Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Tuesday, April 4, 2017

Rawatan Kecantikkan Dengan Teknologi Estetik Di DR M.A.D Wellness

PUSAT KECANTIKKAN DR M.A.D WELLNESS MENAWARKAN KADAR HARGA BERPATUTAN UNTUK SETIAP RAWATAN


Semua wanita dambakan kecantikkan. Semua wanita nak nampak cantik. Macam tu jugak SA dan rakan- rakan bloggers yang berpeluang menjalani rawatan kecantikkan di Pusat Kecantikkan DR M.A.D Wellness yang terletak di Sunway Mentari Petaling Jaya. 

Keterujaan kami para bloggers, doktor dan staff yang terlibat nampak sangat ketara apabila di pertemuan pertama kami seolah berada dalam suasana pertemuan yang telah berlaku berulang kali sebelum ini. Hati terpaut dengan suasana dan layanan mesra bagaikan sebuah keluarga.

DR M.A.D Wellness merupakan pusat kecantikkan yang diasaskan oleh 3 orang doktor yang mempunyai impian tinggi dalam teknologi Estetik. Teknologi ini telah menjadi tarikan ramai serta menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kecantikkan dengan kadar selamat. Semestinya harga untuk sebuah kecantikkan adalah sangat mahal pada masa kini tetapi tidak di DR MAD Wellness dimana anda dikenakan bayaran dengan kadar harga yang berpatutan, selamat tanpa sebarang kesan sampingan.




Dr Ainaa, Dr Man dan Dr Davina pengasas DR M.A.D Wellness


Yeay..SA dah sampai kat sini...korang bila lagi..


Sesi penerangan oleh Dr Ainna sebelum semua blogger diberikan rawatan


Cik Mijah dan CN sedang menunggu giliran untuk rawatan


Kalau korang bawa keluarga, tak perlu risau kerana di sini disediakan ruang menunggu yang sangat-sangat selesa.


Dan yang paling best..staff kat sini semua sporting...termasuk la Dr Ainna...tak percaya? korang tengok di akhir entry ni nanti


Kami para blogger yang diberi peluang menerima rawatan PRP


Sporting kan Dr Ainna? we had a blast the whole session...best sangat2 sampai kami rindu nak repeat sekali lagi rawatan kat sini


Rawatan Platelet – Rich Plasma ( PRP) Di Doctor M.A.D Wellness

Rawatan yang semakin popular iaitu Platelet –Rich Plasma ( PRP) merupakan prosedur yang telah diguna pakai dengan jayanya selama bertahun- tahun dalam menyembuhkan kecederaan sukan kini menjadi rawatan pilihan oleh wanita untuk mengurangkan kedutan, parut, kerosakan kulit berpunca dari sinaran matahari dan lingkaran gelap bawah mata. Rawatan ini tidak menggunakan bahan kimia untuk disuntik ke dalam badan sebaliknya menggunakan plasma yang diambil daripada badan pelanggan sendiri. Kesan sampingan boleh dikatakan tidak wujud kerana badan anda tidak mungkin menolak plasma dari badan sendiri.Oleh itu rawatan ini diyakini selamat.

SA dah alami sendiri rawatan PRP ni dan memang ianya sangat- sangat selamat.Terapi PRP sesuai untuk rawatan kosmetik, mengurangkan kedutan atau parut di muka, tangan dan leher. Sebab tu SA memang bercadang nak terus dapatkan rawatan demi rawatan disini..bukan setakat rawatan muka tau...

Jenis rawatan di DR M.A.D Wellness selain dari rawatan PRP.

  1. 40K Slimming Treatment- Proses Liposuction yang sangat popular melibatkan gelombang ultrasound yang mempunyai banyak nama Cavitation Liposuction, Lipo- Cavitation dan Liposuction Ultrasonik
  2. LED Mask - Melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan dan jerawat, Dikenali sebagai Light Therapy dengan penggunaan sinaran bebas UV dan frekuensi gelombang untuk menggalakkan pengeluaran colagen, melancarkan peredaran darah, merawat jerawat dan membunuh bakteria serta mempercepatkan pemulihan kulit.
  3. OxyHydra Facial - Rawatan kulit tanpa laser yang menggabungkan pembersihan,pengelupasan, pengekstrakan, Penegangan, Penghidratan dan perlindungan antioksidan. Ini menyebabkan kulit lebih licin dan cantik.
  4. RF Treatment For Face and Body - Rawatan frekuensi radio (RF) iaitu rawatan tanpa pembedahan yang selamat dan berkesan untuk meningkatkan kontur muka dan badan
  5. Ironman Lymphatic Drainage Slimming Theraphy - Sebuah urutan yangmembantu meransang sistem limfa dan menggalakkan aliran cecair limfa. Mendorong limfa untuk mengalir keluar dari kawasan terjejas/ tersekat ke kawasan beralir normal.
  6. Carbon Peel Laser- Rawatan yang sangat sesuai untuk mereka yang mengalami kulit berminyak, bintik hitam, liang pori besar, kulit kusam dan jerawat pada muka dan badan.Ia juga cara terbaik untuk menggelupasdn menyegarkan kulit anda.Memberikan penampilan segar dan menjadikan kulit lebih lembut, licin dan tegang.



SA sangat recommended korang untuk dapatkan rawatan disini...sebab apa?
kerana rawatan yang di tawarkan adalah bersifat organik dan bebas kimia seterusnya ianya sangat selamat dan berkesan.Selain itu korang akan rasa seperti menerima rawatan di rumah sendiri kerana konsep mesra yang diorang amalkan....

Korang nak cuba?

Jangan lupa hubungi no di bawah untuk temujanji..

FACEBOOK   : https://www.facebook.com/drmad.wellness/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/drmad.wellness/?hl=en
ALAMAT        : No. 12A-1, Jalan PJS 8/12 Sunway Mentari 46150 Petaling Jaya
TELEFON       : 03-5613 5328
HOTLINE       : 018 243 4328

Tuesday, April 19, 2016

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan.
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah