Assalamualaikum wrt...
Selesai sudah majlis doa selamat dan tahlil di rumah adik SA..sepanjang hari SA ada kat rumah adik SA bantu apa yang patut..SA pun ada masak dan sedekah lauk serta ulam dan sambal belacan...cumanya cuaca x berapa cantik..hujan dari panggil sampai ke petang hari ini..tapi Alhamdulillah majlis doa selamat berjalan dengan lancar dan jayanya...bacaan tahlil juga diadakan..kebetulan pula hari ini merupakan hari lahir arwah Mak kesayangan kami dan ada antara korang yang kenal juga iaitu arwah Mak Pah...kalau areah masih ada..hari ni merupakan hari lahir arwah yang ke 69 tahun....
Malam semalam SA risau andainya x cukup lauk...SA bergegas ke ST Rosyam Mart cari paru yang dah siap di potong-potong dan SA start masak paru goreng berlada tengah malam tadi...siap potong-potong ulam dan buat sambal belacan juga...dekat pukul 1am baru selesai...awal pagi dah gerak ke rumah adik SA...
Jom tengok gambar makanan dan gambar sekitar majlis...
Paru goreng berlada, SA masak..
Kari daging dan tulang, adik order kat jiran sebelah rumah...
Sambal udang petai adik no 3 a.k.a tuan rumah masak
Rendang ayam campur kacang buncis adik no 4 masak
Ayam goreng untuk budak-budak
Ulam timun jepun, kacang botol dan tomato cherry
Sayur campur
Kuih tepung pelita campur sengkuang...sodap!!
Pelbagai perisa dadih
Lauk pauk dah terhidang.
Hujan dah mula turun..so bacaan doa selamat dan tahlil diteruskan
Pengantin yang diraikan leka tgok tv dan main hp...
Anak buah SA dan adik no 4
Jemputan wanita makan kat dalam..
Tetamu dah ramai..jiran jiran dan saudara mara
Sepupu-sepupu SA dan anak-anak buah sebelah PZ
PZ kalau dah berjumpa kawan mmg leka berborak
Tuan rumah dan kawan-kawan office
Selesai dah....semua pun dah kepenatan..ye la dari malam semalam beraksi..tolong set up dan kemas rumah..
SA penat giler...esok Nia balik UCAM, nasib baik SA masih cuti..Selasa baru start kerja...tapi esok nak temankan PZ plak..misi mencari durian tempoyak...
































No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......