Assalamualaikum wrt...
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, hari ini terasa begitu istimewa untuk SA, hati seorang ibu mana yang tak berbunga bila melihat anak sendiri mencapai sesuatu yang besar? Ainnul Dania Huda, si manis yang selalu buat SA tersenyum, akhirnya menerima Anugerah The Duke of Edinburgh’s International Award Tahap Perak & Gangsa daripada Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Anugerah Remaja Perdana (ARP) nama rasmi yang digunakan di Malaysia untuk program yang setara dengan The Duke of Edinburgh’s Award.
Alhamdulillah Dania dapat Tahap Perak. Walaupun nama anugerahnya panjang dan bunyinya sangat “antarabangsa”, tetapi bagi SA, maknanya sangat dekat di hati kerana usaha, ketekunan dan keberanian seorang remaja untuk mencabar diri dalam pelbagai aktiviti yang diadakan.
Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Melaka Siri 2 Tahun 2025
Sebenarnya, perjalanan Dania bukannya mudah. Ada masa letih, ada masa hampir putus asa, ada masa pelbagai aktiviti bertembung dengan pembelajaran. Tapi dia tetap teruskan dengan senyum, dengan semangat, dan dengan keinginan untuk jadi lebih baik. Bila dia tunjuk sijil perak itu, SA rasa macam semua penat lelahnya berbayar.
Sebagai Mama, SA bukan sekadar bangga, malah SA terharu. Melihat Dania melangkah setapak lagi dalam hidupnya, SA sedar betapa cepat masa berlalu. Dulu SA yang pimpin tangan dia dan berikan galakkan, SA suruh cuba dan cuba, sekarang Dania pula yang tunjuk contoh keberanian dan disiplin.
Sebenarnya Dania sedang final exam untuk Semester 4 ni, nasib baik hari ni takde paper..last paper esok...SA tau pun semalam, kalau minggu lepas tau tentang anugerah ni dah tentu SA hantar baju yang proper untuk dia ambil anugerah..ni dia pakai baju Arwah Uwan dia ambil anugerah...kalau arwah Uwan ada mesti arwah uwan turut merasa bangga...
Tahniah sayang Mama,
Ainnul Dania Huda.
Semoga pencapaian ini jadi pembakar semangat untuk terus maju, terus mencuba benda-benda baru, dan terus percaya pada diri sendiri.
Mama dan Uncle sentiasa ada di belakang, menyokong setiap langkah awak. Dan hari ini, biarlah Mama meraikan kegembiraan ini kerana awak layak untuk dipuji dan diraikan.
Teruskan melangkah, jangan berhenti mencabar diri. Mama sentiasa ada kadang garang, kadang nagging, tapi sentiasa sayang..
Congratulations...
Keep it up and never give up...














Tahniah Dania. Tahniah SA.
ReplyDeleteSemoga Dania terus mengorak langkah ke arah yang lebih cemerlang, seimbang dunia dan akhirat.