Friday, November 7, 2025

Dania Di Ladang Lembu Untuk Report Last

Assalamualaikum...

A quick update sebab pagi ni SA busy lepas tu jap lagi kul 10am ada meeting Family Day 2025 hujung bulan ni...banyak plak kerja hari ni...ni la entry yang SA lupa nak publish...ye betullll...Dania SA dan Dania Ezna lebih kurang sama aje course diorang...

So ni masa Dania di ladang lembu untuk last report sebelum exam last week rasanya ni..hari yang SA post pasal burung puyuh tu. Macam biasa Dania kena bersihkan kandang dari tinja- tinja lembu tu dan mandikan lembu.









Menurut Dania, staff kat situ cakap tahun depan lembu- lembu tu semua dah kena jual dah dan akan ada lembu- lembu lain pulak yang masuk ganti...agaknya dah cukup matang kot lembu yang sekarang ni...







Kena campurkan air dalam gula merah


Kemudian di gaul...ni staff kat situ la yang buat...


Masukkan dedak tadi dalam campuran air dan gula merah, kemudian tunggu sampai dedak tu kembang


Lepas tu bagi lembu makan






Dedak lembu ialah makanan ternakan yang diformulasi khusus untuk membekalkan nutrien bagi menyokong pertumbuhan, kesihatan, dan produktiviti lembu. Ia sesuai untuk lembu pedaging dan tenusu, membantu meningkatkan pengeluaran daging dan susu, serta sesuai untuk semua peringkat umur lembu. Dedak juga membantu meningkatkan kecekapan pencernaan dan dapat membantu penternak mengurangkan kos makanan sambil memastikan lembu mendapat nutrisi yang mencukupi. 

Fungsi utama dedak lembu.
  • Menyokong pertumbuhan dan produktiviti: Dedak kaya dengan protein, vitamin, dan mineral yang membantu lembu membesar dengan sihat dan meningkatkan hasil daging dan susu.
  • Meningkatkan kesihatan: Mengandungi nutrien penting seperti protein, vitamin, air, dan lemak yang membantu metabolisme, menguatkan otot, dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
  • Sesuai untuk pelbagai jenis lembu: Formula dedak direka khas agar sesuai untuk lembu pedaging dan lembu tenusu, dari anak lembu hingga lembu dewasa.
  • Meningkatkan kecekapan pemakanan: Membantu lembu rasa kenyang dan cepat menggemuk, serta boleh membantu mengurangkan kos makanan penternakan. 
Cara pemberian
  • Mulakan perlahan-lahan: Perkenalkan secara berperingkat dan mulakan dengan kadar yang rendah, contohnya 500g setiap lembu dewasa sehari.
  • Tingkatkan hidangan: Tingkatkan kuantiti hidangan secara berperingkat mengikut keperluan lembu, maksimum sehingga 6 kg sehari bagi setiap lembu dewasa, bergantung pada diet semasa.
  • Sesuaikan dengan diet semasa: Kuantiti hidangan perlu disesuaikan mengikut diet semasa lembu kerana keperluan setiap lembu boleh berbeza. 
Contoh jenis-jenis dedak
Info tentnag dedak dari google.com


Now baru SA faham...lembu dan kambing x semestinya diberikan rumput sebagai makanan..dedak turut diberikan dan dijadikan makanan.  Diberi dedak kerana ia adalah makanan ternakan yang kaya dengan nutrien penting untuk meningkatkan pertumbuhan dan selera makan lembu. 

Dedak membantu memastikan lembu mendapat nutrisi yang seimbang dan mencukupi, terutamanya dalam penternakan moden untuk menghasilkan daging atau susu yang lebih berkualiti dan dalam masa yang lebih singkat.

Kalau banyak duit dan ada kawasan nak je bela lembu dan kambing..permintaan tinggi kan...okey mood berangan lagi nampaknya...

SA nak pi meeting dah...jumpa lagi next entry...

13 comments:

  1. Begitu rupanya campuran dedak makanan lembu. Course perladangan ya? Saya ketinggalan ketapi.

    ReplyDelete
  2. Tgk lembu ni, trigt lembu korban kami hari tu..Ade bonggol ditengkuk...Garang yang amat...Sampai rasa menggigil kepala lutut waktu tgk ahli korban msjd cuba untuk baringkn dia... =|

    ReplyDelete
  3. Mesti tinggi kos nak bela lembu kan SA. Tapi untung pun tinggi jugak sbb org Malaysia suka makan daging

    ReplyDelete
  4. Suka tengok video Dania dukung kambing tu.. penyanyang betul ..

    ReplyDelete
  5. SA...Dania ada cakap jom bela kambing...hehe tapi saya cakap Dania buat la business dengan Dania anak kawan ummi tu....sebab masing2 ada kepakaran yang lebih kurang sama kan.....

    ReplyDelete
  6. auntie MZ kagum la dgn dania dpt buat task gini! moga dpt score dean's list!

    ReplyDelete
  7. Ooh baru cheq tau lembu ternakan ni diberi makan gula merah campur dedak. Menarik! 🤓

    ReplyDelete
  8. Bestnya study camni. Leh terima student 40tahun tak? ihiks~
    Bermesra dgn alam semulajadi.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik anak lembu pun besar, kalau tak itu pun kene timang dek kak Nia

    ReplyDelete
  10. baru tahu makanan lembu juga ada gula merah...
    ingatkan manusia je yg makan gula merah ni...
    menarik info macam ni!
    dpt ilmu baru hari ni...
    thanks for sharing!

    ReplyDelete
  11. kalau lembu ternakan, memang sekali sekala kena bagi dedak, baru sihat... nak jimat kos, tu yang campur2 dengan rumput2.. hihihi...
    sedaplah lembu tu makan, dedak campur gula merah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah