Assalamualaikum wrt...
Lepas dah bersalam- salaman dan bergambar kami ziarah kubur Mak plak...ramai betul orang kat kubur..nak parking pun susah...
Assalamualaikum Mak...Kami datang ramai- ramai ziarah kubur mak...SA berlinang airmata bila Opick cakap " Taufiq rinduuuuuu Uwan" Aydan pun sama cakap macam tu..siap cium batu nisan...haih anak- anak SA ni kan..suka buat Mama sebak...PZ terus baca yassin dan baca doa...cuaca sangat terik...
SA mula la nak sebak dan nak nangis...tapi kutahan Jebatttt...
Sebenarnya kan..dah 5 kali SA masukkan gambar...gambar dalam entry ni x ikut turutan...turutannya patut mula dari gambar last tu...eh...lantak la disitu...penat la SA nak betulkan...
Lepas selesai ziarah kubur Mak...kami semua gerak ke Seremban Jaya rumah Kakak Abah...rumah Mak Long...kat situ takde gambar sebab terlampau ramai..ramai family Mak Long ni..semua anak beranak dia berkumpul kat sana...kami terperangkap x boleh nak keluar sebabtiba- tiba PZ kena jadi orang tua untuk diorang bersalam- salaman...tiber plak kan...takpe la..as long as PZ happy...
Lepas tu kami semua balik Rantau kampung sebelah PZ....kat sana banyak gambar...sebab ada props untuk bergambar..hasil kreatif adik sepupu SA...



















Tahun ni tak dan ke kubur FIL.. kirim doa je setiap kali selepas solat.. terik sungguh raya kali ni
ReplyDeleteyg pergi tidak dilupa...mmg panas terik raya pertama tu..
ReplyDelete