Saturday, July 17, 2021

Tak Sanggup Nak Makan..Rasa Nak Framekan Aje....

Assalamualaikum 

Hi korang...

Sana- sini ramai yang upload atau publish Roti Jala Jelita dan ramai yang dah jadi usahawan Roti Jala Jelita kan. Semua menampilkan kreativiti mereka dalam menjala roti jala. Dulu..Roti jala hanya makanan biasa untuk sarapan pagi atau minum petang. Atau menu utama untuk majlis- majlis hari lahir, kenduri doa selamat, kenduri kahwin dan sebagainya. Kini roti jala diberikan pengikhtirafan menjadi hidangan kayangan yang semakin mendapat tempat di hati penggemarnya.

Ada yang pernah bertanya "alaaaa...roti jala aje pun.kenapa mahal sangat" 

Hey...zaman berubah ok...kini roti jala dah menjadi ROTI JALA JELITA. Kenapa jelita? sebab kini ia dihasilkan penuh berseni hasil sentuhan dan kreativiti magic hand pembuatnya. Tak payah pergi jauh la...kawan office SA.. Arleena Abd Rahim adalah pengusaha roti jala jelita dan kini semakin dikenali di sekitar Cheras. Semakin banyak permintaan untuk special- special occasion. Tengok la hasil kreativiti Arleena di bawah ni...kalau korang kat tempat SA kan...korang sampai hati ke nak makan? Dari suka- suka dan minat, kini mendapat permintaan.

Semua ni hasil sentuhan magic hand Arleena...kagum SA tengok...cantik sangat....kalau macam ni punya cantik macam mana nak makan...

Jom tengok gambar...


































 

Menurut Arleena, bukan mudah nak menghasilkan Roti Jala Jelita ni. Dulu dia hanya buat suka- suka jae..tapi sekarang dia berpuas hati kerana sudah ada pelanggan tersendiri dan mampu menjana pendapatan sampingan. Bukan mudah seperti membuat roti jala biasa sebab tu harganya sedikit berbeza seiring dengan usaha dan idea yang dipersembahkan. Kebanyakkan hasil- hasil kreativiti yang dihasilkan adalah mengikut kehendak pelanggan dan Arleena cuba merealisasikan mengikut kehendak pelanggannya termasuk corak dan warna.

Bukan mudah ye..menurut Arleena lagi, ianya tidak macam menjala roti jala biasa tu..nak buat Roti Jala Jelita sedikit renyah. Kena pandai bermain dengan warna, cara kiraian lain dan acuan pun lain. Kena pandai gulung ikut bentuk bunganya dan kena pastikan ianya kemas dan cantik. Namun kuah pencicahnya masih sama iaitu kuah kari, serawa durian ataupun kaya. Ikut permintaan pelanggan.

Arleena banyak menerima tempahan Roti Jala Jelita untuk dijadikan sebagai hantaran, majlis hari lahir dan keraian lain. Setakat ini Arleena menerima tempahan sekitar Cheras. Kalau ada tempahan dari area lain boleh dipertimbangkan samada ianya dihantar menggunakan perkhidmatan Lalamove. Caj penghantaran juga akan dikenakan. 

Korang kalau berminat nak tempah Roti Jala Jelita dari kawan office SA ni...boleh la hubungi beliau. Kalau nak buat surprise kepada orang- orang tersayang pun boleh. Korang deal aje dengan Arleena. 

Sebarang tempahan sila hubungi

Arleena Abd Rahim > 012-3636349

Facebook : https://www.facebook.com/arleena.rahim

Instagram : https://www.instagram.com/ar_rimau.kitchen/


21 comments:

  1. ala.. kenapa kat cheras je? sungguh menyeksa jiwa mampu tengok gambar je ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cantik2 kak, macam lukisan ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. Kalau cantik macam ni, sayang pulak nak makan hahahaha

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kak. Seronok kalau dapat mcm ni.

    ReplyDelete
  5. kreatif sekarang ni pembuat roti jala..inovasi roti jala

    ReplyDelete
  6. Wohh jelitanya roti Jala.. boleh buat utk byk event ni

    ReplyDelete
  7. Ya. Memang cantik-cantik semuanya.. Si pembuat pastinya seorang yang kreatif dan berjiwa seni.

    ReplyDelete
  8. Hilang stress kalau dapat jala jelita begini....tapi pandang-pandang sajalah, sayang nak telan hihihiii! Cantik sangat.

    ReplyDelete
  9. Waaa cantiknya. Dulu kek marble jelita. Sekarang ada roti jala jelita pulak. Sayang nak makan sebab cantik sangat. Memang bukan mudah nak buat roti jala macam ni. warna dan bentuk. Nak menyusun lagi. Kagum dengan pembuat roti jala jelita ni.

    ReplyDelete
  10. Buang perkataan jala tu
    Jadi roti jelita aje

    ReplyDelete
  11. Cantiknye roti jala jelita nih, memang kalau ada depan mata dok tenung jerlah sayang nak makan

    ReplyDelete
  12. Ni memang jelita sangat ni.nak cicah kari buat makan pun tak sanggup๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  13. kreatif orang2 ni. Roti jala pun boleh jadi cntik mcm ni. Memang sayang nak makan.

    ReplyDelete
  14. Kalau macam ni punya jelitalah saya pun tak sanggup nak makan. Framekan terus

    ReplyDelete
  15. Ya Allah kak cantiknya sume. Saya pun ada plan nak tempah utk birthday suami nnti. Syg kan nak makan cecantik mcm ni

    ReplyDelete
  16. Kreatif kawan Kak SA. Sekarang ni memang trend roti jala yang dihias macam ni.

    ReplyDelete
  17. betullah, rasa sayang nak makan, rsa nak framekan je. teruja sgt sy tengok hasilnya... kemahiran dan kreativiti tu yang mahal. hasilnya cantik, kemas, tambahan pulak kalau sedap. lengkap pakej!

    ReplyDelete
  18. Kalau nadya, mmg xsangop nak makan. Cantikkkkk!

    ReplyDelete
  19. Roti jala jelita ni dh byk btul agen dia kan.. Suka tgk corak2 yg dihasilkan.. Mcm2 bentuk.. Betul.. Syg nak mkn mulanya tp haha telan jgk..

    ReplyDelete
  20. Yang wane biru tu Allahhhh cantiknyeee kak SA! sanggup bekukan xnk rosak hahaa ^_^

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah