Tuesday, April 12, 2011

Tak Sampai 2 minit dah....selamattttt......

I nak citer pasal anak dara i ni....gerammmmmm sgt2 kat dia..dah ramai tau kan...i dgn dia weekend jer jumpa...kat telefon memang rindu setengah mati..tapi bila dah berdua...udah macam kucing ngan anjing...bertekak jer...hahahah...salah i jugak kan suka menyakat dia...
Dania ni...ada satu tebiat dari dia kecik sampai la dah darjah 1 ni...pantang naik keta..bukak aircond..x sampai 2 minit....tetiba..bahu i rasa berat jer....kadang2 bila tanya apa2 senyappp jer...ghopernya...dah selamattttt berlayar...bolh kita gerak2 kan dia..dia buat bodoh...

 dia tau mama dia amik gambar...siap suruh delete....hahahhaha.....comel..
 jelas lak nampak kesan leher i kena tebuk tu...arh..lantak la...
buat la apa pun..dia tetap lena..hahahaha...oh..kesan bawah dagu dia tuh..bekas chicken pox..kat situ la punca dia dapat chicken pox tuh....nasib baik kena masa kecik..kalau dah besor panjang..jenuh kesan tu x hilang....
i love u so much baby mucuk.....mmmuah!!!!!

Majlis Pertunangan Sepupu> Nurfara Mohd Salleh

Hi u olls...ni agenda i dan family (x semua) Sabtu lepas...Majlis pertunangan sepupu sebelah abah i..
cantik kan...walaupun majlis simple tapi tetap meriah...mana ada majlis yg tak meriahkan..i memang xde mood nak pi..tapi memandangkan sepupu sendiri terpaksa jugak la pi kan....

 my princess and fara..Dania ni memang suka bab2 pengantin2 nih....
 ko pandang mana tu fara...ishhh....
 my mum...
 Fara
 the hantaran..
 jgn speku..jgn gossip..ni adik sepupu i..Ashraf..
tetamu dan adik beradik sepupu i sebelah abah i...

Selamat bertunang buat Fara..semoga kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin...bila plak majlisnya??tidak ketahuan sebab i balik awal..x leh lama2 tinggalkan itu mak buyung di rumah..walau belum sampai waktu takut jugak apa2 jadi sebab hubby eh keluar masa kami tinggalkan dia kejap tadi...
Next entry..posing2 i ngan anak dara i tuh....tunggu....

Monday, April 11, 2011

Cendawan Busut...Rezeki Selepas Hujan...

Semalam Lisa ikut family balik kampung mak Lisa...memang dah lama x balik sejak ateh bertunang hari tu...Lisa memang nak sangat ikut sebab nanti dah bersalin x leh nak pi memana dah...lagi 2 bulan jer lagi kan..nanti x merasa la balik kampung selalu...nasib baik berpantang kat umah mak Lisa
Masa nak masuk simpang rumah Mak Lang Lisa tu..tiba2 Dania boleh ckp mcm ni kat mama dia
"mama..tgok2 apa tu? mcm cendawan jer mama"
mama " haah la...ada cendawan..entah2 cendawan busut kot.."
terus along and abah Lisa berkejar pi kat situ...rupanya betul u olls...ada cendawan busut tapi malangnya dah kembang...tapi still cantik dan segar lagi la..kalau dah terlebih kembang dia x leh amik lagi dah....

 seee..cendawan ni dah kembang penuh....
 yang ni baru nak kembang...comel jer kan...
 cantik jer tersusun atas tanah...
 abah kutip cendawan tu sambil guna kata laluan "pulut..pulut..pulut.."
 mak pun sama pungut...sampai x hirau hand bag dia....
 alhamdulillah hasil cendawan busut..dapat sebesen...
 Mak tengah cuci cendawan...
 hasil setelah siap dibersihkan....

akhirnya...



v


v



v


 Masak lomak cili api...
sup cendawan....

Bak kata semua yang makan rasanya sangat lemak dan sedap..lagi sedap dari daging ayam..manis jer...Lisa x sentuh pun sebab x berani..
yang lawaknya semua yang beria makan tu..asyik la angin satu badan..atas bawah keluar angin..
masing2 x segan silu melepaskan angin..kelakar betul...
termasukla along dan suami Lisa...kesian....
penat Lisa gelakkan...cuma hairan bin ajaib.... Mak Lisa rilex jer....xde apa pun...
maybe sebab masa zaman muda dia dulu dah biasa makan..
ni anak2 baru merasa..mcm along
umur dah 33 tahun..baru tau mcm mana nak petik cendawan busut...kata laluan tu yang buat dia gelak x henti2..motif guna kata laluan macam abah tu sebab nak cabut kasik semua batang2 dia tercabut sekali...sejauh mana kebenaran Lisa x tau...nak pulak memang rezeki kami semalam...padahal mak lang dan pak lang dah lalu banyak kali..x jumpa apa punn..malah x nampak bayang cendawan....kira rezeki kan...sapa tau....

Aktiviti Sabtu>Layan Dania main Saidina..Bila dia kalah dia lak yang sentap....

Salam u olls..lama Lisa tak bersiaran kan?kemalasan melanda dan tak tahu nak update apa la ni...
Ni la aktiviti Lisa, suami dan Dania Sabtu malam Ahad hari tu..
Melayan anak buah kesayangan ni ha....

 Lisa jadi akauntan yer...jaga bank...
 nah amik duit ni...main jauh2...
Dania dah sentap...asyik kalah dan bankrupt...

dia ni main apa2 x mo sabar....asyik la nak mengalir airmata...kalah nangis...entah apa2 ntah..bila x layan tau plak merajuk..bikin orang lain stress jer..mama dia dah ckp dah..toksah main sebab dia jenis x leh terima kekalahan..tapi nak jugakkk main....abaikan Lisa yang x semenggah tu yer..baru lepas mandi time nih...

Friday, April 8, 2011

Cair renungan 'Shah Rukh Khan'

IPOH: Akibat terpedaya dengan cinta ‘Romeo Bangladesh’, seorang gadis tempatan kerugian RM5,000 apabila ditipu kekasihnya yang persis pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, yang terdesak mahu menggunakan wang itu bagi melanjutkan tempoh visanya yang hampir tamat tempoh.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Syuhaida, 34, berkata, dia mula mengenali lelaki terbabit yang juga rakan sekerjanya ketika sama-sama bertugas sebagai operator di sebuah kilang menjahit pakaian seragam di sebuah pusat perindustrian di Taiping, di sini.

Menurutnya, lelaki warga asing terbabit yang mula bekerja sebagai pembantu stor selain penjaga premis bersama dua rakan senegara dilihat cukup peramah dan ringan tangan dalam membantu pekerja lain di kedai.

“Mulanya saya tidaklah tertarik sangat dengan lelaki warga asing itu kerana kerap mendengar cerita tidak manis berhubung sikap lelaki asing. Namun, tidak dapat disangkal lelaki Bangladesh yang saya kenali itu mempunyai keistimewaan fizikal, selain matanya yang mudah melemahkan hati wanita jika ditenung.

“Tambah membuatkan saya tertarik apabila dia cukup penyabar dan tidak pernah menunjukkan riak marah walaupun kerap ditengking majikan atau dibayar gaji lebih rendah berbanding pekerja warga tempatan,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang mempunyai nama asal Mohamad Shah kerap dipanggil rakan sebagai Shah Rukh Khan berikutan iras wajahnya yang hampir sama dengan pelakon Hindustan terbabit.


Dia yang pernah dua kali putus tunang berkata, sikap lelaki itu yang peramah ditambah raut wajahnya yang tampan, membuatkan hatinya terpikat.

“Ketika itu saya mula jadi ‘buta’ dan mula tidak senang duduk jika tidak bertemunya

“Walaupun dinasihati adik-beradik termasuk rakan karib yang lain, saya tetap berkeras mahu meneruskan hubungan itu yang berlanjutan hampir satu tahun,” katanya.

Katanya, bagi menunjukkan niatnya yang ikhlas, lelaki itu pernah datang ke rumahnya untuk berkenalan dan bertemu ibu dan kakaknya pada Februari lalu bersama seorang lagi rakannya.
“Januari lalu, kami pernah berbincang untuk mengikat tali pertunangan dan dia bersetuju untuk mengadakan majlis ringkas itu Mei depan,” katanya.

Menurutnya, menyedari lelaki itu hanya menerima gaji kecil sekitar RM700 sebulan, dia pernah beberapa kali memberikannya wang dengan jumlah keseluruhan lebih RM5,000.

“Wang dipinjamkan itu digunakan Shah Rukh Khan kononnya untuk membantu persekolahan adiknya di Dhaka, Bangladesh, selain menanggung kos perubatan ayahnya yang kerap sakit,” katanya.

Menurutnya, masalah mula menimpanya pada 10 Mac lalu apabila ‘Shah Rukh Khan’ memberitahu dia ingin ke Kedutaan Bangladesh Kuala Lumpur bagi menguruskan visanya yang hampir tamat tempoh bersama seorang rakan senegaranya.

“Namun, saya mula pelik apabila dia gagal dihubungi dan tidak pulang ke asrama kilang seminggu selepas itu sedangkan dia hanya mengambil cuti selama dua hari saja.

“Saya mula musykil apabila pemilik kilang memberitahu semua pakaiannya di dalam bilik asrama turut hilang dipercayai dibawanya sekali ketika melarikan diri.

“Sehingga kini saya tidak pasti apa yang berlaku, namun saya yakin dipermain-mainkan lelaki Bangladesh terbabit yang menghilangkan diri dan mungkin berpindah kerja ke tempat lain di Kuala Lumpur,” katanya sambil menunjukkan kad visa pekerjaan milik lelaki berkenaan.

Menurutnya hatinya cukup terguris kerana selama ini meletakkan penuh kepercayaan hingga sanggup berhabis duit untuk lelaki warga asing terbabit yang disangkakan benar-benar baik terhadapnya.

***dah banyak contoh dah ..tapi masih ada jugak org2 kita ni terutama anak2 gadis atau wanita matang yang terpedaya..entah la...dah terkena pandai lak nak kongsi kat akhbar..***

sumber dari SINI

Event Malam Gala Penghias Gambar Kulit Jelita 2010

What a bz day yesterday...from morning till evening bz like crazy frog huhu..

By the way event ni dah basi.. i x tau nak update apa and dah check kat archieve blog si Lisa ni...dia xde pun citer pasal ni...so..lets share something...gambar yang banyak tapi nanti letak semua u olls kebosanan plak nanti kan...so i letak mana yang i rasa perlu ajer la yer...

 the backdrop..
 persembahan dari pemuzik jemputan..sangat menarik
 me with my bff Intan Zarinah
 us again...
 Fazura yang cute and Marsha Gedix
 Datin Paduka Umie Aida
 Fazura again
 the most beautiful woman in the world...Erra Fazira..dia menang best dress by Hatta Dolmat
 i ngan Intan lagi...
 adorable designer Hatta Dolmat...admire all the design by him..
 ni la kami yang meraikan dan diraikan...

Actually event ni adalah untuk memberi penghargaan kepada Penghias Kulit Majalah Jelita if im not mistaken..dah lama x langgan majalah..giler dgn novel jer pulak...i pun x ingat sapa artis yang menang utk penghias gambar kulit majalah tu..ni la akibatnya x email kat adik utk di highlight dalam blog...huhu...bz mengalahkan menteri kan...perjalanan citer pun x leh nak ingat dah...tahun ni i x join Secretary weeks..masing2 sibuk dan takde masa nak join mana2 event ..ada jemputan tapi x dan nak pergi..rasa rugi jugak..tapi dah my boss need me all the time kan..huhu...sabar jer la...kepada kawan2 yang pergi secretary weeks event enjoy your self...ada yang pi tgok Siti and ada yang pi tgok Anuar Zain...i?dengar citer je la yer..dah biasa pergi dah pun kan...

Wednesday, April 6, 2011

Update 7 Bulan Pregnancy

i copy paste email yang Lisa htr..dia mintak i tolong inform kat blog...so..u olls baca la eh...
Hari ni check up sgt berjalan dengan lancar.
kejap je,x sampai 2 jam.
staff nurse ckp kesihatan ibu baik,babies pun sihat.degupan jantung babies pun dlm keadaan baik.cuma kedudukan babies sorang kepala kat bawah,sorang lagi kat atas.sgt aktif bergerak dan menendang.
staff nurse wat penerangan pasal jaundis.dia tengok kelompok darah.dia kata ikut darah ibunye ni 'O' positif,maknanya anak berisiko dapat jaundis.risau jugak,harap2 x de ape2 lah.semoga Allah beri kesihatan yg sebaiknya kpd my babies.Diaorg suruh jaga pemakanan.dlm 6 bulan pertama hanya bagi anak2 susu badan shj.jgn bagi air suam.Ibu pulak x boleh makan jamu dulu dlm tempoh 2 bulan pantang,sebab nti jamu masuk dlm susu badan,sgt tak baik untuk kesihatan anak2.klu sayangkan anak2,ikutlah petua perawatan moden dahulu.pasni check up akan dijalankan 2 minggu sekali plak..dah msk 8 bulan nti seminggu sekali plak..berat badan dah naik 2 kilo iaitu 72kg.mungkin berat baby yg bertambah kot.hehehe....
keputusan minum air glukos hari tu...jeng..jeng..jeng....saya bebas dari kencing manis.bacaan adalah 5.8 shj.x payah repeat minum glukos lagi...hahahaha..sgt senang hati n hepi..nyahhlah air glukos dr diri ku.Sambung check up 20/4/11.kat klinik  pakar pulak 21/4/11.

5/4/11
semalam teringin sangat nak minum ABC.beli jugak..perghh sedap giler,terima kasih kat my klik intan sufinaz sb g belikan..rasa mcm terawang-awang kat langit bila dpt minum,babies lak bila minum jer ABC,dia nye aktif bukan main,x taulah sedap sgt kot dpt air sejuk,ke dia kesejukkan kat dlm...ape2 pun minum x banyak,ala-ala dapat sejuk kat tekak sudah..pastu petang melantak plak kerepek ubi pedas.banyak giles makan kepek tu..sedap sgt,tp balik umah,muntah2 sebab angin...huhuhu...malam tadi boleh tido dah,alhamdulillah,babies sgt memahami,sebab dah ckp kat dia,bagilah ibu tido mlm ni sayang,ibu sgt letih sebab semalam babies  x bg ibu tido,asyik nak main jer..penat sgt...so,mlm tadi dia aktif,cuma tak de contraction mcm malam hari tu...so ibunye tido nyenyaklah sampai pagi...alhamdulillah....

Panggilan Kebas Duit

KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.
Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.

Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.

“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.

Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. “Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.


“Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.

Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).

Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.

“Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.

“Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan,” katanya.

Syed Ismail berkata, siasatan sepasukan anggota Bahagian Operasi JSJK Bukit Aman setakat ini menahan dua wanita tempatan berusia 23 dan 31 tahun di Taman Muda, Cheras, di sini, pada 30 Mac lalu.

“Tangkapan dilakukan di sebuah rumah teres berhampiran beberapa bank yang dipercayai menjadi tempat melakukan transaksi,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.

Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja. “Selain itu, siasatan polis mendapati modus operandi yang mereka lakukan ini taktik baru. Sebelum ini sindiket sama skim penipuan dengan menawarkan mangsa percutian ke Macau, kononnya sebagai hadiah istimewa dimenangi mereka.

“Namun, mangsa terlebih dulu perlu memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank diberikan dan selepas mangsa memasukkan wang, anggota sindiket terbabit menghilangkan diri,” katanya. Berikutan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai berhati-hati dan segera melaporkan pada polis jika dihubungi individu yang mendakwa mereka pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara serta dan meminta segera memindahkan wang di dalam akaun peribadi masing-masing ke akaun pihak ketiga

*** hati2 yer u olls...macam2 jenayah sekarang dengan modus operandi yang boleh mengelirukan orang..

sumber dari METRO

Sambungan Entry Serikin

Salam and good morning u olls...ini sambungan kisah adik bongsu pergi melawat Serikin mencari cicak Tokek...erk? amenda tu? entah la..i ikut je la penerangan dia walau pun i sendiri x paham,katanya ayah kwn dia yang suruh beli cicak tokek..nak buat apa x tau la..rasanya pernah terbaca yang rega cicak tokek ni agak mahal di semenanjung dan ianya adalah utk tujuan komersial perubatan..sahih ke tak..x dapek acik nak nolong...

 cantik2 jugak baju dan kain2 kat sini...harga x tau..
 berkenan kebaya kaler cekelat tuh...
 Barangan kraftangan dan hasil daripada rotan..
 i tau...yang ini mesti pakcik jual bakso mcm yang banyak kat Indonesia tu....kan?
 haaaa...ini la cicak tokek yang diorang cari...comel gak erk?tapi tu la..tetiba cicak ni leh fofular dari i...eh....tetiba lak...
 Model x berbayar ..sukarelawan nak jadi model utk melariskan cicak2 nih..hahahahah..lariiiiii....
pandangan dekat buat i geli lak..mesti cicak ni x pakai contact lens sebab tu mata dia x cantik...
so...habis daaa...itu jer gambar yang dikirim oleh adik i....minah senget tu ckp blog ni x menarik..lagi menarik letak gambar dia banyak2..pooooodahhhhh......

Tuesday, April 5, 2011

A Visited to Serikin@Sempadan Kalimantan

I dapat email dari adik bongsu i nun jauh di Sarawak..ni gambar dia masa pi jenjalan kat Serikin atau  Sempadan  Kalimantan...macam2 ada...agenda minah2 ni adalah mencari cicak tokek..nak buat apa..i tak tahu la..dia pun x bercerita secara lanjut...apa2 jom tgok gambar...

 3 dara konon pinggitan
 tetiba ada minah gunjai kat situ...
 Kesian nengok payung ko dik...
 mungkin mamat belakang tu ckp ada aku kisah ko nak posing depan kedai aku...
 pandangan Serikin la kot...
 Udang kering dan ikan masin..kalau x kenal pi masuk darjah 1 balik
 madu itu racun..
 barangan kemas..
 perkakas dapur..suka tgok kuali yg besor tuh..
 tembikar la kot...
 barangan lama
macam2 ada kan...klasik..tembikar dan phone lama tu cantik buat hiasan kan?
itu jer gambar dia kirim..dia pun sama pemalas..nanti dia kirim lagi katanya...dalam pada2 sibuk nak exam sempat pi jenjalan kan?sabar aje la...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah