Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts

Wednesday, April 8, 2026

Jom Masak Chicken Perattal

Assalamualaikum wrt...

Siapa suka masakan India macam SA...SA ni memang suka masakan India sebab masakan diorang tak banyak guna santan dan lebih banyak rempah ratus kan...sebab tu SA kadang- kadang suka makan nasi kandar kat mamak..kalau makan roti canai mesti amik lauk kari diorang...sedap...

Antara banyak- banyak resepi tu SA suka Chicken Perattal ni...sedap...kalau makan memang bertambah- tambah nasi..jom belajar masak Chicken Perattal..Menu ni sesuai juga makan dengan roti canai, tosei dan chapati...makan ngan roti gardenia pun sedap...

Yang tengah puasa 6 pun boleh guna resepi ni kalau dah buntu x tau nak masak apa...moh ler buat...x susah pun..ikut je resepi kat bawah tu...SA ambil masa lama focus bahan-bahan...pernah gagal x sama macam kat kedai...kali ni alhamdulillah..menjadi...


 

RESEPI CHICKEN PERATTAL

Bahan-Bahan

  1. Ayam – dipotong kecil
  2. Sebiji tomato
  3. Daun kari sikit
  4. Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)
  5. 5 biji bawang kecil
  6. 5 ulas bawang putih
  7. 2 halia saiz ibu jari
  8. 1 batang kayu manis
  9. 5 buah pelaga
  10. 2 bunga lawang
  11. 1/2 sudu besar jintan manis
  12. 2 1/2 sudu besar serbuk cili
  13. 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
  14. 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  15. Garam


CARA PENYEDIANNYA

1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.

3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi

4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.

6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.

7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.

8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.

9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.

10. Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.

SELAMAT MENCUBA 😃

kredit resepi: FB sheena supramaniam


Friday, March 6, 2026

Resepi Asam Pedas Ayam By Dania

 Assalamualaikum wrt...

Baru- baru ni kan Dania buat Asam Pedas. SA terpanggil nak share resepi Asam Pedas Ayam yang Dania buat tu...Kalau korang nak tau..ada satu perkara yang boleh buat SA cepat lapar, dah tentu bau Asam Pedas yang baru keluar dari dapur. Bau bumbu dan harum dari bunga kantan dan daun kesum nya tu, siap buat jiran sebelah rumah pun terliur!” Nasib baik xde yang ketuk pintu rumah masa tu...hahahaha

Sebenarnya kat rumah SA ni jarang buat asam pedas ayam..lebih kepada asam pedas ikan je kalau korang perasan...sebab tu SA nak simpan resepi kat blog ni...

Jom tengok resepi


RESEPI  ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan :

1 ekor ayam

4 biji bawang merah (kisar)

5 ulas bawang putih (kisar)

2 inci kunyit hidup (kisar)

1 inci halia (kisar)

Lada hitam (kisar)

Cili kisar

2 batang serai (ketuk)

Daun kesum

Daun limau

Bendi

Tomato

Air asam jawa

Minyak masak


Cara memasak :

1. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Tumis hingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili betul-betul masak dan garing.

3. Bila cili dah garing, boleh masukkan air hingga paras ayam.

4. Kemudian boleh masukkan bahan perasa dan masukkan daun kesum, daun limau, bendi dan tomato.

5. Akhir sekali masukkan air asam jawa.


Selamat Mencuba


Tuesday, March 4, 2025

Resepi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa Dari Saudari Roha Adrinna

Assalamualaikum...

Hi korang...

Sekarang SA memang mencari resepi yang memudahkan SA, masa malam SA akan siapkan bahan supaya senang SA balik kerja terus masak aje..kesian plak kat PZ kalau dia memasak kan..dia pun kadang- kadang mudah lupa bila memasak..pernah la masakan dia hangit...risau plak SA..mana yang simple- simple tu boleh la dia masak..yang x makan masa yang lama tiap kali dia kat dapur kan..

Jalan- jalan scroll resepi sekali SA terjumpa resepi ni...simple dan bahan pun senang..bahan ada je kat dapur..korang boleh cuba resepi ni..memang mudah...



RESEPI AYAM GORENG SEDAP DARI BIASA

Bahan-bahan:

  1. Ayam
  2. Serbuk kari
  3. Serbuk kunyit
  4. Serbuk cili
  5. Serbuk cukup rasa
  6. Minyak masak (untuk menggoreng)
  7. Garam secukup rasa (jika perlu)

Cara memasak:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk cili dan cukup rasa. Perap seketika sebelum menggoreng.


2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ayam

3. Goreng ayam hingga masak dan berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak


4.Ayam goreng panas sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!



 
Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna


Jom cuba jom..ni boleh marinated awal- awal dan simpan dalam fridge...lagi lama marinated lagi sedap kan...SA nak buat la weekend ni kalau anak- anak buah balik...x balik pun x pe SA boleh buat stok...hari tu pergi rumah adik kat Muar nampak dia ada beli freezer kecik..tanya dia beli kat mana..dia kata beli online je..lepas tu tanya dia...elektrik naik x kalau pakai freezer tu..dia kata tak..biasa je...so..SA nak mencari freezer kecik plak la..peti ais kat rumah tu macam dah x mampu nak menampung freezer dah..PZ jenis suka shopping barang basah kan..

Okey tak kalau beli freezer?

Wednesday, January 22, 2025

Resepi Kacang Panjang/ Kacang Buncis Goreng Pedal

Assalamualaikum...

Semalam SA jenjalan kat FB Page Khairul Ameng rasanya...nampak resepi ni...terus rasa sebak ye...sebak sangat ini lah lauk favourite arwah Mak Pah yang SA x sempat masakkan untuk dia..

Lauk ni la antara lauk tambahan masa kenduri kahwin SA...ramai yang suka dan lauk ni dulu yang habis compare lauk- lauk catering.

SA bukan x tau buat lauk ni..tau jer..tapi sejak arwah Mak Pah meninggal sampai sekarang SA belum masak lagi lauk ni..selalunya kami guna kacang buncis..x guna kacang panjang...tengok la nanti nak masak la lauk ni...lama dah x makan...dah lebih 100 hari dan hampir setahun arwah Mak Pah pergi....



Kredit gambar dan resepi kepada FB Page KA


Tak semua org makan lauk ni, tak apa SA faham.. tapi sekurang2 nya SA share dan  membantu memeriahkan resepi dalam blog ni walaupun lauk biasa2 aje...maybe ada antara kawan- kawan semua tercari- cari resepi kan...

Ini resepi untuk yang keluarga yang ramai, kalau tak ramai bahan2 semua jadikan semua separuh..


KACANG PANJANG / KACANG BUNCIS GORENG PEDAL

  • 1kg pedal ayam, hati ayam dan jantung campur2 
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 cili akar (cili padi pun boleh)
  • 1 cili merah (hiris)
  • Secekak Kacang panjang (potong2)
  • 1 sudu kecil penuh Serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk perasa


Cara masak

  • Tumbuk /kisar kasar jangan kisar guna air tak sedap bagi saya, bawang merah, bawang putih dan cili akar,
  • Tumis bahan tumbuk/kisar sehingga naik bau dan perang, 
  • Masuk pedal hati jantung bersama serbuk kunyit, 
  • Gaul2 sehingga masak dan pecah minyak, masa ni kalau nak tambah sikit air pun boleh dalam suku cawan sahaja atau nak tambah santan pun boleh nanti dia jadi version rendang kering
  • Masuk kan garam, gula dan perasa gaul.
  • Masuk kacang panjang bersama cili merah yg di hiris gaul sehingga kacang sedikit layu siap


*Serbuk kunyit untuk hilangkan bau hanyir hati dan warna masakan lebih cantik, nak letak 1 sudu besar pun boleh*


Selamat mencuba!!


Monday, January 20, 2025

Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Assalamualaikum...

Bila dah start bawak bekal semula pi office ni, mula la mengumpul menu yang senang- senang untuk pelbagaikan menu bekal..jalan- jalan di FB ternampak ada yang kongsi resepi menu ayam ni. Tengok bahan dan tengok cara senang aje...terus copy dan share kat sini...macam biasa la credit pada owner resepi di hujung entry...


credit gambar to pemilik resepi


RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Bahan-bahan :

  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 btg serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak utk meggoreng
  • Garam gula / gula merah (jika suka)


Cara :

  1. Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah dan bawang putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
  2. Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) 
  3. Goreng hingga naik bau 
  4. Masukkan sedikit air supaya tak kering sgt 
  5. Masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, 
  6. Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.. 
  7. Goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. 
  8. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.


Done!

Selamat Mencuba.


Credit Pemilik resepi : @angelic.argan


Thursday, January 16, 2025

Resepi Ayam Rebus Chilli Oil....

Assalamualaikum....

SA ni memang pantang kalau resepi yang melibatkan ayam...bukan pantang apa...pantang nampak...lepas tu baca dulu resepi dan bahan serta cara buat...see..kalu pi mana- mana even food court ke..pada asal nak order xde la nak tambah- tambah tapi terbau ayam goreng terus kalah..itu lah jadinya kadang- kadang ada mee goreng tambah ayam bahagian paha...hahahaha...siyes SA kalau bau ayam goeng...terpanggil-panggil suruh beli....beli le...beli le....😆😆

Scroll FB masa balik kerja semalam dalam kereta, SA ternampak ada yang share resepi Ayam rebus chili oil ni....terus SA save resepi dan gambar, nak share dan nak buat...weekend ni insyaallah....berkobar- kobar semangat ni..hopefully takde halangan la....


Credit resepi dan gambar to pemilik FB Linda Safar


Nikmat apa yang perlu didustakan...kalau korang tengok gambar ni pun pasti terliur kan?


Dah..dah...pi amik tisu lap air liur tu....SA yakin korang pun geram tengok...dah moh tengok resepi dan cuba buat...x yah dah tunggu- tunggu lagi...


RESlPI AYAM REBUS CHILI OIL 

BAHAN-BAHAN (AYAM):

• ayam

• halia

• bawang putih

• lada hitam

• daun bawang

• kiub ayam

• bay leaves / daun salam


CARA PENYEDIAAN:

1. Rebus ayam bersama semua bahan di atas lalu ketepikan.


BAHAN-BAHAN (CHILI OIL):

• 4 ulas bawang putih

• 3 sudu besar chili flakes

• satu sudu bijan

• gula, garam & secukup rasa

• minyak

• daun bawang

• bay leaves / daun salam

*nak lagi sedap pakai cili oil ganbar last


CARA MEMASAK:

1. Letak dalam mangkuk 4 ulas bawang putih yang dicincang, 3 sudu besar chili flakes, satu sudu bijan, gula, garam dan secukup rasa.

2. Panaskan minyak, masukkan daun bawang, bawang & bay leaves. Ambil minyak tu masukkan dalam mangkuk tadi. Siap!

3. Sediakan mangkuk letak cendawan enoki dulu, lalu susun ayam yang dipotong, hirisan lada dan chili oil.

4. Boleh makan dengan nasi, kuey teow sup Chinese style pun sedap! Siap!


📸 : Linda Safar


Tuesday, November 12, 2024

Resepi Kurma Ayam

Assalamualaikum...

Percaya tak kalau SA cakap SA tak pandai masak kurma..korang pun boleh perasan yang SA x pernah rasanya share masakan SA menu Kurma...kan?SA dah buat banyak kali percubaan dan setiap kali tu gagal..kali ni SA jumpa resepi ni...macam biasa jumpa kat FB...

Jom tengok resepi...

Sape macam SA x pandai masak kurma? angkat tangan.....



Resepi Kurma Ayam

Bahan²nya

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 inci halia

4 biji cili besar hijau

Blendkan semua bahan² diatas


Ayam seekor yang sederhana..

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

4 biji buah pelaga 

4 kuntum bunga cengkih

4@5 sudu besar rempah kurma

1 cawan santan pekat

Garam.


Hiasan

3 biji kentang dibelah 4

1 biji bawang besar di belah 4

2 biji tomato dibelah 4

2 biji cili besar hijau

2 biji cili besar merah


Cara²nya

Panaskan minyak,tumis 4 sekawan,kemudian masukkan bahan2 blend tadi..Agak garing masukkan bancuhan serbuk kurma tadi..Tumis bagi betul² garing dan pecah minyak..

Kemudian masukkan ayam,  kentang dan bawang besar yg telah dibelah 4 tadi..Biar ayam kecut sekejap baru masukkan air dan garam..Renehkan ayam smpai empuk baru masukkan santan ,cili dan tomato..Dah mendidih tutup api ..sekian..

Kalau kurang pedas lagi boleh letak cili api...


Resepi dan gambar kredit to Fb : Nor Misnor


Monday, November 11, 2024

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...

Semalam tengh belek-belek FB ternampak post ni kat FB...mak aiii..sexynya ayam dia...SA tengok resepi dan bahan senang dapat. So SA copy share kat sini je la untuk rujukan dan perkongsian bersama..korang pun boleh buat kalau dah buntu x tau nak masak apa kan..SA memang perlu masak lauk- lauk yang berasaskan kesihatan ni..sebab ada orang x sihat kan kat rumah dan perlu makan makanan sihat..SA dan Pak Zain la tu...haha




Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Ayam sekor2 atau potong 4. Nak seksi biarkan dia sekor2.

Bahan A

biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 kiub ayam knorr

2 sudu serbuk lada hitam

1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.

1 sudu teh garam

1 sudu makan gula

100ml air

Semua bahan di atas kita kisarkan dia

Bahan B

sudu madu

3 sudu butter

2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.

Selamat mencuba

Kredit : Nurul Aini Mohamed Ali


Wednesday, September 25, 2024

WW~ Resepi Ayam Goreng Seringgit

Assalamualaikum...

Hi korang..

Pernah tak beli ayam seringgit? SA kadang terfikir orang yang jual ayam seringgit ni dia dapat untung tak erk..sebab harga ayam mahal kan..sekilo sekarang letak la RM8 lebih...tapi SA x tau la kos sebenar orang meniaga...SA pernah beli ayam seringgit ni kat tepi jalan area rumah...okey la..sedap..beli 10 ketul sekali sebab kat rumah banyak mulut nak kena isi masa tu...

Semalam SA scroll FB dalam bas sekali tengok ada yang share resepi..eh menarik..x susah pun nak buat resepi ni...SA share sini untuk rujukan dan if korang nak cuba buat jugak...SA nak buat jugak ni weekend..harap2 3 si kecik2 bertuah tu balik la minggu ni...



credit photo pada pemilik resepi..

 
AYAM GORENG SERINGGIT

Bahan-bahan perap:

Ayam seekor potong 24

5 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 inci halia

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil lada putih

1 sudu besar serbuk kari

Garam

Serbuk perasa adabi


Bahan-bahan tepung salut ayam:

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum jenama ros

1 sudu tepung ubi/tepung beras


Cara-cara:

1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.

2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.

3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.

4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.

5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.


Kredit : Murni Rahmat

Selamat Mencuba semua 😋


Thursday, September 12, 2024

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...

Baru- baru ni SA dan Pak Zain xde selera makan..Pak Zain ada beli ayam bahagian whole leg tu dalam 3 keping. Pak Zain ada mintak SA buat ayam goreng kicap. SA nak bagi Pak Zain berselera makan, cuba la cari resepi dan jumpa resepi ni..kalau ikut biasa SA masak cincai- cincai aje..tapi kali ni cuba la resepi orang lain..Ayam masak kicap bukan semata mata tuang kicap je dan tak pernah la SA curah kicap aje selama ni..bahan2 lain jugak main peranan untuk dapatkan rasa yg sedap kan...

Jom tengok resepi dan bahan yang SA guna ikut orang lain punya masakan...dan ternyata mudah serta sedap ye..Bahagian paling sedap buat masak kicap adalah kepak, paha dan thigh.



 
RESEPI AYAM MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)

1 biji Bwg merah (hiris)

2 ulas Bwg putih (ketuk)

Halia (hiris)

tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..

1 senduk cili kisar

1 sudu rempah kari daging (optional)

2 sudu sos cili

1 sudu sos tiram

2 sudu sos abc

1 sudu kicap pekat

4 sudu kicap lemak manis

1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)

1 btg Kayu manis

2 Bunga cengkih

1 bunga lawang

1 btg serai (ketuk)

Bwg besar potong bulat

Ubi kentang (goreng dulu)

Cili padi

Daun sup & daun bwg


CARA-CARA :

Tumis bwg merah, bwg putih, halia & serai hingga kekuningan.. Masukkn bwg2 n halia yg ditumbuk hingga bau wangi.. Masuk cili kisar & rempah.. Masak hingga pecah myk.. masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.. kacau2 (boleh masukkan bawang besar potong bulat..

masukkan ayam goreng... gaul sebati

nampak pekat sgt masukkan air... dah masak.. tabur cili padi

dgn daun sup & daun bwg

*tak perlu letak bahan perasa sbb kicap2 n sos dh cukup manis n masin..


Kredit : Mami Mirza FB


Tuesday, September 3, 2024

Resepi Rendang Ayam Minang, Penambat Selera Keluarga

Assalamualaikum...

Hi korang...

Baru ni SA rindu sangat dengan rendang ayam arwah Mak Pah masak, takde la jauh sangat dari rendang biasa buat tapi ini cara orang Minang buat, Arwah Mak Pah orang Minang...nak buat sendiri rasa x sama...nak yang sama macam arwah masak..tengah scroll-scroll FB kat group masakan..lalu la resepi dan gambar ni..allahu sama macam arwah Mak Pah selalu buat la..minggu ni SA nak buat la..memandangkan nak sambut birthday adik bongsu dan jugak nak sambut anniversary SA dengan family plak...tapi SA nak buat rendang ni guna ayam kampung...


source from FB group



RENDANG AYAM MINANG

Bahan-bahan A:

  • 1 ekor ayam organik / Ayam Kampung – dipotong ikut suka
  • 4 batang serai – dititik
  • 320ml santan  + 2 cawan air
  • 150gm kerisik
  • 3 helai daun kunyit – dipotong halus
  • Beberapa helai daun limau purut – dibuang urat tengahnya
  • 2 – 3 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar gula merah
  • ½ kiub pati ayam
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis


Bahan-bahan B (rempah tumis):

  • 2 inci kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang


Bahan-bahan C (dikisar):

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah – dibuang biji tengahnya
  • 6 biji cili padi (hijau + merah)
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup


Bahan-bahan D (dibancuh menjadi pes):

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Sedikit air


Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan B sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan bahan C dan serai yang dititik, masak sehingga kekuningan.

3. Masukkan bahan D dan kacau rata.

4. Setelah terbit minyak, masukkan santan, ayam & kerisik. Tambahkan dua cawan air.

5. Masukkan kiub ayam, gula merah, gula putih, garam dan asam gelugor. Masukkan juga daun kunyit dan daun limau purut. Kacau rata.

6. Biarkan ayam mereneh di atas dapur. Gunakan api sederhana. Selepas ayam masak dan kuah sedikit pekat, barulah ditutup api.

Kredit Resepi : FB group Jom Masak ( cari semula x jumpa plak owner resepi, mintak halal ye)


Plan seterusnya buat pulut kuning kan? bleh makan rendang dengan pulut kuning, atau boleh cari lemang jugak kan..area Seremban tu ramai je oranag jual lemang sebab lemang bukan tertakluk makanan untuk perayaan aje...tapi kalau makan dengan nasi lemak pun okey jugak kan...ehhh...semua ko nak buat ni SA...mana satu ni....


Wednesday, August 28, 2024

Resepi Sup Ayam Sihat By Chef Anis

Assalamualaikum...

Korang ada tak chef yang koang suka follow...SA takde la minta sangat dengan Anis ni tapi SA follow jugak la dia kat media sosial...selalunya menu yang dia masak agak complicated tapi SA jumpa reels yang ni dan menu dia senang aje...tapi susah la nak save reels kat hp kan..kecuali kena copy link...takpe la..SA screenshot apa yang boleh je....

Anis ni ajar masak sup ayam yang sangat sihat...bahan pun tak susah cari...dan ayam plak guna bahagian thigh je...buang kulit..sebab tu sihat... SA sediakan link . Korang klik link tu je untuk ke reels yang SA maksudkan di FB...




Reels  bleh check sini

https://www.facebook.com/share/r/A1QmE86NmMMBY8XV/?mibextid=oFDknk


Resepi Sup ayam dan kentang

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kisar:

1 sudu kecil biji lada putih

1 biji bawang kuning bersaiz besar

½ inci halia

8 ulas bawang putih

4 tangkai sederhana atau 5 tangkai besar daun sup


Bahan-bahan sup:

Minyak sayuran

1 Sup bunjut/ Asian bouquet garni 

600g kentang kuning, dikupas kulit dan dibelah empat

200g lobak merah, dikupas kulit dan dipotong dadu

8-10 ayam bahagian thigh tanpa kulit

4 liter air/ stok ayam 

Garam dan gula secukup rasa

¼ cawan bawang goreng 

¼ cawan bawang besar yang dihiris nipis

¼ cawan ketumbar, daun dan batang yang dihiris nipis

1 sudu besar minyak Kulim dari @oylhaus

Limau Kasturi untuk dihidangkan


Cara penyediaan:

Kisarkan lada putih, bawang, halia, bawang putih dan daun sup hingga menjadi pes.

Panaskan satu sudu besar minyak sayuran dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan kentang, lobak merah dan ayam dan masukkan air atau stok ayam. Reneh pada api sederhana sederhana selama 45 minit hingga 1 jam.

Apabila ayam, kentang dan lobak merah empuk, masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula serta lada putih jika perlu dan masukkan bawang goreng, daun bawang dan ketumbar. Tutup api, tuangkan minyak Kulim dan sedia untuk dihidangkan.


*Minyak Kulim tu SA x pasti minyak apa...kena google nampaknya..

Selamat mencuba...SA nak cuba nanti weekend..nak cari bahan dulu...


Tuesday, May 21, 2024

Resepi Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum...

Ayam goreng berempah memang menjadi kesukaan ramai especially anak- anak kan. Yang buat jualan nasi lemak pun ramai yang jual ayam goreng berempah...AGB ni fav Dania dan suami SA..SA kureng skit..SA lagi suka ayam goreng biasa...tapi kalau takde pilihan SA makan aje..

Baru ni anak dara tu request nak makan ayam goreng berempah, buat nasi lemak ke apa yang patut..tapi SA buat kurang menjadi serdak- serdak tu..maybe tak cukup bahan...nanti boleh la cuba lagi dan dapatkan yang serupa macam dalam gambar...

SA sertakan resepi kat sini untuk korang jugak kalau nak cuba buat AGB ni sendiri..



 

Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam seekor potong 20 pcs - basuh bersih ketepikan 

  • Serai 5 btg - Potong 1/2" , 1/2" mcm tu
  • Halia 2"
  • Lengkuas 1"
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Biji ketumbar 1 SB
  • Jintan Manis 1 SB 
  • Jintan Putih 1 SB


Blender semua bahan diatas jangan terlalu halus

Lepas tu tapis buang air.

Tuang semua tu dalam bekas yang berisi ayam tadi.

Masukkan rempah kari 1 pek kecil

Masukkan serbuk cili 1 pek kecil.

Garam, aji dan gula secukup rasa.

Masukkan tepung jagung 2 sudu besar

Telur ayam sebiji dan gaul bagi rata.

Perap dlm 1/2 jam gaul lagi dan goreng dalam minyak yang penuh hingga tenggelam ayam tersebut.

Bila dah hampir garing masukkan daun kari . Agak2 dah masak angkat bersama2 daun kari tersebut.

Ulang macam tu sampai selesai menggoreng.


Selamat mencuba!

Credit Nazri Mat Zain


Friday, March 15, 2024

Resepi Rendang Ayam Cili Api

Assalamualaikum...

Hari ni dah Jumaat kan...lepas tu dah weekend..mesti ada perancangan nak masak menu yang sedap sikit untuk berbuka dengan keluarga kan...SA hari - hari cari resepi nak tukar- tukar menu masak...minggu ni ramai kat rumah harapnya...harap adik- adik balik...kalau tak sendu la berbuka berdua dengan Pak Zain...

SA terjumpa resepi rendang ayam cili padi...NS memang guna cili api bila buat rendang..kalau nak warna rendang macam dalam gambar...biasa arwah mak SA suruh campur cili kisar sikit bagi warna cantik lagi...tapi SA prefer cili api...baru pure NS kan...time raya SA kalau pi rumah sedara mara memang suka terjah rendang dulu..x kisah rendang ayam atau rendang daging...

Jom tengok resepi kalau korang nak cuba weekend ni..ni bukan cara SA masak..ni orang lain punya resepi.tapi SA nak mencuba nanti...tengok bahan lebih kurang sama je...tapi ada beza...



 RENDANG AYAM CILI API

Bahan bahan:

1 ekor ayam

1 - 1 1/2 kotak santan kotak

2 - 4 batang serai - ketuk

2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan

1 keping asam keping

4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja

1 sudu besar kerisik

Garam

Gula

Sedikit serbuk kunyit - jika perlu

Minyak untuk menumis


Bahan kisar:

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

1 inci halia

7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah

4 hirisan nipis lengkuas


Cara cara:

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.

Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini.

Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.


kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 


Sunday, February 18, 2024

Ayam Bakar Kewpie Versi Derhaka SA...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selamat berhujung minggu semua...ada yang makan kenduri ke tu? Selamat bekerja buat yang bekerja hari ni...

SA x jadi pi kenduri kat Puchong tu sebab suami x balik..lepas tu SA dan Dania kepenatan sebenarnya...

Hari ni plannya nak buat nasi ayam...ayam plak SA nak buat version KA tapi knowing SA pasti derhaka....KA buat 4 bahan..sama la dengan SA cuma SA tambah sikit bahan. SA macam biasa derhaka tambah bawang putih yang ditumbuk dengan tambah rosemary..nak bau ayam bakar ni lagi sedap..








Bahan-bahan:

1 ekor ayam – sudah dibersihkan

Sos Kewpie perasa roasted sesame

Sos tiram

Serbuk blackpepper - SA tumbuk blecpepper 

20 ulas bawang putih - resepi asal xde

Sedikit minyak masak

Mixed herbs – optional SA guna rosemary


Cara-cara penyediaan

1. Mula-mula, gaulkan dengan sos kewpie + sos tiram + serbuk blackpepper + mixed herbs. Gaul sebati.

2. Kemudian tambahkan sedikit minyak masak supaya bagi kulit ayam lebih rangup.

3. Selepas itu, boleh masukkan perapan ayam tadi didalam air fryer dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.

4. Siap. Sedia untuk dihidang.


SA marinated dulu..dah bakar dan dah siap kang SA update kat sini ye...




Yeay...bakar2 time guna Airfryer aje...


Yeay..dh masak...

Sedap..cantik kejadiannya...

Rasa pun sedap..

Boleh la buat lagi nanti...


Wednesday, February 7, 2024

Resepi Ayam Masak Merah Cara Kenduri Kahwin

Assalamualaikum...

SA sebenarnya kan...craving sangat- sangat dengan Ayam Masak Merah..lepas tu nak yang macam kat kenduri kahwin ye...huiii..sedapnya kalau dapat...pernah buat tapi x menjadi..sekali scroll FB jumpa la resepi ni..tengok macam senang aje...eh...amik la simpan sini...bila free nanti boleh cuba kan...cara orang x sama dengan cara kita...



Gambar kredit to empunya resepi : FB Menu Masakan Kampung

 
Resepi Ayam masak merah cara kenduri kahwin..

Ayam seekor, gaul garam kunyit dan goreng dulu jangan garing sangat

Bahan blend

  1. Cili kering 2 genggam, akk cmpur dgn cili kering tk pedas (rebus dulu )
  2. Bwg besar 1 stgh bij
  3. Bwg putih 6-7 ulas
  4. Halia stgh ibu jari
  5. Belacan stgh ibu jari
  6. Buah tomato size besar 2 biji

Bahan tumis

  1. Tiga sekawan
  2. Bwg besar sebiji hiris2
  3. Serai 1-2 btg titik kan
  4. Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
  5. (wajib ada)

Cara memasak

  1. Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk
  2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan blend
  3. Tumis hingga bahan2 menggaring dan pecah minyak..
  4. Agak2 nampak kurang miyak, tambahkan lagi sikit2..
  5. Lepas dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
  6. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair
  7. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat
  8. Dh cukup rasa dan sebati, last masukkan ayam goreng gaul sekata
  9. Taburkan hirisan bawang besar
  10. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal..
  11. Siap untuk dihidangkan..


Senang kan?

Silakan mencuba..😊

SA dah cuba nanti SA share ye...SA copy resepi simpan sini supaya senang rujuk, save kat FB akan hilang kan...


Wednesday, November 1, 2023

Resepi Ayam Kukus Halia

Assalamualiakum..

SA teringin nak masak steam chicken macam ni..scroll2 FB ternampak ada yang share resepi ni..terus SA copy resepi dan pinjam gambar..simpan sini sebab senang dak rujuk..share ke timeline FB kang dia hilang bila kita dah update post banyak kan..dia akan turun ke bawah..jenuh nak scroll nanti..kat blog senang sikit nak rujuk semula..lagipun SA banyak cari resepi untuk bagi Mak Pah selera makan..ni hari2 makan 2-3 sudu je..macam mana nak elok kan..lepas tu x leh buang air besar..bergantung kat ubat buang air besar aje..mana boleh kan..kang daya nak buang air besar tu dh xde..SA dan Pak Zain usaha macam2 nak bagi dia selera makan..sudahnya x selera jugak..pening dh fikir

Last entry nanti SA letak kredit kat yang share ye

Jom tengok resepi...steam chicken ni makan ngan nasi ayam atau nasi butter pun sedap ni kan...Kalau buat guna ayam kampung sedap tak agaknya...



 
Ayam Kukus Halia


BAHAN-BAHAN ;

500 gm ayam (bahagian paha )

4 sudu teh lada putih

1 sudu besar minyak bijan

2 sudu besar madu

150 gm halia 9dikisar halus )

100 gm bawang putih (dikisar halus )

100 gm bawang merah 9dikisar halus )

50 gm daun sup 9dihiris halus )

50 gm daun bawang (dihiris halus )

garam secukup rasa


CARA MEMBUAT ;

1. Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan-bahan yang telah dikisar

2. Masukkan dan gaul dengan lada putih ,minyak bijan dan madu

3. Biarkan seketika selama sejam

4. kemudian kukus ayam tersebut sehingga masak

Kredit to empunya resepi >  diarirasa.


Selamat mencuba...nak buat la weekend ni..lama dah x buat nasi ayam..Mak Pah mesti suka ni..tapi kena buat version yang dia boleh makan la kan...macam steam chicken ni boleh je dia makan...


Sunday, July 16, 2023

Resepi Ayam Masak Sos Tiram

Assalamualaikum...

Alhamdulillah  SA dh kebah demam...dh xde selsema cuma batuk teruk aje..semalam seharian SA berehat mkan ubat ikut time...sambil2 memerhatikan adik2 SA buat persiapan goodies majlis perkahwinan SA nanti...SA x larat langsung nak membantu..kebetulan Tiya pun demam panas jugak...siap SA peluk Tiya mintak Tiya pindahkan demam dia kat SA...kesian tengok dia demam panas..merah2 muka, mata dan badan...dah la sekeping je badan kan...syukur petang semalam Tiya dh kebah demam..suhu dh normal...

Hari ni SA nak share resepi simple dan sedap..SA dah buat dan memang sedap...SA ada derhaka skit la x ikut exactly  bahan dalam resepi...sesuai untuk hidangan keluarga dan sesuai jugak kalau nak bawak bekal pi kerja...

Jom tengok resepi...





 Ayam Masak Sos Tiram


Bahan-bahan


1. 4-6 ketul Ayam 

2. 2 sudu Sos Tiram 

3. Gula 

4. Garam (optional) 

5. ½ inci Halia- dihiris

6. 3 biji Bawang Merah - ditumbuk

7. 1 biji Bawang Besar - dihiris

8. 2 ulas Bawang Putih - ditumbuk

9. Kiub Pati Ayam 

10. Lada 

11. Bunga Lawang, Kayu Manis, Cengkih 


Cara Memasak:


1. Tumiskan bawang merah, bawang putih,halia, lada yang dah dihiris ke dalam minyak panas. 

2. Masukkan kiub pati ayam & rempah-rempah seperti bunga lawang, kayu manis & cengkih ke dalam tumisan. 

3. Bila dah naik bau, masukkan sos tiram. Kacau hingga rata. 

4. Masukkan ayam, bawang besar & gaulkan. Tutup kuali dengan penutup supaya ayam cepat masak & kuah terhasil daripada proses pengewapan tersebut. 

5. Biarkan beberapa minit. Masukkan gula & garam secukup rasa. 

6. Tutup balik kuali & biarkan sehingga ayam betul-betul 


Kredit to telegram @ResepiDuniaMasakan


Saturday, June 17, 2023

Resepi Ayam Kukus Halia

Assalamualaikum 

Demam-demam ni takde selera makan..scroll telegram jumpa resepi ni...Mak Pah pun boleh makan rasanya..cuma dia x suka bau halia tu...pandai la SA adjust nanti...

SA cadang nak buat untuk naikkan selera makan Mak Pah...Mak Pah dah nampak kuat sikit cuma tekanan darah masih rendah...

Takpe la..slow2 okey...

Jom tengok resepi




Ayam Kukus Halia

BAHAN-BAHAN ;

500 gm ayam (bahagian paha whole leg)

4 sudu teh lada putih

1 sudu besar minyak bijan

2 sudu besar madu

150 gm halia (dikisar halus )

100 gm bawang putih (dikisar halus )

100 gm bawang merah (dikisar halus )

50 gm daun sup (dihiris halus )

50 gm daun bawang (dihiris halus )

garam secukup rasa


CARA MEMBUAT ;


1. Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan-bahan yang telah dikisar

2. Masukkan dan gaul dengan lada putih ,minyak bijan dan madu

3. Biarkan seketika selama sejam

4. kemudian kukus ayam tersebut sehingga masak

Credit: diarirasa.


Wednesday, March 22, 2023

Resepi Ayam Air Fryer Sedap Terokk

Assalamualaikum...

Hi korang...

Esok nak puasa kan...jom la kumpul2 resepi ha...SA jumpa lagi resepi simple tapi kali ni menggunakan AirF    Fryer...Air Fryer SA ada 2 kat dalam stor tu bertama lama dah..Noxxa dah rosak kan..bukan rosak apa pun takleh tutup je..ntah bila nak betulkan x tau...En Tunang nak gantikan yang baru..x nak la..biar je la dulu..ada rezeki nanti betulkan aje..bukan murah nak beli baru..

Jom tengok resepi ni...SA simpan kat sini untuk rujukan nanti...


Resepi Ayam Air Fryer Sedap Terokk 

Korang dah takde idea nak masak guna AF... boleh try nie, sedap macam menu hotel pulak huhu


Bahan:

Daging ayam

Bawang putih (cincang)

Black pepper 

Sos tiram

Soy souce

Gula

Tepung jagung


Cara buat tengok gambar yee..


Kredit Wander Asia






Tergoda tak?

Giler tak tergoda...

SA sampai berbunyi perut ni tengok gambar je..walhal dah makan dah tadi tengahari...SA kalau bab ayam goreng ke..ayam bakar ke..memang akan kalah la..kalau tengah diet tengok memang hati x kental..confirm jahanam diet SA...

Sedapnyaaa...x  leh tahan- tahan ni...esok jugak la SA nak cari ayam...Dania dah ada kat rumah...so bleh la buat untuk buka puasa...kan?


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah