Assalamualaikum wrt..
Sebelum ni SA share tips simpan cili api kan..hari ni SA nak share tips rebus kerang plak..ada caranya nak bagi isi kerang tu segar, juicy dan sedap dimakan...takde la kweing atau kecut isinya...
TIPS REBUS KERANG
1. Basuh kerang menggunakan bakul penapis.
2. Basuh & ayakkan hingga kotoran/lumpur pada kerang hilang.
3. Masukkan ke dalam periuk.
4. Isikan SEDIKIT SAHAJA AIR (dlm 1/6 cawan).
5. Ketukkan 1 @ 2 batang serai & masukkan ke dalam periuk.
6. Rebuskan selama 3-4 minit @ sehingga kerang terbuka.
7. Tutup api.
8. Masukkan dalam bekas berisi air batu hasilnya isi kerang nampak segar dan sedap dimakan.
Siap.
TIPS
Sukatan air untuk merebus anggarannya adalah sebanyak 1/6 daripada kuantiti kerang yang ingin direbus. Kerana semasa merebus, kerang juga akan menghasilkan air.
Jangan rebus terlalu lama kerana jika terlalu lama, isi kerang akan jadi kering, mengecil & tidak sedap untuk dimakan.
Fungsi serai adalah untuk meningkatkan aroma kerang & menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.





No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......