Assalamualaikum wrt...
Hi korang peminat Kdrama...Dah tengok Love Contract?
Lama dah SA layan ni tak habis- habis...ntah bila nak habis ni...asal tengok je mengantuk...asal tengok je ada macam- macam halangan...kat rumah nak layan PZ kacau..suruh tukar citer tamil or hindustan...tapi tu la...akhirnya habis jugak..
Pernah terfikir apa akan terjadi jika anda mengupah seseorang untuk menjadi pasangan sempurna anda di majlis-majlis penting? Drama komedi romantik popular, Love in Contract
Sinopsis Ringkas 'Love in Contract'
Drama ini focus kepada watak Choi Sang-eun, seorang wanita serba boleh yang menawarkan perkhidmatan unik iaitu menjadi isteri kontrak untuk lelaki bujang yang memerlukan pasangan untuk acara sosial.
Jalan Cerita Utama:
Klien Misteri Isnin-Rabu-Jumaat: Sang-eun mempunyai hubungan kontrak jangka panjang dengan Jung Ji-ho, seorang hakim yang dingin dan penuh rahsia. Selama lima tahun, mereka hanya bertemu pada waktu makan malam untuk memenuhi peranan sebagai suami isteri yang tenang. Sang-eun tidak tahu apa-apa tentang latar belakang Ji-ho.
Klien Selebriti Selasa-Khamis-Sabtu: Keadaan menjadi huru-hara apabila Kang Hae-jin, seorang pelakon popular dan pewaris chaebol (keluarga kaya), berpindah ke tingkat atas pangsapuri Ji-ho dan turut mendapatkan perkhidmatan Sang-eun.
Cinta Segi Tiga Bermula: Apabila Sang-eun mendapati jadualnya penuh dengan dua lelaki yang sangat berbeza ini, batas antara kehidupan profesional dan perasaan peribadi mula kabur. Konflik timbul apabila kedua-dua klien itu mula bersaing untuk mendapatkan perhatiannya, memaksa Sang-eun untuk berhadapan dengan masa lalunya sendiri yang kompleks.
Berikut adalah senarai pelakon utama dan watak mereka:
- Park Min-young sebagai Choi Sang-eun: Seorang wanita menawan dan berbakat yang bekerja sebagai "pakar perkahwinan kontrak", membantu kliennya menjalani kehidupan bujang yang sempurna dengan berpura-pura menjadi isteri mereka pada majlis-majlis tertentu.
- Go Kyung-pyo sebagai Jung Ji-ho: Seorang hakim mahkamah keluarga yang misteri, merupakan klien jangka panjang Sang-eun selama lima tahun, menggunakan khidmatnya pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat.
- Kim Jae-young sebagai Kang Hae-jin: Seorang bekas idola K-pop yang kini menjadi pelakon popular, dan merupakan klien baharu Sang-eun untuk hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
Pelakon sokongan lain termasuk:
Kang Hyung-suk sebagai Woo Gwang-nam.
Giler la kerja sebagai isteri kontrak macam Choi Sang-eun ni..dia dah 12 kali kahwin kontrak ye...kalau la kerja macam ni wujud kat Malaysia..x tau la camne kan...apapun korang kena tengok citer ni...memang best..
Apekah Choi Sang-eun tu hidup bahagia dengan Jung Ji-ho?
Nak SA jadi spoiler ke? Tak yah la erk...korang tengok je la citer ni....




No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......