Showing posts with label Gathering Blogger. Show all posts
Showing posts with label Gathering Blogger. Show all posts

Friday, June 19, 2026

SA Jumpa Fanny & Carneyz

Assalamualaikum wrt....

Semalam menjadi sejarah dalam kehidupan dan dunia blogger SA, akhirnya SA dapat jumpa dengan si cantik manis Fanny dari Jakarta. Selain Fanny SA jumpa buat kali kedua dengan Carneyz, kali pertama jumpa masa wedding SA...siapa x kenal dengan diorang berdua kan..travel blogger yang hebat di alam maya. Fanny dalam mood bercuti di KL dan dah banyak agenda yang diaturkan...memandangkan SA hari ni half day dan akan sibuk dengan wedding kazen di Muar..so SA contact Fanny untuk jumpa sekejap di KL Sentral memandangkan Fanny akan naik ERL turun KL Sentral untuk ke hotel kan..

SA dapat jumpa Fanny dan Carneyz sekejap aje..dalam 15 minit macam tu sebab dept SA ada meeting dengan site Oman. Meeting agak lambat sebab ikut waktu Oman...lepas dah bagi ole-ole dan memyerahkan kiriman blogger Puan Hazel untuk Fanny, SA terpaksa ucapkan selamat tinggal...masa memang sangat mencemburui..tapi takpe..Insha'Allah andai ada kesempatan di lain masa boleh la kami jumpa lagi...


Kecik molek comel aje kedua-duanya...

Malu plak rasanya, kita bagi dia ole-ole...dia pun bagi SA ole-ole jugak.

Thanks Fanny...








Alhamdulillah...terima kasih Fanny...buat susah-suah aje kan...

Apapun seronok jumpa Fanny dan Carneyz semalam..cuma sedikit ralat x dapat jumpa lama-lama atau ngopi ke chit chat bertiga memandangkan SA ada Adhoc task...

Buat Fanny, titipan untuk Puan Hazel kita SA akan sampaikan sekejap lagi...semalam x sempat jumpa suami PH..terkejar-kejar dan nasib baik everything goes well...boss pun x cakap apa SA lambat 5 minute...lagipun x lama pun...dalam 20 minit macam tu settle dh..suami sampai awal dah jemput SA...siap tanya ok x jumpa Fanny..banyak la soalan dia...tapi dia tau SA sedikit ralat x dapat lepak lama-lama ngan diorang...dengarnya ada sesi ngopi di Putrajaya Isnin nanti...tapi SA kerja..jadual Isnin memang x tau lagi macam mana..nak cuti macam x lepas je kan sebab x leh adhoc cuti kecuali kecemasan..we see how later la...kalau ada rezeki jumpa diorang ada la...kalau takde rezeki suami cakap kita pi je la Jakarta nanti bila ada rezeki...😆😆😆


Saturday, February 6, 2016

Gathering Blogger 2016

Sebenarnya dah lama tak buat gathering dengan kawan - kawan blogger..memang tahun 2016 ni agak kurang berjumpa sebab kekangan masa dan terikat dengan kerjaya. Tapi minat blogging memang tak pernah padam..cuma agak perlahan perjalanan blogging sekarang..kurang jemoutan oun ye jugak...

so..aku nak citer tentang gathering blogger 16 Jan lepas...ada lagi gambar aku tak share kat blog ni rupanya....alaa..masa review Cafe 9 A Taste Of Thai bulan lepas...dari takde bahan untuk blogging elok aku letak je kat blog aku ni sebagai kenangan kan....nasib ada FoodInk jemput review restoran..ada gak la bahan untuk blog 


ntah bila nak repeat makan kat sini


Antara rakan blogger yang hadir


bab bergambar memang best..


Ida Bharum, Inani Hazwani, Farah Waheda, Syima Yusuf dan Amy..yng lain2 tu kawan or adik beradik salah seorang blogger...


me with Farah Waheda Wahid

Tahun ni belum ada banyak job blogging lagi...ada beberapa yang masih dalam perancangan..ada trip yang aku terpaksa tarik diri sebab terikat dengan kerjaya...frustrated tapi terpaksa jugak demi periuk nasi kan...kalau ada kelapangan dan ada cuti memang boleh je join..tapi bila dah macam ni memang terpaksa let go...

Kawan kawan pun dah pesan..ingat matlamat aku blogging apa...aku ada kerjaya dan kena jaga kerjaya jugak..sekarang zaman ekonomi merosot...banyak company dah mula buang orang sebab takde profit..so yang masih ada kerja tetap ni kena la jaga prestasi...salah langkah sikit nanti peluang ke dua dah takde dah...kalau jemputan atau event atau review yang tak melibatkan kehadiran boleh je grab bila- bila masa..dan event yang diluar waktu kerja rembat je....

Teruk betul keadaan ekonomi negara kita kalau di fikir2 semula tau...kejap2 ringgit jatuh..kejap2 naik sikit walau x banyak...so...pandai2 la kita berjimat cermat kan...haih plan travel tahun ni macam ke laut je..tahun ni kena titik beratkan Dania nak exam....duit kena jimat sebab semua barang pun mahal....kan?

Well sapa nak buat gathering suka2?Yang area KL la..jom....

Thursday, January 29, 2015

Sepetang Bersama Blogger 2015????


Kenangan jumpa Mya dari http://blogmaya.com



Teringat kenangan semasa menghadiri majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati.com last year...seronok...first time dapat gathering dengan blogger2 terkenal dan kenal dengan blogger2 baru...memang satu pengalaman yang sangat berharga bagi aku yang selama ni berkecimpung secara suam2 suku je dalam dunia blogging....
Tahun ni dengar khabarnya aku tanya apa khabar ada lagi majlis Sepetang Bersama Blogger 2015. Tarikh x tau lagi la bila..diorang tengah tunggu anak bulan muncul..tunggu masa untuk umumkan...x sabar nak havoc semeja ngan blogger2 yang kami agak rapat dalam alam maya...x jumpa semuka je lagi...harap2 bukan February ye...bulan 2 nanti aku sibuk dengan adik aku nak bertunang...haaa...prepareration tgh buat...aku di beri tanggungjawab untuk siapkan barangan habtaran as usual...contract sign seumur hidup tu...dah ramai yang booking termasuk anak buah aku si kembar...hahaha...itu memang kelakar dan aku akan citer next entry...
Ish x sabar nak tunggu ketua kampung umumkan date untuk Majlis ni...lambat plak...nampak nau gelojoh ko ni Suriaamanda oiii...tp betul..ada la beberapa orang yang kami dah havoc nak jumpa2 laga2 pipi and montot...eh....hahahaha...no spekulasi lagi ok....ni gang mak2...apapun tunggu la pengisytiharan dari Penyimpan Mohor Besar SBB2015 a.k.a Ketua Kampung Denaihati.com.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah