Showing posts with label Israk Mikraj. Show all posts
Showing posts with label Israk Mikraj. Show all posts

Monday, January 27, 2025

Salam Israk Mikraj

 Assalamualaikum...

Salam Israk Mikraj buat semua readers, followers dan kawan- kawan semua..ye SA kerja ye hari ni..tak semua negeri bercuti hari ini...hanya 4 buah negeri bercuti iaitu Kedah, N.Sembilan, Perlis dan Terengganu..

So bekerja la SA ha...x ramai kat office..ramai yang amik cuti seminggu direct..sakan betul...

Siapa yang bekerja hari ni?


Peristiwa Israk Mikraj..

Israk bermaksud perjalanan baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Masjidil Aqsa), Palestin dengan menaiki tunggangan yang bernama Buraq. Mikraj pula membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha (langit ketujuh). Kejadian ini terjadi pada 27 Rejab.

Thursday, May 5, 2016

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


ISRAK MIKRAJ DAN ZAKAT


► Tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ

► Di antara peristiwa yang berkaitan dengan ibadah zakat adalah seperti berikut:

1. Rasulullah melihat sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

2. Rasulullah melihat kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

► Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

► Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى dan takut kepada kekuasaan-Nya.

بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Berzakat Secara Online di ----->> www.zakatns2u.biz

Monday, June 18, 2012

Salam Israk Mikraj

pic credit to mr google..

Salam Israk Mikraj dari Suriaamanda dan Keluarga...

KL kerja kan ari ni?

NS cuti....jeles....

Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj


Salam Israk Mikraj 2011,27 Rejab 1432 Hijrah

Hayati Peristiwa Israk Mikraj dan menginsafi peristiwa agung ini untuk menjadikan kita umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan agama
Peristiwa Israk merupakan perjalanan Rasullullah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan diiringi oleh Malaikat Jibrail dan Israfil
manakala peristiwa Mikraj pula perjalanan Rasullullah naik ke langit ditemani Malaikat Jibrail bertemu Allah.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah