Assalamualaikum....
Dania sekarang Final Exam untuk semester 4 ni...tapi last week Dania Join Program Rakan Muda Rakan Bumi: Explorasi Alam Peringkat Daerah Alor Gajah di Jeram Berungut, Taman Negeri Kenaboi. Program ni dibawah Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Seronok la dia join program ni...kalau SA pun SA suka program macam ni...dapat menikmati keindahan alam semulajadi...dah la siap ada jeram bagai kan...seronoknya...masa Dania hantar gambar- gambar ni SA rasa teruja sangat sebab dah la musim panas..dapat mandi jeram pun best kan...
Kat mana Taman Negari Kenaboi ni?
Taman Negeri Kenaboi terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan, dan terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta aktiviti rekreasi seperti mendaki dan berkhemah. Ia menawarkan pelbagai tarikan termasuklah Lata Kijang, Lata Dinding, dan Gunung Besar Hantu, serta peluang untuk melihat kehidupan Orang Asli di Kampung Tohor. Untuk masuk atau berkhemah, pengunjung perlu mendapatkan permit daripada Pejabat Hutan Daerah N.S.
seronoknya...
Tarikan utama
- Lata Kijang: Air terjun yang mengagumkan dan lokasi popular untuk mendaki, termasuk untuk pendaki pemula.
- Lata Dinding: Salah satu tarikan yang terdapat di kawasan tersebut.
- Gunung Besar Hantu: Gunung yang boleh didaki, dengan panduan boleh disewa untuk pendakian dengan bayaran RM100 (maksimum 10 orang).
- Kehidupan Orang Asli: Pengunjung berpeluang untuk melihat kehidupan Orang Asli di Kampung Tohor
Aktiviti dan kemudahan
- Aktiviti: Mendaki, meredah sungai (river trekking), berkhemah dan berkelah.
- Penginapan:
- Dormitori: RM15 seorang semalam.
- Kotej 2 bilik: RM100 semalam.
- Khemah: RM5 untuk tapak perkhemahan. Khemah boleh disewa (RM30 untuk 4 orang, RM40 untuk 6 orang).
Akses: Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan motosikal dari penduduk tempatan untuk akses ke Lata Kijang.
Perkara yang perlu diambil perhatian
- Permit: Lesen permit diperlukan untuk masuk dan berkhemah, dengan kos sekitar RM5.
- Keselamatan: Bawa bekalan air yang mencukupi dan pakaian yang sesuai.
- Kewaspadaan: Berhati-hati dengan keadaan trek yang mungkin mencabar, terutamanya di sesetengah kawasan
Taklimat dari pegawai bertugas
jalan masuk nak ke Jeram
bestnya jungle trekking
Dah sampai jeram
cantiknya air dia
Subhanallah...cantik
Dania dan semua peserta kena buat water confidence
Video Dania buat water confidence
Untung la Dania dan kawan- kawan..dapat explore Jeram Berungut ni...mama x sempat explore kat sini masa mama aktif hiking dulu...la ni dah pencen la kot rasanya...x terdaya dah SA...tapi teringin nak pi Jeram ni sebab cantik sangat..kena pergi musim panas macam ni sebab kalau pergi musim hujan risau kepala air kan..
Fakta Menarik Tentang Taman Negeri Kenaboi
Terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi yang merupakan Hutan Dipterokarp Bukit.
Merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa yang bersempadan dengan Negeri Pahang dan Negeri Selangor.
Kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.
Tahukah Anda
Kawasan ini mula diterokai pada tahun 1990 oleh penggiat aktiviti lasak 4 x 4 yang melalui Lembah Jemaloi satu ketika dahulu.
Kawasan ini pernah dikenali sebagai Rimba Savana Camp Rudi
Keunikan kawasan ini terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang sering dikaitkan dengan mitos kijang yang cedera dan jatuh di air terjun ini
Terdapat beberapa perkampungan orang asli iaitu kg Tohor, Kg London dan Kg Nap disekitar kawasan ini.
Kemudahan
- Tandas Awam
- Dewan Serbaguna
- Tapak Perkhemahan
- Pondok Rehat
- Pejabat
- Tempat letak kenderaan
- Dewan Kuliah
- Chalet
- Dorm
- Kantin
- Bilik Mesyuarat
Aktiviti
Spesies Menarik
- Haniffa Cyanescens
- Bilbophyllum Linearifolium
- Corybasholttumii
- Dendrobium Rupicolum
- Enggang Badak
- Buceros Rhinoceros
- Takau Hitam Kuning
- Sambar Batu
Lokasi
Terletak 63 km dari Kuala Klawang melalui jalanraya Kuala Klawang – Seremban atau 100 km dari Bandar Seremban
Bagaimana hendak ke sana
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Klawang
Alamat
Pejabat Hutan Daerah,
Negeri Sembilan Utara,
71600, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan.
Tel/Fax: 06-6136500



















bestnya. zaman remaja dulu suka sangat aktiviti camni. dah tua gini boleh join lagi tak ye? haha
ReplyDeletelast nieyl pergi team building masuk hutan, mengharungi sungai, bukit...masa muda, skrg ni klu nak naik bukit adoi la..semput rasanya...
ReplyDeleteFirst time tau pasal Taman Negara Kenaboi ni. Ish, dah lama tak pergi Lata Kijang. Menarik betul aktiviti anjuran kolej Dania.
ReplyDeleteMenarik juga aktiviti macam ni....jungle trekking....boleh tengok kehijauan hutan dan flora dan fauna nya....Nama taman negara ni baru pertama kali dengar.
ReplyDeleteUish Cuya seram bab water confident.
ReplyDeleteAgak dulu trauma dengan air. Suka air tapi tak suka air dalam hahahaha
1st time la MZ dgr nama 'kenaboi' tu
ReplyDelete