Wednesday, July 30, 2025
3 Peta Minda Masakan Ayam, Daging Dan Ikan, Boleh Jadi Rujukan Untuk Masak Di Rumah

Caesar Salad Untuk Lunch Hari Ini....
Telur tu SA guna telur Nutriplus...beli kat Jaya Grocer gak ..itupun yang last ye...
Apple hijau
Alhamdulillah SA amik lunch sambil dengar webinar anjuran MMC dengan tajuk menarik Menopause and Andrepause.
SA saje daftar dan join memandangkan umur SA dah 47 tahun ni...umur yang dah kearah simptom Pre-Manopause..so kena amik tau bab ni...banyak benda kena belajar dan kena ambil tahu...kalau ada input menarik SA share kat blog ye memandangkan readers dan followers SA ramai wanita....
See ya..
WW~Apa Aje Yang Murah Sekarang Ni?

Relevan Lagi Tak Duit Syiling Dalam Urus Niaga Harian?
Cashless Dah Jadi Gaya Hidup
Tapi Duit Syiling Masih Ada Fungsinya
Syiling Kadang Buat Kita "Terkeliru"
Bila Kali Terakhir Korang Pegang Syiling?
Syiling Belum Pupus, Tapi…
Cashless Bagus, Tapi Sesuai Ke Untuk Orang Tua?
- Tak biasa dengan aplikasi eWallet.
- Rasa tak selamat letak duit dalam telefon.
- Tak yakin nak tekan-tekan bila bayar.
- Lebih percaya duit fizikal depan mata.

Tuesday, July 29, 2025
Ni la Meal SA Lately

Masakan PZ minggu Lepas

Brown Pun Nak Snacking Time Macam Mama

Monday, July 28, 2025
Diet OMAD – Makan Sekali Sehari, Boleh Kurus ke?
Assalamualaikum...
Pernah dengar tentang diet OMAD? Mula-mula dengar macam pelik. Bayangkan... sehari makan sekali je! Serius lah boleh kenyang? Tak pening ke nanti?
Macam ni, OMAD tu singkatan untuk One Meal A Day, maksudnya... dalam 24 jam, kita hanya makan satu kali je. Satu waktu yang kita pilih, dan makan ikut portion yang seimbang (bukan maksudnya makan satu periuk nasi tau! 😆).
Apa Itu OMAD?Maksud OMAD: One Meal A Day
Waktu makan: 1 jam
Sebab utama – nak kurus lah, apa lagi! Tapi bukan setakat tu je...
Ramai juga buat sebab nak:
- Stabilkan gula dalam darah
- Rasa lebih fokus dan bertenaga
- Sistem penghadaman lebih sihat
Dan paling best… tak perlu fikir nak masak banyak kali! (Ha ni favourite ramai wanita kan 😜)
Macam Mana OMAD Berfungsi?
Bila kita tak makan sepanjang hari, badan kita akan mula bakar lemak simpanan sebagai tenaga. Proses ni dipanggil autophagy – macam 'pembersihan sel' dalam badan. Best kan?
Contohnya:
Kalau kita pilih nak makan jam 6 petang, sepanjang hari tu kita puasa (boleh minum air kosong, kopi tanpa gula, teh kosong). Then bila waktu makan tu sampai – kita makan makanan yang seimbang. Karbo, protein, sayur... cukup semua.
Tapi Tak Lapar Ke?
Awal-awal, memang mencabar sikit. Rasa lapar tu memang normal. Tapi lepas beberapa hari, badan akan mula biasa dan adapt. Ramai kata, lepas seminggu, rasa lapar pun makin kurang!
OMAD Sesuai Untuk Semua Ke?
Tak semestinya,,
Kalau anda....
- Ada masalah kesihatan (contohnya gastrik kronik, diabetes, darah rendah)
- Ibu mengandung atau menyusu
- Atau kerja fizikal yang berat
Kalau nak cuba...elok dapatkan nasihat doktor dulu sebelum cuba.
Tips Untuk Yang Nak Cuba OMAD
1. Start slow – Mula dengan Intermittent Fasting dulu (contohnya puasa 16 jam, makan 8 jam)
2. Pastikan air cukup – Minum banyak air kosong
3. Jangan balas dendam masa makan – Jangan makan berlebihan
4. Fokus pada kualiti makanan – Real food, bukan fast food 😅
5. Dengar badan sendiri – Kalau tak sesuai, jangan paksa
OMAD bukanlah diet yang sesuai untuk semua orang, tapi ramai yang dah berjaya turunkan berat dengan cara ni. Kunci dia – disiplin, konsisten, dan kenal badan sendiri. Yang penting, kita pilih cara yang kita mampu ikut dalam jangka masa panjang.
Nak kurus, nak sihat, semua boleh – tapi jangan lupa, jaga mental dan emosi juga ya. ❤️

Tiada Salad Hari Ini..

Kisah Suami & Si Brown

Sunday, July 27, 2025
Ayam Masak Merah & Sayur Goreng Menu Lunch
Assalamualaikum ..
Hi korang...
SA baru sudah masak...
Masak simple je ni...ayam masak meeah dan sayur goreng...cukup la untuk tengahari ni...
Inipun dah buat PZ dan suami makan bertambah...
SA xde selera, makan skit buat alas perut je...lauk macam ni..best makan kering-kering x berkuah..laju je menyuap dan menambah tapi dh xde selera nak kata apa kan...lauk sedap macam.mana pun jadi x sedap ditekak...
Lepas Zuhur ni SA nak tido jap la...ubat semua dh makan ...cirit birit dh ok dh..

Sarapan Pagi Ini Ahad 27 Julai 2025

Saturday, July 26, 2025
Resepi Tomyam Seafood Pekat & Padu Ala Thai Tapi Versi Kita!
Bahan-Bahan (Anggaran 4-5 orang makan)
Bahan utama:
Udang besar (15 ekor, buang kepala kalau nak kuah lebih bersih)
Sotong 10 ekor (hiris ikut suka)
1 batang serai (ketuk)
1 batang celery (dihiris)
Daun limau purut (4 helai)
Lengkuas (hiris nipis, bau dia wajib ada)
Cili padi (3 biji ketuk – boleh tambah kalau hati kering nak pedas)
Tomato (1 biji, belah 4)
Bawang besar (½ biji, hiris)
Air (lebih kurang 3 cawan)
Bahan perasa & pes:
3 sudu besar pes tomyam (guna yang Thai kalau ada)
1 sudu besar cili kisar (nak pedas lagi? Tambah je)
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
Jus limau nipis (1 sudu besar – penutup rasa)
Sayur-sayur tambahan (ikut suka):
Cendawan tiram
Lobak merah dan seangkatan dengannya
Cara-Cara Nak Buat (Tak Sampai Setengah Jam Siap!)

Breakfast Pagi Sabtu 26hb Julai 2025
Failed sebab org tu yg pecahkan...lepas tu sejuk plak...
Nescafe O kurang manis, Teh O untuk suami..
Cheating day, roti telur untuk SA
Roti kosong untuk suami

Friday, July 25, 2025
Kata-Kata Yang Susah Dipercayai
Assalamualaikum...
Pernah tak dengar ayat yang bila orang cakap, kita hanya mampu senyum ..sambil dalam hati kita akan berkata, “Ye lah tu”? Dalam hidup, ada beberapa jenis kata-kata ‘klasik’ yang makin lama makin susah nak dipercayai. Nak tahu apa dia? Bukan apa.. tak semua yang kita dengar itu benar, dan tak semua yang kita rasa itu salah..betul tak?
SA terpanggil untuk berkongsi sebab benda ni sering berlaku di sekeliling kita...tapi setiap kata- kata tu takde pun kebenarannya...xde yang boleh buktikan relevant nya kata- kata tu..SA bagi contoh kat bawah ye...
Antara ayat- ayat tu....
1. “Saya tak kisah pun.”
Ironinya, orang yang paling banyak cakap “saya tak kisah” sebenarnya orang yang paling banyak terluka. Tapi dia pilih untuk diam, bukan sebab dia tabah, tapi sebab dia dah penat. Penat berharap orang faham tanpa perlu dijelaskan.
2. “Saya okay je.”
Kata-kata yang paling senang diucap, paling susah ditelan. “Okay” itu topeng yang selamat dipakai bila tak ada siapa pun peduli nak dengar jawapan sebenar. Sebab dalam dunia sekarang, ramai yang tanya “awak okay?” cuma untuk cukup syarat. Hakikatnya orang tu x ok..
3. “Saya dalam perjalanan/on the way”
Perjalanan ke mana? Ke arah kejujuran atau ke arah alasan? Kadang-kadang kita lupa, setiap kali kita cakap benda ni tanpa maksud sebenar, kita sedang bina reputasi yang perlahan-lahan merosakkan kepercayaan orang.
4. “Saya dah lupakan semuanya.”
Melupakan bukan macam delete file dalam komputer. Ada memori yang walaupun dah ‘dibuang’, dia tetap muncul semula bila hati sunyi. Jadi bila seseorang kata dia dah lupa, mungkin maksud sebenarnya… dia masih belum bersedia untuk ingat balik tanpa rasa sakit.
5. “Saya tak harap apa-apa pun.”
Ayat ni selalunya keluar dari orang yang pernah berharap terlalu tinggi, dan jatuh terlalu dalam. Jadi sekarang, dia belajar untuk redha. Bukan sebab dia kuat, tapi sebab dia tahu... harapan itu candu yang bahaya bila diberikan kepada manusia yang salah.
6. “Saya maafkan awak.”
Kemaafan yang tulus, tak perlu diumumkan. Tapi bila ia dijadikan ayat rasmi, kadang-kadang bukan betul-betul maaf cuma cara paling sopan untuk lepaskan seseorang dari hidup kita, perlahan-lahan, tanpa drama.
Manusia, kadang cakap bukan untuk difahami, tapi untuk lindungi diri sendiri. Dan dalam banyak-banyak kata yang susah dipercayai, ada satu yang paling menyedihkan:
> “Saya dah biasa.”
Kerana bila seseorang dah ‘biasa’ dengan rasa sakit, kecewa, atau dilupakan… itu bukan kekuatan. Itu trauma yang belum sembuh.
Jadi lain kali kalau dengar kata-kata macam ni, jangan terus percaya. Belajarlah membaca bahasa yang tak diluahkan. Selalunya ada rahsia disebalik ayat-ayat tu...sebenarnya ada banyak lagi ayat ayat yang biasa kita dengar...
apa lagi...boleh korang share?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah