yang suka makan sambal memang wajib try. Tak payah lauk lain pun takpe, ada sambal ni je dah licin nasi.Ini bukan product review ye...ni review tulus dari hati sebab sebelum ni nampak Cie share kat blog dia..tapi Cie buat sendiri la...SA kena study betul2 kalau nak buat sendiri lagipun susah nak dapat stok belimbing buluh ni..





Bahan dia simple je – belimbing buluh, cili, ikan bilis, gula dan garam... tapi bila digaul elok-elok tu, dia jadi sambal yang power. Yang best, tak terlalu berminyak dan tahan lama kalau simpan elok..once dah bukak penutup SA simpan dalam fridge.

Sesuai sangat buat stok kat rumah. Bila malas nak masak, nasi panas + telur mata + sambal hitam ni = heaven! 😋

Kalau korang teringin nak rasa, boleh je check kat TikTok Shop. Banyak seller jual, tapi pastikan tengok review dulu tau. SA punya ni beli dari seller yang ramai bintang. Hehe.

SA share link SA beli baru ni..

Ada yang dah try ke? Jom share sambal kegemaran korang pulak! 

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Di Mee Bandung Central

Assalamualaikum..

Lepas dah beli nenas tu kan...kami ikut jalan lama terus ke Muar...SA nak makan Mee Bandung...masa tu dah pukul 3 lebih dah...sampai Muar dalam pukul 4 lebih sebab jammed dan SA rasa suami ikut jalan lain selain yang sebelum ni...x kisah lah..asalkan SA dapat makan Mee Bandung Muar...

Pilihan kami adalah Mee Bandung Central..sebelum ni kami makan Mee Bandung Udang Galah kat seberang tu...situ ada sate jugak...kat MBC ni ada sate tapi x leh order sebab ada orang order beratus2 untuk bungkus...kena tunggu sejam ke apa ntah..sabar je la...gagal lagi makan sate...



Penuh orang...tapi rezeki masuk dalam ada satu meja kosong


Yang ni la x leh nak order...org lain dah order banyak katanya


Senarai makanan dan minuman


Teh o ais limau dan limau ais


Muka hampa x dapat Sate


Mee Bandung Udang, udang 2 ketui je...frust lagi...kedai seberang tu ada 6 ekor udang...


Mee Bandung Biasa suami punya...


Makan aje la walau frust

Total makan kat sini RM3O lebih...x ingat berapa lebih...yang SA punya tu RM23...macam x worth it...


Balik ikut highway macam biasa....sekali sampai Air Keroh jammed, berhenti RNR Air Keroh...nak buang air sangat dah...sekali sampai tandas tengok orang beratur sampai keluar...aduhai...so keluar balik ke RNR Jejantas...


Pedih2 mata SA tengok lampu-lampu kereta


Nampak....panjang kan...masa ni kat Pedas/Linggi

Kami sampai rumah dalam pukul 9 malam macam tu...

Kami tak makan malam pun..dah penat...balik terus rehat je...


Tuesday, July 1, 2025

Beli Nenas Di Ayer Hitam

Assalamualaikum..

Kami suami isteri singgah kat Ayer Hitamdan ikut jalan dalam sampai ke Muar, sementara tu kami memang nak tgok apa menarik untuk dibeli selain nenas...jumpa la satu kedai ni area pekan rasanya..x dapatkan info plak area mana...memang banyak la nenas dijual kat situ dan murah...SA beli 2 biji nenas MD2 satu dah kuning dan satu yg SA pegang tu..teringin nak makan cicah kicap cili...ya allah sambil type ni terliur dan ngences ha...tp x buat2 lagi..PZ x bagi...dia kata biar la masak..nanti boleh makan...aloooo...suka tau hijack kita..dia kata buat2nya SA tengah mengandung sia-sia je gugur makan nenas muda...allahu...ni perli ke apa ni..perut ni buncit sebab banyak makan bukan mengandung...buat lawak la PZ ni..lepas tu dia ketawa...imaginasi tinggi betul...




Candid by suami



Ubi kemili..


Selfie jap sekeping


Buah buahan lain pun ada


Keropok pun ada tp SA x beli...telur pindang pun sebenarnya ada...


Ni nenas sarawak...SA x beli sebab macam dah terlalu masak


Ubi kayu..dan hujung tu ubi keladi


Ubi keledek


 Murah kan?

So semalam PZ dah kupas nenas SA beli kat Sg Mati Muar..nenas sarawak jenis besar bukan kecik2...SA rasa sekeping ya allah...juicy betul manis....settle 2 keping SA makan...Dania pun suka nenas..memang ulang makan nenas je la...masa PZ potong tu, air dia banyak keluar...buat juice sure sedap tu kan...

Hari ni mesti dia kupas nenas MD2....


Beli Selipar Dan Jajan Khalaf Di Econsave

Assalamualaikum...

Sebelum hantar Khalaf balik rumah dia kami bawak dia pi Econsave jap cari selipar..selipar yang ada dh uzur sangat dah...cari gak jersy tapi semua kecik..dia dah umur 12 tahun tapi tu la badan dah macam budak tingatan 2...nanti la cari online aje..senang...

Semua gambar-gambar kat bawah suami yang snapkan..SA x tau pun wujudnya gambar ni semua..tiba tgok ada kat FB suami...kecik besau kecik besau je SA tengok suami masa tu...



Masa ni ntah SA tunjuk apa ntah..tp nampak macam.Mak Tiri yg garang erk...hahaha...ngek betul la..


Masa ni nak bayar..org ramai so kena beratur


Beli jajan, choc dan selipar


Lepas sunat badan dia naik betul, tinggi dah...sebelum.ni kemetot je




 Masa ni SA bg tau dia yang mama dan babah x boleh balik sebulan sekali, lepas tunSA suruh dia doakan babah dapat kerja tetap so tak payah bawak grab lagi dh...


Ada rezeki bulan 9 nanti kami balik masa birthday dia..sebabnya nak buat ic dh kan...nanti boleh la spend masa seharian ngan dia...balik terkejar dan masa x banyak ni memang x best...sebab tu dia rasa x seronok...apapun dia masih boleh watsaap or video call ngan babah dia...

Lepas hantar Khalaf balik, kami berdua terus balik...nak mengelakkan jammed tapi tetap la jammed ye...SA ni x leh tersekat dalam jammed cepat stress. Teringat plak PZ kirim Nenas gara-gara  dia nampak ada Jom Heboh TV3 sempena Hari Nenas kat Johor..singgah la Ayer Hitam kejap dan ikut jalan dalam je lepas tu...

Kejap lagi SA share entry beli nenas tu ye...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah