Thursday, June 13, 2024

Event Anti - Bribery Corruption Awareness

Assalamualaikum...

Semalam SA joined event Anti - Bribery Corruption Awareness ni..bagus event ni walau di kendalikan oleh inhouse HSSE department tapi banyak knowledge yang kami dapat. Kempen membasmi Rasuah ni patut di implement di mana- mana organisasi. Memberi kesedaran betapa bahayanya Rasuah dikalangan masyarakat x kira bangsa dan agama dan apapun organisasi...

Rasuah mengikut definisi SPRM ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Bahaya tau rasuah ni....sekali buat lepas tapi bila dah seronok...dah berkali- kali pasti akan terperangkap..



Focus konon tapi masa kuiz 4 salah..hahaha...kena repeat paper nampaknya nanti...




Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694) :

  1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
  2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
  3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
  4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
Gagal Melapor

Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009

  • DENDA : Tidak lebih RM100,000
  • PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali

Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan di bawah Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009

  • DENDA : Tidak lebih RM10,000
  • PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali
Anda Dilindungi

Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

  1. PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.
  2. PEMBERI MAKLUMAT boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
  3. PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.


Kredit Info Rasuah  > SPRM

6 comments:

  1. Selalunya ramai je yg terdedah dgn rasuah ni, kadang2 dia tahu si polan ni ambil rasuah tapi takut nak laporkan,jd di biarkan..jadi si polan ni terus je buat kerja jahat..

    ReplyDelete
  2. SPRM menjaga kerahsiaan pemberi maklumat....yg ni bila kita bongkarkan satu rasuah tu kita pun takut orang tahu kita yang bongkarkan.....

    Mana tak seronoknya SA buat berkali kali rasuah ni sebab imbuhannya kadang2 tak masuk akal. Moga kita semua dijauhkan dari mengambil dan memberi rasuah....

    ReplyDelete
  3. Ini memang harus diberantas sampai ke akar, walo jujur saya kadang pesimis dengan penerapannya di Indonesia ๐Ÿ˜ž. Kalo company swasta okelah, biasanya tak banyak. Tp kalo perusahaan pemerintah, wassalam. Macam dah menyerah saya berharap mereka bersih..

    ReplyDelete
  4. Staff yang bekerja dalam department yang mudah terdedah dengan rasuah kena alert๐Ÿ˜Ž

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah