Monday, March 9, 2026

Menu Iftar Day 18

Assalamualaikum wrt...

Ya allah kenapa la panas 2 hari ni kan...terik betul...SA berbuka minum air je...jenuh betul...berbuka minum air sirap lagi la haus..sudahnya tukar air sejuk coway baru la lega...

Semalam SA masak simple aje...Ikan Cencaru Bakar, Sup Ayam untuk PZ yang perut x sihat dan ada sayur goreng...kuih apa segala xde...SA kalau PZ dh x sihat tu mula la rasa x best nak berbuka..


Ikan cencaru bakar


Kuah kicap


Sayur buncis + cendawan shiitake  goreng sos tiram


 Sup ayam untuk PZ...

Minggu depan kita nak raya dh kan...korang dah tukar duit raya ke? SA baru nak terhegeh-hegeh tukar duit raya ha...pukul 10 kang SA nak pi Bank Islam bawah ni..harap-harap x ramai la orang...

Selamat bekerja semua...Harap-harap semua dipermudahkan untuk hari ini....


7 comments:

  1. ramadan hampir ke penghujung nya :(
    moga cepat sihat buat PZ.. alhamdulillah, dah tukar juga...sikit je..bajet takde tahun ni

    ReplyDelete
  2. Lama betul tak masak ikan cencaru, terliur lak tengok ikan bakar akak tu. Sekarang memang lain macam bahang cuaca sampaikan kadang buka tu minum air 2 cawan pastu makan buah 2 potong dh kekenyangan sebab terlebih minum air

    ReplyDelete
  3. aritu kt gombak mak kita bakar ikan cencaru tp cicah air asam..duit raya tk tukar..yg thn2 sudah masih ada

    ReplyDelete
  4. Sedap tgk sup ayam tu...Sy tukar hari khamis ni sis =)

    ReplyDelete
  5. Duit raya tukar dengan duit tabung masjid je masa AJK surau kena kira duit tabung. Baru je subuh tadi tukarnya. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  6. Menu iftar macam ni memang nampak menyelerakan. Lepas seharian berpuasa, tengok hidangan macam ni pun dah buat rasa lapar terus datang.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah