Monday, February 13, 2023

Resepi Kerutuk Daging

 Assalamualaikum...

Siapa suka makan kerutuk daging? SA mula pandai makan lauk kerutuk daging ni masa pi Kedah...ada pi rumah kawan kat Kedah dulu...sedap betul mak dia buat...memang lauk kerutuk ni selalunya belah- belah utara yang buat kan...ke salah? SA masih x lupa la kesedapan lauk kerutuk daging ni..nak buat tak berapa nak pandai dan pernah buat tak menjadi...sudahnya repair balik terus jadi kari...sayang la kan takkan tak jadi terus nak buang...

Tnegah- tengah scroll page resepi SA terjumpa resepi kerutuk daging ni...tak tunggu lagi SA nak simpan la kat blog ni...senang SAa nak rujuk kan...korang pun boleh gak cuba buat nanti...katanya pun sharing is caring...ni tak lama lagi nak bulan puasa ni..memang sedang elok la kalau buat lauk- lauk macam ni...makan dengan nasi panas..memang sedap la....

Jom kita tengok resepi jom...




RESEPI KERUTUK DAGING


Daging (potong ikut suka)

1bj bawang besar*

3ulas bawang putih*

5btg serai*

1inci halia*

6tgkai cili kering*

1inci lengkuas (ikut suka)* saya skip

Sdikit jintan manis (ikut suka)*

Kerisik (ikut suka)

1bungkus rempah kerutuk

1/2kotak santan

Gula (gula nisan, melaka, perang or gula biasa)

Serbuk perasa

Garam

Rempah 4 sekawan


Cara

1. Potong kasar bahan bertanda * dan blend hingga halus bersama sedikit air dan minyak..

2. Tumiskan rempah 4 sekawan... bahan blend hingga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hingga pecah minyak baru masukkan daging bersama santan dan kerisik..masak hingga daging empuk

3. Dah empuk baru msukkan gula dan serbuk perasa...kuah ikut suka nak tahap kapekatan tu camna..kalau suka berkuah boleh tambah air..Kalau nak kering terus masak sampai kering...

Selamat MencubašŸ˜‰

Kredit Resepi : jamaliah samsudin



8 comments:

  1. sedap ni kak..mkn bertambah klu ada lauk ni..:)

    ReplyDelete
  2. Dah banyak kali nampak resepi kerutuk tapi tak pernah makan lagi daging kerutuk.

    ReplyDelete
  3. mak saya suka masak kerutuk itik...pun sedap juga dah kira macam signiture dish keluarga kami

    ReplyDelete
  4. sekali je dana pernah masak kerutuk, itupun pakai rempah adabi rasanya... tapi mcm tak kene dengan tekak ni rsanya

    ReplyDelete
  5. macam sedap pulak, tak pernah lagi jumpa try buat sendiri..pernah rasa dekat food review aje..boleh cuba cari rempahnya nanti

    ReplyDelete
  6. Rasanya kerutuk ni femes di belah2 pantai timur. Kalau di utara gulai daging campur pisang atau umbut pisang.

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa. lama tak masak. kalau campur kerisik sikit mesti umphhh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah