Showing posts with label Zakat fitrah. Show all posts
Showing posts with label Zakat fitrah. Show all posts

Wednesday, April 27, 2022

Selesai Sudah Zakat Fitrah...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Sabtu lepas SA berekesempatan bayar Zakat Fitrah...senang settle awal- awal...SA memang bayar kat KL la sebab SA bekerja cari rezeki kat KL kan..dulu SA x tau so SA bayar kat Seremban. So bila dah tau 6 tahun kebelakangan ni SA bayar kat KL je...lagipun senang sebab ada amil yang ditugaskan di area office dan KL Sentral. Kat Plaza Sentral ni pun ada...kebetulan masa keluar Sabtu lepas yg pi MV dan KLCC tu..SA bayar je kat KL Sentral..senang bila satu perkara dah selesai kan...

Apa itu Zakat Fitrah?

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.





SA dah tunaikan kewajipan...anda?

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”
(Hadis riwayat Muslim)

Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.

Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Info zakat fitrah SA dapatkan di https://www.zakatselangor.com.my/


Friday, May 31, 2019

SA Dah Bayar Zakat Fitrah Untuk Tahun 2019

Hi korang....

SA dh tunaikan kewajipan SA bayar Zakat Fitrah hari ni..nasib SA ingat..bukan apa terlupa..kaunter zakat ada je kat Plaza Sentral ni..Dah bayar ni senang hati... Dah 13 tahun dah SA bayar sendiri zakat. SA kan ibu tunggal..


Dah settle semua dh..takde apa lagi rasanya yang tertangguh..SA half day hari ni...tak sabar nak balik Seremban. Banyak urusan kat Seremban tak settle lagi ni...kasut anak pun x beli beli lagi...bekas kuih pun x beli begi..yang tahun lepas punya ntah kat mana ntah..puas cari tak jumpa...sabar jer la..biasa la kalau abah SA simpan kan..sure dia lupa punya mana dia letak...lepas ni nak focus kemas rumah plak...

Korang yang belum bayar Zakat Fitrah..boleh berbuat demikian..ada 4 hari je lagi kan sebelum raya..ada gak yang bayar kat masjid sebelum sembahyang raya kan?

Wednesday, July 1, 2015

Zakat Fitrah Saya Dah...Anda?

Kewajipan Membayar Zakat Telah Dilaksanakan...

Hi korang...

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak semua umat islam adalah dituntut untuk menunaikan salah satu dari rukun islam yang lima iaitu Menunaikan Zakat.
Apa itu Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat diri yang difardhukan keatas setiap individu samada lelaki atau perempuan...memandangkan aku ibu tunggal maka aku  tunsikan zakat keatas diri aku sendiri...



Selesai dah tanggungjawab aku untuk tahun ini..nilai yg aku bayar tertera kat atas tu...Dania ayahnya yg bayar...

Lafaz ijab bagi pembayar zakat individu

Bismillahhirrahmanirrahim...

"Ini zakat fitrah saya yang wajib bagi diri saya pada tahun ini kerana allah taala"

Jangan lengah2 lagi ye..banyak kaunter zakat di tempatkan di tempat2 yang ditetapkan...

Selamat menunaikan zakat....

Friday, August 2, 2013

Dah Bayar Dah...


Assalamualaikum u olls...
Dalam kita leka buat persediaan hari raya jgn lupa zakat fitrah ye. 
Korang dh byr?
Aku dh bayar dah masa balik seremban Rabu ari tu...
Kadar bayaran bagi NS RM6.50...lain tempat lain amount kan...
Tinggal bape hari je lg nk raya kan...ada je yg byr sebelum sembahyang raya...
8 tahun dah aku bayar sendiri...Dania ayahnya yg bayar..
Harap2 my ex tak lupa tanggungjawab pd Dania...even dia dah ada keluarga baru...

Monday, August 13, 2012

Korang Dah? Abah aku Dah.....


Haaa...dah bayar Zakat Fitrah?Abah aku dah bayar dah kat kaunter kat Tesco...Aku?
dah bayar jugak...ye la..aku kena byr utk diri sendiri...sbb status aku kan...Dania harap2 ayah dia bayarkan la..selalunya dia ingat nak bayar zakat anak dia...dan tentu2 tanggungjawab dia kan...

 dah kuarkan duit siap2..RM6.50 harga zakat fitrah di NS..
 tahun ni abah bayar utk 3 orang je..yg lain2 dah lepas kan?
kena baca akad ni....

Selesai la tanggungjawab abah untuk tahun ni...
kepada yang belum tunaikan zakat fitrah tu cepat2 la ye..jgn tunggu last minute...tp kalau dah xde masa pagi raya sebelum solat raya pun boleh lagi kan?
eh betul ke?ntahhhh...aku tgok ada jer pagi raya duk bayar lagi....
betulkan aku kalau aku salah...huhu...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah