Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts
Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts

Sunday, November 24, 2024

Salam Takziah Tan Sri Ahmad Nawab

Assalamualaikum...

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Salam Takziah... sekali lagi negara kehilangan tokoh muzik lagenda yang sangat terkenal...



Tokoh muzik legenda, Tan Sri Ahmad Nawab meninggal dunia hari ini...

Ahmad Khan Nawab Khan,92, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Melawar, Gombak kira-kira pukul 3:15 petang akibat sesak nafas.

Al-Fatihah.


Monday, August 9, 2021

Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

Innalillahiwainnailaihirojiun.....

Sedihnya....pagi ni on hp bertalu- talu notification masuk...terkaku seketika SA. Tak tahu kenapa perasaan sebak tu kuat..terbayang di mata anak yang baru lahir tak sempat menatap wajah ibunya malah tak sempat dipeluk didakap dan disusui ibunya...terbayang dimata Shuib dan anak- anak lain...allahu..beratnya dugaan  untuk mereka..perlahan- lahan airmata ini mengalir. Ramai yang menangisi pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin hari ni. Walau arwah hanya bintang seni tetapi terasa dekat di hati peminat- peminatnya...semoga allah menjanjikan syurga buat Allahyarhamah.

Al-Fatihah....



Bintang seni, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Jom kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah...


Saturday, October 14, 2017

Hamil Selepas 11 Tahun Menanti


Alhamdulillah...

Sekian lama menanti dan menghadapi keguguran akhirnya allah makbulkan dan kini Dato Siti Nurhaliza hamil 4 bulan...bukan senang nak hamil ye selepas bermacam dugaan..SA tumpang happy. Doa SA agar Dato CT dan baby sihat sehingga tiba saat melahirkan...
Sweet sangat pengakuan dari Dato K mengatakan Dato CT sejak hamil x boleh berenggang lama dengan beliau...romantik sgt kan...kalau SA diberi peluang mengandung sekali lagi kan best...12 tahun dah x mengandung..sakit bersalin pun dah lupa macam mana kan....semoga allah permudahkan buat SA..hahaha...kalau ada jodoh atau lebih tepat kalau panjang jodoh SA dengan cik abe...seronok mengandung ni sebab boleh manja-manja kan..tp SA x rasa la manja2 dulu..lebih kepada berdikari je...
Semoga Dato CT sihat dan tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan..semua yang sayangkan Dato CT semua mendoakan yang terbaik buat beliau...nampak berisi kan Dato CT tp x pe.. sementara je tu...nanti lepas bersalin sure bleh pi slimming centre...

Tahniah Dato CT...Tahniah Dato K....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah