Wednesday, January 4, 2023

Sarapan Pagi Beli Pokok Cili

Assalamualaikum...

Yang ni kisah sarapan pagi masa SA cuti 2 minggu lepas sebelum majlis bertunang. Bawak Mak Pah dan adik SA jugak si Lissa. Masa ni orang tak berapa ramai...meja pun banyak je...selalu tu penuh...macam biasa la makan sate kan...Mak Pah dan Pak Zain makan nasi lemak telur mata...SA plak saje nak cuba makan mee goreng basah diorang...sebab SA ternampak cili jeruk. Cili jeruk tu bagai memanggil- manggil SA..hahaha...ye la makan mee greng ada cili jeruk memang sedap kan...



Mak Pah ni bila ajak selfie macam ni la..dia jenis x suka amik gambar tapi kena paksa..


Mee goreng basah dia sedap


Letak plak cili jeruk....huiiii.....


Macam biasa amik sate daging yang sedap...


Then sate ayam
 

Kat sini ada jual pokok cili...so Pak Zain beli la...2 pokok..amik yang RM5 sepokok..


Apa lagi la tu yang di tinjau- tinjau tu....

Settle lepas tu kami balik...nak kemas rumah..macam- macam nak buat..Lissa cuti jugak semata nak tolong SA mengemas...tapi x banyak dapat kemas pun..sebab masa tu awal lagi nak keluarkan sofa apa segala kan...macam mana la SA boleh lupa nak update and pubished citer ni...lama plak dalam draft...heheh...

14 comments:

  1. Selera kita sama, suka sangat Mee Goreng.. tambah lagi ada cili jeruk, lupa diri terus.

    ReplyDelete
  2. klu saya pulak, suka makan char kue teow dgn cili jeruk. Yummsss

    ReplyDelete
  3. X pernah lg mkn mee grg dgn cili jeruk tp dgn CKT tu mmg selalu.. baru skrg pandai mkn cili jeruk ni sbm ni x reti.. hehe

    ReplyDelete
  4. dapnye..mee guyeng basah, kena plak panas2 lagi....yum yum
    sempat je pak zain shopping pokok yer

    ReplyDelete
  5. ya Allah kenapalah jauh pulak kedai akak tu, tergoda nengok sate tu nengok mee goreng tu alahai sedapnya

    ReplyDelete
  6. satay daging tu nampak macam memanggil2 je nak ke sana mcm jauh

    ReplyDelete
  7. Cili jeruk kalau makan dengan char kuew teaw pun padu. Beli dekat pasar malam mesti request cili jeruk

    ReplyDelete
  8. Mee goreng atau kuew tiaw goreng lagi kick bila ada cili jeruk..

    ReplyDelete
  9. minggu ni dah cuba ajak suami gi makan kat sini...ntah berjaya ke tidak ajakan itu

    ReplyDelete
  10. Nampak menyelerakan.
    Bagusnya adik ambil cuti

    P.S: Kak SA, saya lagi muda belum panggil kak. Saya lahir Januari 1979. Beza beberapa bulan dengan Kak SA. Maaf sebelum tulis SA sebab tidak tahu hendak bahasakan apa.

    ReplyDelete
  11. Baca tajuk ingatkan sarapan cilišŸ¤£
    Terliur sate daging tu..

    ReplyDelete
  12. lps ni syoklah akak petik cili yang pak zain bli tu..hehe

    ReplyDelete
  13. seronoknya beraktiviti bersama kelluarga

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah