Tuesday, March 24, 2026

Apa Itu Tunjang Lembu?

Assalamualaikum wrt....

Jumaat lepas adik Ipar balik bawak 5 batang kaki lembu...pada kaki lembu tu la terletaknya Urat atau tunjang..

Pak Zain x berapa pandai uruskan part kaki lembu ni...tapi goodntry dan kemas kejadiannya..urat atau tunjang ni biasanya ada dalam masakan Padang...bila di rebus lama ianya jadinlembut dan tekstur kenyal...sedap dibuat sup juga.. 

Jom tengok gambar PZ settlekan kaki lembu ni





Kulit tu boleh dimakan dan di NS dipanggil Jangek...cumanya PZ x pandai proses..amik masa yang lama untuk dijadikan Jangek tu...kulit lembu jugak popular di Indonesia...dijadikan keropok di sesetengah daerah...



Apa itu tunjang lembu?

Tunjang lembu, atau sering dipanggil kikil atau urat keting, ialah bahagian urat/tendon kaki lembu yang terletak di bahagian bawah kaki. 

Berikut adalah butiran lanjut mengenai tunjang lembu:

Tekstur dan Rasa: Tunjang mempunyai tekstur yang kenyal ("chewy"), lembut, dan sedikit melekit setelah dimasak lama. Ia sangat popular kerana teksturnya yang unik dan mampu menyerap rasa rempah dengan baik.

Masakan Popular: Ia merupakan bahan utama dalam masakan Padang, iaitu Gulai Tunjang atau Gulai Keting. Tunjang biasanya dimasak dalam kuah santan pekat yang kaya dengan rempah ratus, kunyit, dan daun limau purut.
Proses Memasak: Tunjang memerlukan masa masak yang lama (ada kalanya sehingga 6 jam) untuk memastikan ia benar-benar empuk, lembut, dan tidak liat.

Kandungan Nutrisi: Tunjang kaya dengan kolagen semula jadi, protein, dan selenium. Walau bagaimanapun, ia juga tinggi kandungan kolesterol, jadi disarankan untuk makan secara sederhana. 

Ringkasnya, tunjang adalah urat kaki lembu yang dimasak lemak/gulai, menjadi hidangan istimewa yang popular kerana tekstur kenyal-lembutnya.

Info dari - Wikipedia 


16 comments:

  1. Saya pernah makan tunjang atau urat keting ni, tapi buat sup.

    ReplyDelete
  2. Yeah!! Akhirnya terjawab juga.. TQ Kak SA..
    Kalau urat keting tu Sha pernah makan.. Sedap..

    ReplyDelete
  3. ooooo urat kaki lembu mksud tunjang tu.. yg slalu famous sambal taun (sambal kulit lembu) ehehe

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin SA, PZ dan seisi keluarga.
    Arwah Pak dulu pandailah uruskan kaki lembu ni. Skrg kalau nak makan terpaksa beli. Tak reti nak buat/urus sendiri huhu

    ReplyDelete
  5. Ok.. terjawab sudah... biasa sebut urat keting.. makan yang gulai kat nasi padang. Kalau dalam bihun sup utara pun ada.

    ReplyDelete
  6. urat keting penah dengar, tunjang.. 1st time derngar ni....

    ReplyDelete
  7. suka part ni..dugaan tgh puasa tgk haha

    ReplyDelete
  8. Pernah makan tunjang masakan padang dan selalu order kalau makan masakan padang. Tak reti nak menguruskannya.

    ReplyDelete
  9. tiap kali raya rumah maklong ammi memang ada dan nampak je suami ammi terus dia cakap "siapkan utk kay semangkuk". memang itulah dia sejak 20 tahun lepas dialog makcik ammi. sayang sangat ngan menantu hantu sorang ni

    ReplyDelete
  10. saya panggil ni keting ie bila masak, jd sup keting lembu. my fav laaaa

    ReplyDelete
  11. Oh sama urat keting ni ya. Sedap buat sup jugak

    ReplyDelete
  12. kalau keting tu biasa dengar. tunjang je tak biasa. part lembu mostly semua boleh makan.

    ReplyDelete
  13. thank you share! saya suka makan gulai tunjang masakan padang tu

    ReplyDelete
  14. Lalai pergi Padang atau Bukit Tinggi memang selalu jumpa gulai tunjang.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah