Assalamualaikum wrt...
Dah malam baru nak up entry menu lunch hari ni...SA kepenatan..huhu...
Hari ni SA share pengalaman healing dalam dapur SA.. Tiba-tiba teringin sangat nak makan lauk kampung yang power punya. Bukan setakat teringin, tapi dah sampai tahap craving yang tak boleh dibawa berbincang dah!
Target utama hari ni? Asam Pedas Ikan Keli!
Kenapa Keli? Sebab rasa isinya yang lembut, lemak-lemak manis tu bila bersatu dengan kuah asam pedas yang pekat, masam, dan pedas kaw-kaw... Ya ampun! Terus rasa macam balik zaman kanak-kanak, makan bersila atas lantai dapur...
Hari ni takde sambal belacan...tanya adik-adik diorang x nak sambal belacan..bagus..senang kerja SA
Seawal 10.30am SA dah start keletung keletang sensorang kat dapur...dan inilah hasilnyaaa...Pukul 12 tengahari SA dah siap masak...








Anak2 mestu suka ayam goreng kan?
ReplyDeletesedapnya SA..homecooked asam pedas yg pekat, byk bendi & tomato...suka asam pedas ikan kembung & daging tetel..
ReplyDeletedulu2 ada masak asam pedas ayam, depa kata kena buh lada hitam sikit..tapi sekrg dah jarang masak..huhu..
Sedap tengok asam pedas SA masak. Saya jarang masak asam pedas. Dulu pernah sekali, saya guna ikan tenggiri. Asam pedas tak sah la, kalau takde daun kesum banyak. Saya lebih suka cicah roti dari makan dengan nasi, asam pedas ni. Hehe..
ReplyDeletebila menu asam pedas ada ayam goreng sedap tu...tk pernh mkn asam pedas ikan keli
ReplyDeleteWak pilih ayam goreng tu sebab tak makan ikan keli.
ReplyDeleteKalau dapat nak asam pedas kepala ikan mayong.
Baru2 ni masak asam pedas ikan merah sedap juga....kuah saya buat cayor (cair) je. Ikut resipi dalam google. Hehe sebabnya memang sangat jarang buat asam pedas ni. Kebetulan ada bunga kantan kat halaman tu yang buat tu.
ReplyDelete1. Ikan pari sebab takde tulang/boleh makan tulang muda
ReplyDelete2. Kuah cair sebab boleh hirup
takde secret ingrediant 😅
Jarang masak asam pedas. Masak pun guna pes je senang. Takde peminat asam pedas dalam rumah ni.
ReplyDeleteikan keli antara ikan fav MZ! dan sungguh terliur tgk menu masakan SA niiii
ReplyDeleteAduh sedapnya!
ReplyDeletePH suka je dua² version pekat @ cair... Semua kita telan hihi
Paling suka asam pedas melaka guna ikan tenggiri. Kalau ada siakap, memang berselera. Biasa kami letak daun kari dan serbuk kari hujung sudu dalam masakan asam pedas ni. Haha
ReplyDeleteooo tu beza asam pedas Johor dengan asam pedas Melaka. Kat tempat Naniey ni restoran makanan Johor asam pedas dia pekat.. Kalau asam pedas ni susah nk cari mana yang best sebab asalkan sedap cukup rasa dah cukup.. hehe..
ReplyDelete30 minit je settle masak semua lauk ni? lajuu
ReplyDeleteadoi...linda tak reti masak nie.. memang guna pes je...lepas tu tambah2 bunga kantan ke..itu je yang tahu
ReplyDeleteayu..asam pedas ikan pari of coz..memang fav tu, dappp
ReplyDeleteRare sungguh ni asam pedas ikan keli. Letak bendi banyak-banyak tu best. Sekali makan tak lari dalam 5 batang gitu. Sedap kan. Cepat jugak tu memasak.
ReplyDeleteAsam pedas ni saya suka tak pekat sangat, tak cair sangat. Sedang-sedang je. Kiranya gabungan Melaka Johor gitu. Tapi kadang tak tahu pun nak bezakan. hihi...
Kalau masak asam pedas saya suka masukkan halba sikit sebelum menumis lepas minyak panas tu. Belacan tak pernah letak sebab tak suka sangat. Lepas tu kena pecah minyak 2-3 kali.