Wednesday, July 28, 2021

Apabila Semua Serba Tak Kena..

Assalamualaikum...

Hi korang...


Kadangkala SA tak faham dengan sesetengah orang...kadangkala rasa nak marah dan nak hentam balik. Tapi bila difikirkan semula..nak marah pun takde faedah....tapi apa jer yang kita semua boleh buat..buat bodoh makin menjadi- jadi bab kecam mengecam ni...tapi perasan tak setiap situasi tu sememangnya berlaku antara diri kita dan orang- orang terdekat? SA bukan la bekerja sahaja, SA pun berniaga jugak...ragam orang- orang terdekat ni memang adakala buat SA rasa geram...tapi SA mampu bertabah aje la....sebab tu SA malas nak aktif sangat berniaga...kalau ada yang order jer baru SA buat jualan..

Korang pernah berhadapan dengan situasi di bawah?




👉Artis jual produk kurang berkesan kat kau, kau diam tak komplen.

Kawan kau jual produk kurang berkesan kat kau, kau minta refund siap viralkan di fb.

👉Guardian jual produk cuci muka import tak ada tanda halal dan kkm, kau beli tak bising dan pakai tanpa was-was.

Kawan kau jual produk lambat dapat halal dan kkm, kau kata produk kawan kau tak berkualiti dan tak bagus malah rasa was-was walaupun kau tau kawan kau tu Islam.

👉Bakers homemade buat kek siap bedeko bagai nk rak..sanggup perah idea sampai tak tido..jual rm100 pon ko kate mahal!!!

SR jual kek bulat kosong tak ade deko harge ratus2 rilek je ko beli..padahal ko pon tak tahu yg buat tu org islam ke tidak..kebersihan proces dr kilang terjamin ke tidak?

👉Ayam Kepsi seketul RM4 kau kata murah. Jual satu set kentang, ayam, air RM6.90 kau kata berbaloi.

Kawan kau jual ayam goreng tepung RM3 seketul kau kata mahal.

👉Kedai Torchlight Nasi Kandar jual nasi, ayam goreng, kuah kari caj kau RM7 kau kata murah dan bayar tanpa komplen.

Kawan kau jual nasi, ayam goreng, sayur, kuah caj kau RM6 kau kata dia jual mahal macam nak naik haji cepat.

👉Bertabahlah wahai sahabat bila berniaga di Malaysia. huhuhuhuhu

Kawan2 nk support berkira.. memilih pulak tue..

Tolongla support kawan2 buat business..tak kisah la business apa pun..

Yang paling best....bila bagi FREE...dia dulu nak....😂😂😂

12 comments:

  1. Setuju.....
    Kalau orang kutuk bangsa kita kita nak marah tapi hakikatnya...Kalau tak mampu bantu jangan lah pula memusnahkan...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat. Sebab tu saya malas nak berniaga beria. Kalau orang nak kita buat la jual takat mana yang order. Malas nak promot2 sangat.

    Saya jual popia kat cikgu2 sekolah anak pun kena fitnah dengan jiran kata saya letak benda tak elok nak sihir orang. Last2 stop jual sebab malas nak serabut fikir.

    Bila berniaga ni memang ramai la yang dengki. Yang komplain itu ini.Bukan orang lain pun yang complain tu.Biasanya orang dekat2 dengan kita je.

    ReplyDelete
  3. hehehe faham
    selalu juga dulu2 mengalami perkara yang sama

    ReplyDelete
  4. Situasi yang pernah PC saksikan dan dengar daripada pengalaman kawan-kawan.

    ReplyDelete
  5. Memang ramai orang macam ni. Patutnya dengan kawan or sedara la kita nak harapkan sokong kita bisnes, ni lagi nak melingkup. Tulah kan, tak tau nak buat cmane. Tak layan kang kata meniaga main2.

    ReplyDelete
  6. Pekakkan telinga ja bila berhadapan dhn org2 mcm ni

    ReplyDelete
  7. betul tu.. bila kawan jual bukan nya support malah mengata lagi adala.. hurm.. macam2 zaman skrng.. smoga kita smua ada sifat saling membantu satu sama lain.

    ReplyDelete
  8. Macam macam hal duniawi yang berlaku sekarang. Saya pun tak berharap kawan terdekat akan support. Biarlah orang yang tahu hargai support kita.

    ReplyDelete
  9. biasalah kak.. nk jd usahawan ni mmg nk kena hati kental.. ignore je yg mengata² tu.. akak balas dgn senyuman je

    ReplyDelete
  10. Bukan senang nak berjaya dalam bisnes

    ReplyDelete
  11. Banyaknya dugaan. Orang yang hasad dengki ini ada sahaja cari jalan nak musnahkan orang lain.

    ReplyDelete
  12. Setuju... sy fobia juga kalau berada dalam situasi macam tu...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah