Showing posts with label me myself. Show all posts
Showing posts with label me myself. Show all posts

Wednesday, July 15, 2026

Sarapan SA Hari Ini Rabu 15 July

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah SA comeback selepas 2 hari beepweang dengan training yang sangat-sangat pack jadualnya..tak dapat SA nak jenguk media sosial apatah lagi blog ni..nak amik gambar masa tu pun x dapat ye..x dan nak pegang h/p langsung...hari pertama tu SA dah stress dah dengan pelbagai presentation..aktiviti yang betul2 menduga otak...bagus la Coach masa ni..actually coach yang sama masa bulan 4 lepas...next training bulan August plak...12 dan 13 August..last training untuk KPI SA...

So hari ni sarapan SA hanya egg sandwich dan telur separuh masak buat kat pantry je...kicap dan white pepper ada dalam fridge...settled breakfast SA buka email dan settlekan incoming email yang 2 hari x tengok..day 1 training SA exhausted sangat...tido pun awal pukul 9pm dh tido..Day 2 dah Ok cuma masih kepenatan sebab jalan jauh nak ke auditorium...bagus gak jalan jauh sebab SA dh mula program well-lympic kan...

My looks today..navy blue always make me look skinny...hahahahahah


 Egg mayo sandwich beli kat Richiamo pagi td

Half boiled egg

Nescafe less sugar


Syukur rezeki hari ini...SA akan start Suku Suku Separuh dan cuba ambil early dinner atau skip dinner..dah boleh puasa nanti SA nak start puasa sunat Isnin dan Khamis...skrg blom boleh lagi..yang penting senaman..weekend ni start briskwalk...insyaallah...

Doakan SA kuat semangat nak habiskan program well-lympic ni..sebab melalui BMI checking...berat badan SA adalah overweight...huwaaaaaaaaa.....


Tuesday, July 7, 2026

Sarapan SA Hari Ini...

Assalamualaikum wrt...

Sama macam semalam...SA sarapan masih buat half boiled egg...air pun sama bancuh sendiri macam biasa....roti dh habis...SA beli sandwich je...cukup la untuk sampai tengahari...untuk lunch SA bawak bekal tapi nak beli sayur skit..hari ni x tau nak beli lauk apa...tengok la apa yg ada kang...





 

SA perasan tudung2 SA macam susah nak bentuk..sebelum ni OK je..lepas tu nak gosok pun macam dah x smooth..sekali teringat..x asingkan masa hantar dobi....hadehhhhh....rosak tudung...yg hantar dobi of course suami dan kadang Dania...merasa la 2 helai tudung cotton SA ni masuk dryer...nampak x bentuk x on point dia tu...terkelepet tu...

Kena beli tudung baru la ni kan?

Cc : En Suami...

Hahahahahahaha....


Saturday, June 13, 2026

Sarapan, Masak Tengahari & Kerja Hakiki

Assalamualaikum wrt...

Ya allah bestnya tido...tp x senonoh plak lepas subuh tido...nampak sangat SA x cukup rehat selama ni kan...apa taknya..hari-hari 4.30am bangun siap2 pi keja..pukul 5.15am keluar rumah..6.15am naik MRT pi keja, lepas tu 8am masuk kerja, balik 5pm keluar office dan pukul 6pm naik kereta balik Seremban...sampai rumah 7.45pm..9.30pm tido...itu la ulang-ulang 5 hari Isnin -Jumaat...memang SA penat...

Pagi ni pukul 9am SA buat breakfast...mee goreng rencah ayam..simple je...itupun sebungkus half kilo mee tu macam banyak sangat plak bila dah campur rencah dan sayur..SA guna ayam je hari ni...



Haaaa..ni la nak citer ni...

Ni la keja SA kejap lagi kang...3 bakul baju nak lipat...huwaaaaaaa....sape nak tolong SA ni...suami x yah la...biar lah dianpi keja..kang dia lipat buat SA bengang je...



 

Sambil-sambil lipat baju jap lagi..SA nak marathon Dendam Seorang Mentua tu....jom la menaikkan darah tinggi semula...dh berapa hari SA x tengok sebab stress ngan perangai Herlina tu..ada je benda x betul dia buat...ada je konspirasi dia...geram betul...

Okey la korang...kejap lagi SA nak masak...masak simple simple je sebab petang SA nak ke Nilai ada dinner dengan Abang Ipar dan Kakak Biras SA satu family...

Jumpa lagi next entry


Wednesday, June 10, 2026

Sarapan SA Pagi Ini..

Assalamualaikum wrt...

Dah Rabu dh hari ni...dah 10hb dah..cepat betul masa berlalu kan..

Hari ni SA buntu x tau nak sarapan apa..asyik benda sama aje...turun pi food court beli je la apa yang ada...


Beli hazelnut latte kat KL Sentral td..


Mee goreng dan telur mata


 Muka dah kenyang...

SA nak settlekan kerja jap...

By tengahari kita jumpa lagi ye...

Korang jangan lupa sarapan ye...


Tuesday, June 9, 2026

Dating Santai Petang Berdua Dengan Suami

Assalamualaikum wrt..

Ahad petang lepas Dania dah bali ke Kolej, SA dan suami keluar jenjalan dating berdua..lama x jalan- jalan berdua di Bandar Seremban..Suami nak belanja beli kasut kerja baru untuk SA so kami ke Palm Mall..Mulanya pergi Bata, tapi kasut yang berkenan semua takde size...sudahnya ke Hush Puppies...dapat la sepasang yang Comfort Walk...tapi harga dia seram...suami cakap takpe beli je as long as kaki x sakit...SA  kan sedang menghadapi masalah plantar fasciitis...so kena cari kasut yang betul- betul comfort yang boleh menyokong tapak kaki...terima kasih suami belikan kasut....lepas tu dia belikan SA Primrose Oil dan Fish Oil...dah lama habis... 

Dah lepas beli semua benda tu SA ajak pi beli baju kerja, seluar kerja dan kasut kerja untuk dia pulak..dah lama x shopping untuk dia kan...dia mulanya x nak..tapi SA paksa je dia...sebelum tu kami ke A&W nak minum petang..SA ada sebut hari tu lama x minum A&W float...tu yang suami bawak...



Parking kereta area Tasik ni...seronok tengok diorang beriadah...macam best je tapi x berani plak nak mencuba


Jauh plak nak jalan ke depan..dulu ada pintu belakang...


Selfie sekeping kat sini


Maskot A &W


Order kami...x perasan set double cheese burger tu dah ada curly fries, pi add on...sebenarnya nak add on Onion Ring...ter order fries plak...


Air pun x add on float...erm...hadap aje la..janji sodap


 

Macam mana ntah boleh x perasan curly tu dah ada dalam set..hahahaha....

Total damage RM57.80

selalu total macam ni makan bertiga..kenyang makan burger dan curly fries tu...so malam x makan dah...PZ je makan sorang...lepas tu kami ke Seremban Prima berdepan dengan A&W tu cari baju kerja, seluar dan kasut untuk suami...

Dah beli semua barang terus balik, Isnin nak kerja kan...

Monday, June 8, 2026

Monday Blues...

Assalamualaikum wrt...

Monday blues skit hari ni...biasalah Isnin kan...nak plak SA tengah sakit kepala ni...dh makan ubat pun masih x ok...sebenarnya dah 2 hari sakit kepala..check darah xde tinggi...maybe sebab "kawan baik" tu kan..teruk betul kali ni...ikut hati nak baring aje kat rumah...tapi x nak la kecewakan mereka-mereka tersayang yg nak meraikan SA...x larat pun SA bangun gak masak...gambar amim dah..tapi x larat nak update semalam..kepala sakit..



Today's look


Mee goreng telur mata RM5


 Nescafe O less sugar bancuh sendiri


Nasib baik hari ni x banyak sangat kerja...

Kalau tak lagi pening kepala SA...ada a few document dah settle dan SA dah hantar for signature...harap cepat lah sign sebab SA nak courier ke Japan untuk next process...


Saturday, June 6, 2026

48 Tahun Yang Indah..Alhamdulillah...Selamat Hari Lahir SA

Assalamualaikum wrt...

Hari Ini, usia SA  menginjak ke angka 48 tahun. 

Alhamdulillah.....

48 Tahun.....

Satu angka yang suatu ketika dahulu terasa begitu jauh. Ketika masih remaja, SA membayangkan usia ini sebagai usia yang "matang", usia yang segala-galanya sudah tersusun dan sempurna. Namun realitinya, kehidupan tidak pernah datang dengan skrip yang boleh dijangka.

Semakin bertambah usia, semakin SA sedar bahawa hidup bukan tentang menjadi sempurna. Hidup adalah tentang belajar, menerima, bertahan dan terus melangkah walaupun tidak semua perkara berjalan seperti yang kita harapkan.

Sempena ulang tahun kelahiran SA kali ini, SA tidak mahu menulis tentang hadiah yang SA terima atau perancangan yang ingin SA capai. Sebaliknya, SA ingin mengambil sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang sering SA abaikan demi ketenangan dan ketenteraman hati lain...

Siapa?

Diri SA sendiri.



Terima kasih, Suria Amanda.

Terima kasih kerana terus kuat walaupun ada hari-hari yang terasa sangat berat.

Terima kasih kerana tidak berputus asa ketika berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan kehidupan.

Terima kasih kerana terus bangun setiap kali kehidupan menjatuhkanmu.

Ada banyak perkara yang telah SAlalui sepanjang 48 tahun ini. Ada kenangan yang membuatkan SA tersenyum setiap kali mengingatinya. 

Ada juga luka yang masih meninggalkan kesan walaupun masa telah berlalu.

SA pernah kecewa.

SA pernah gagal.

SA pernah menangis dalam diam apabila keadaan tidak memihak kepada saya.

SA pernah mempersoalkan kemampuan diri sendiri.

Tetapi setiap pengalaman itu, sama ada manis atau pahit, telah membentuk siapa diri SA pada hari ini.

SA belajar bahawa tidak semua perkara perlu diperjuangkan. Ada yang perlu dilepaskan.

SA belajar bahawa tidak semua orang akan memahami kita. Dan itu tidak mengapa.

SA belajar bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang dalam bentuk sesuatu yang besar. Kadangkala ia hadir dalam bentuk secawan kopi di pagi hari, masa bersama keluarga, kesihatan yang baik, atau sekadar ketenangan hati selepas melalui hari yang panjang.

Pada usia ini, SA tidak lagi mengejar kesempurnaan.

SA hanya mahu menjalani kehidupan dengan lebih tenang, lebih bersyukur dan lebih menghargai setiap detik yang diberikan.

SA bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat matahari terbit setiap pagi.

SA bersyukur kerana masih mempunyai insan-insan yang menyayangi SA.

SA bersyukur kerana masih diberi ruang untuk belajar perkara baharu, mencipta kenangan baharu dan menikmati kehidupan dengan cara SA sendiri.

Dan SA juga bersyukur kerana masih mempunyai impian.

Kerana usia hanyalah angka. Selagi ada nafas dan kesempatan, selagi itulah kita boleh terus bermimpi, mencuba dan berkembang menjadi versi diri yang lebih baik.

Jadi hari ini, SA ingin meraikan diri SA.

Bukan kerana SA sempurna.

Bukan kerana SA telah mencapai segala yang SA impikan.

Tetapi kerana SA masih di sini.

Masih berdiri.

Masih berusaha.

Masih percaya bahawa setiap hari yang diberikan adalah satu nikmat yang tidak ternilai.

Selamat Hari Lahir yang ke-48 untuk diri sendiri.

Terima kasih kerana bertahan.

Terima kasih kerana terus melangkah.

Terima kasih kerana menjadi Suria Amanda.

Semoga tahun yang mendatang dipenuhi dengan lebih banyak ketenangan, kesihatan yang baik, rezeki yang diberkati dan kebahagiaan yang sederhana tetapi bermakna.

Dan semoga SA sentiasa mengingati bahawa diri ini juga layak dihargai.

Happy 48th Birthday, Suria Amanda. ❤️

"Tidak semua perjalanan hidup itu mudah, tetapi setiap langkah yang telah dilalui menjadikan kita lebih kuat daripada yang kita sangka."


Monday, May 25, 2026

Penat Cuti Tak Hilang Lagi, Tapi Kerja Tetap Kerja!

Assalamualaikum wrt...

Hi kawan-kawan......selamat pagi...dah sarapan ke tu?SA baru lepas sarapan...lambat sikit hari ni sarapan...biasalah macam- macam pagi ni sebab SA dah cuti dari Jumaat..SA masuk kerja macam biasa hari ni, penat x hilang lagi ni..tapi kena la kerja kan..esok pun maybe SA kerja...ada yg cuti ke tu?Rabu dah raya kan...hehehe...

SA beli sarapan hari ni kat Mynews.com..beli mee goreng ngan sandwich tuna je...


Pemandangan pagi ni...


Mee goreng 


Sandwich tuna


Nescafe O less sugar


 Todays look denim colour....

Walaupun penat cuti hari tu tak hilang lagi, bila pekena Nescafe O ngan sandwich tadi, okay la segar sikit mata ni. Semoga hari Isnin korang semua berjalan dengan ceria dan dipermudahkan segala urusan.

Apa-pun plan korang minggu ni, semoga semuanya berjalan lancar ya! Take care!

 Jumpa lagi di next entri!


Wednesday, May 20, 2026

Breakfast Awal Di Meal Stations

Assalamualaikum wrt...

6.50am dah sampai KL Sentral..korang rasa? Hahahaha...giler awal SA sampai...memang xde la nak masuk office awal...SA lepak la dulu kat Meal Stations...pepagi pun ramai orang kat situ..ye la mana yang nak pi KLIA mmg awal la kat KL Sentral tu ...

Sarapan dulu la...SA dh bawak nasi goreng...awal bangun sebab nak masak nasi goreng...ah simpan untuk lunch la...bekal.suami pun ada dan ada gak tinggalkan untuk PZ...


Set breakfast macam biasa SA pilih

Amik coffee...sebab set ni free air

Tudung x on point...betulkan tudung dulu


 Dah ok dah....


Hari ni day 2 HR2U Day...kali ni ada banyak aktiviti...cuma bukan kat main building tapi kat Max Auditorium  kat bawah....kejap lagi turun la...x sabar nak tengok apa hadiah dapat masa registration...SA aimed nak pi kaunter check breast...dh tua2 ni memang itu la kaunter yang worth visit...ada banyak lagi yg special katanya...kena bawak la duit lebih...ni yg x suka ni....hahahahaha....


Tuesday, May 12, 2026

SA Dengan Mood Swingnya

Assalamualaikum wrt..

Lagi beberapa minggu kita akan menyambut Aidiladha. 

Buat yang menunaikan ibadah haji tahun ni, semoga mendapat haji yang mabrur. Bagi yang ambil bahagian dalam ibadah korban, alhamdulillah semoga amalan anda mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 

Sarapan apa hari ni?

SA hari ni mood baru nak ok...semalam Monday Blues betul...so hari ni SA beli roti je...x tau nak makan apa...malas plak SA nak turun food court..nak keluar pun malas....ntah apa kena semuanya malas...


Sunshine butter sugar dan cream cheese


Sambil dengar suara merdu tiktokers ni...sedap betul suara dia


Abaikan eyebag yang sebakul tu..

Tudung tu ok ke ngan kaler baju SA tu erk..main belasah je...asalkan ada bunga kaler sama ngan baju...lantak la di situ..suami ckp ok je ssbab ada bunga2 sama kaler ngan baju...

Ntah apa penyakit SA minggu ni...harap x berlarutan la..Sabtu nak jumpa doktor ni...jenuh kawal makan ni....

Okey la korang...Selamat bekerja ye...

Slowly nanti SA blogwalking..pagi ni SA nak settlekan task dulu...

Tuesday, May 5, 2026

Today's Look ~ Bawal Leeyanarahman Pemberian Kak Faizahanum Blog RAWIWA

Assalamualaikum wrt...

Semalam dh plan awal kan nak pakai tudung bawal pemberian Kak Faizahanum dari blog RAWIWA...awal plan x kalut gittew...

Tadaaaaa!!!!!cantik tak kita?

Best la bawal Leeyanarahman ni...sedap pakai...senang bentuk..senang digosok...awning on point ye...xde la senget benget....ramai puji and ramai tanya beli mana...hahahaha...jarang tgok SA pakai kaler ni katanya...

Pose pertama


 Pose kedua

Alaaaa...SA x reti la nak pesen pesen bentuk2 tudung ni....

Gaya lebih kurang aje..bukan x nak belajar..tutorial banyak aje...cuma x jadi.....dh banyak kali belajar..tetap la lupa...lepas tu x sama macam.dalam tutorial...ah..dari kena jerit lambat siap...baik pakai je ikut selesa kan...kadang-kadang ada je yg cakap...macam tu je pesen tudung si Rizz tu pakai....kisah plak SA...huh !!(flip tudung)

Janji kemas, janji pakai tudung dan tutup aurat walau belum sempurna mana...

Kbye...nak pi cari sarapan...


Monday, April 27, 2026

Singgah Kopikku Beli Coffee Pagi Tadi..

Assalamualaikum wrt...

Pagi tadi SA turun MRT kat stesen Muzium Negara...malas nak bersesak- sesak kat Stesen pasar Seni macam selalu...Isnin je mesti sesak..kat pintu masuk ke KL Sentral dari Muzium Negara ni memang ada satu kiosk Kopikku. SA x pernah try lagi...saje la try sebab colleague selalu beli untuk Kak Nani..lagipun x mahal sangat macam jenama coffee yang lain...ntah kenapa tetiba tekak nak minum coffee plak..SA beli la Spanish Latte RM12.90...


Suka warna kiosk ni...lembut je


Ni kena download apps la..malas la...kang jadi macam Z** hari tu..kecewa kan..baik x yah ada apps walau ada banyak benefit..


Sedap coffee nya...next boleh la beli lagi nanti..


Isnin je mesti pakai baju ni...


Sarapan pagi ni..maggi goreng dan telur mata RM4.50


Minggu ni SA akan ada event kat Hilton Shah Alam, Glenmarie...SA terlibat event AGM company...nanti Rabu SA akan stay kat Hilton Shah Alam...event akan berlaku pagi dalam pukul 8.30am..Event hari Khamis..SA akan bertugas macam biasa dan x semua secretary terlibat..mana yang volunteer je...

Tahun ni macam banyak je SA terlibat dalam event company...Rabu nanti kena la SA bawak bag tambahan pi kerja...lepas ni kena cari bag tarik yang kecik lagi sikit la...


Wednesday, April 22, 2026

Bersiaran Dari Office Semula

Assalamualaikum wrt..

Welcome back SA...semangat baru hari ni masuk kerja...tapi tu la...SA terjatuh masa nak keluar dari MRT....kena tolak..ntah sape yang tolak x tau...lelaki ke perempuan ke...tercampak hp SA dan SA jatuh bukan terduduk ye..tapi lutut landing di simen..dapat gambarkan x..sakit giler lutut SA...geram betul la..takde pun yang tolong SA bangun..orang KL ni sombong- sombong la...kalau x langgar pun at least tolong la papah SA kan...

Hari ni SA nak settlekan document yang banyak sebab 2 hari SA  ada course...esok SA cuti sebab nak merendang untuk majlis terlajak raya level SA, SA kena masak rendang...duit semua diorang dah bagi dah...lambat buat sebab ramai yang outstation hari tu...ada yang attend course..dan ada yang cuti panjang...so minggu ni semua ada..maka kami buat la majlis terlajak raya Jumaat ni...lebih kepada makan- makan je la..ada 4 department di level kami ni..so setiap department kena keluar budget untuk buat makan- makan ni...


today's look


sarapan hari ni..mee goreng + ayam goreng


Coffee bancuh sendiri dan air putih..hari ni target nak minum air putih 2 liter...dah 2 hari x minum air putih dengan cukup...

 

Bagi SA settlekan kerja hakiki SA sekejap..nanti SA sambung citer balik kampung angkat di Kuantan ye...banyak document nak kena dapatkan signatories ni...

Semoga allah permudahkan..

Aminnn.....

Monday, April 6, 2026

Gagal Puasa Kerana Insiden Menyayat Hati Pagi Tadi..

Assalamualaikum wrt...

Happy working u olls...Kembali bertemu hari Isnin hari ni...sihat hendaknya semua ye..alhamdulillah SA sihat...cuma sedikit letih...hari ni sepatutnya SA puasa..memang dah ready dah nak puasa tapi ada insiden yang menyayat hati kecik SA ni...lepas SA dah gosok tudung pagi ni..Sa nak panaskan lauk sahur yang SA masak malam semalam...PZ pun nak join sahur...SA sebenarnya dah 3 hari bau benda masam dalam rumah..kejap ada kejap takde bau tu..SA pelik la...3 hari SA dan PZ mencari bau tu...tak jumpa...lepas tu abaikan aje la...ingat ada bau longkang tapi mustahil sebab sistem perparitan kawasan perumahan ni takde longkang yang air lalu...semua paip hidden...then SA abaikan....maaf awal- awal kalau cerita ni sedikit geli ye...bayangkan SA yang hadapi ni...so SA nak panaskan la lauk yang SA masak..nak cepat so nak panaskan dalam microwave aje la...buka aje....keluar bau masam tu uolls...laaaaaaaa....dari sini rupanya bau masam tu...SA ni jenis penggeli dan penakut ye kalau nak tau...SA nampak semangkuk lauk yang dah bercendawan dan berulat...SA rasa ni mesti Dania yang letak lauk dalam microwave lepas tu lupa nak keluarkan...selalu dia je yang simpan lauk dalam microwave...dengan mangkuk2 kesayangan SA tu SA buang...nanti nak pi Sunway Putra Mall tu nak carik balik mangkuk yang sama..

SA plak memang la bijak pandai pergi la on kan microwave tu 3 minit...buka semula ingatkan mati la ulat2 tu semua...eh.....makin banyak dia meluru nak keluar ye...SA dah nak muntah dah kebetulan suami dah turun...haaa...suami la kena settlekan..SA x leh...SA dah nak pitam kegelian...jam dah pukul 5am..jadi kerja lak laki bini mengerjakan benda ni sampai settle...sudahnya kejut kan PZ je bangun untuk sahur...kesian PZ puasa sorang...SA dah bergelodak perut...masuk toilet muntah...lepas tu pergi office...dah sampai office sekali lagi muntah sebab teringat2...

Sorry ye korang kalau cerita SA pagi tadi geli dan kotor...biasalah kalau dah terlupa...rasanya ini kali ke 3 kena dan SA jugaklah yang jumpa...balik kang SA nak check microwave tu...masih ada x saki baki ulat tu..suami dah cuci dah microwave tu pagi tadi...kalau ikut kepala SA ni dengan microwave tu SA buang...tapi memang tak la kan...benda hadiah kahwin lepas tu mahal plak...

So...pagi ni...lepas dha muntah tadi..dah guna minyak cap kapak...SA keluar beli sarapan..kali ni SA bawak bekas tapau sendiri...takde pilihan SA beli je dry fried mee...letak sambal, letak telur goreng letak paru sikit cost me RM9.50....haih...makin mahal plak la...harga memang x consistence...geram aje...malas la SA nak pertikai...kira betul la tu sebab SA tambah gak sardine roll seketul...naik office buat air lepas tu SA makan sardine roll aje dulu...mee tadi SA blom makan....nanti la...hilang gambaran insiden pagi tadi baru la SA makan..kepala pening lagi ni...😓😓😓




Nescafe O less sugar


abaikan muka tengah pening....

Sampai la ni ha tekak SA kembang...x sedap...

Saat entry ni SA publish...SA baru lepas muntah sekali lagi....aduyaiiiii......pening kepala makin kuat...ya allah ya tuhanku...tabahkanlah diri ini...asal nak makan terbayang...asal nak minum terbayang...kalau macam ni boleh hilang 2-3 kg tak?


Wednesday, April 1, 2026

Tukar Lens Spec Mata Di Seremban Prima

Assalamualaikum wrt...

Selasa Raya ke 4 hari tu...SA pi Seremban Prima 3 beranak...PZ tinggal x nak ikut...SA pi buat cermin mata...bukan buat..lebih kepada check power dan tukar lens je..SA ni rabun jauh dan rabun silau...so dah dapatkan power yang betul..SA decided tukar lens aje dan nak kekalkan fram spec tu...sebab baru lagi kan...jarang guna...mengada sangat x guna cermin mana...

Check power dan staff suruh SA guna dulu cermin mata khas tu...jalan- jalan sekejap tengok kesesuaian...SA guna dalam 15 minit, sesuaikan dengan langkah dan suasana pemandangan mata SA...dah bayar RM100 untuk tukar lens..terus SA jejak Dania plak..merayap ke mana ntah anak dara tu...

Staff cakap tunggu diorang message baru datang ambil spec...







 

Hari Rabu 25hb tu dapat message dah siap dan boleh collect...kejap aje rupanya....

Cuma masalah sekarang..spec ni x leh guna untuk tengok dekat..jadi sakit mata SA...hahahaha...jenuh la nak pi betulkan lagi sekali dan melibatkan kos lagi...dah la gaji lambat lagi 24hb nanti...biar dulu la..pakai aje la untuk rabun jauh dan silau ni....

Nak tengok laptop dan buat kerja SA tanggalkan spec...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah