Assalamualaikum...
Salam Isnin, selamat bekerja buat semua yang bekerja dan selamat menguruskan rumahtangga kepada semua surirumah di luar sana.
Ini cerita Jumaat lepas...pagi Jumaat PZ tiba- tiba nak balik kampung...lama dah x balik katanya...so SA dan Nia bawak la PZ balik kampung..kebetulan Nia pun cuti kan...macam biasa la kalau balik kampung apa je aktiviti kami..PZ paling suka sebab dia dapat merayau cari sayur- sayur kampung...
Jom tengok gambar yang SA share...oh ye..kepada yang tidak tahu..ni adalah kampung arwah Mak SA...memamng suka balik sini...tapi tu la..lepas seorang..seorang dah pergi meninggalkan kami...bermula arwah Mak Long 2018, Arwah Mak March 2024, Arwah Achik 2024 juga...tinggal Mak Lang, Mak Teh, Pak Uda dan Paksu...tapi x semua ada di kampung...semakin hari semakin sunyi...tapi hidup perlu diteruskan...
Jalan menuju ke Seri Menanti
Seronok sebab sejuk je udara walau cuaca panas
Kiri kanan hutan masih dipelihara memandangkan YDPNS Tuanku Mukhriz selalu balik Istana
Dari jauh nampak bukit bukau
Nak sampai dah
Bandar Diraja Seri Menanti
Gerbang yang menyambut kedatang dan kepulangan anak kampung
Jom tengok hasil kampung yang PZ petik
Terung Telunjuk
Bunga Kantan
Pucuk betik
Daun kunyit
Eh..eh...kenapa ni tutup mulut ni...
Pak Lang yang makin hari makin meniti usia
SA dan Mak Lang
Mak Lang pun dah x berpaa kuat asbab Kencing Manis
Leka kami berbual
PZ jawab call dari adik SA
Tak lama pun kami dikampung...
Sampai dalam pukul 10.30am, pukul 12pm kami dah gerak balik Seremban...nanti la plan lain dan stay sampai petang..boleh main masak- masak kat sana plak...balik sekejap- sekejap x best....dengan hasil kampung ni la SA masak asam pedas petang Jumaat...SA memang suka je balik kampung..mas arwah Mak ada dulu memang boleh dikatakan setiap hujung minggu kami balik...masa arwah sihat la..dan stop balik bila arwah patah kaki dan dah potong kaki seterusnya arwah makin uzur...
Harap- harap kami ada masa dan kesempatan balik kampung lagi...insyaallah...
bestnya balik kg! MZ suka bunga kantan tuu
ReplyDeletesemoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik buat pak lang dan mak lang SA.. ameen..
ReplyDeletealhamdulillah dapat balik kejap pun dah nampak PZ seronok dapat jumpa family borak borak
ReplyDeleteSeronoknya balik kampung petik sayur...
ReplyDeleteSelagi ada kesempatan ni gunalah sebaiknya SA kan..
seronoknya ....kutip hasil kg...gemok-gemok terungnya...moga makcik dan pakcik sntiasa dalam lindungganya.....
ReplyDeletebestnya..sayur kpg, fresh from the farm...seronok balik kpg di bandar diraja, mesti ada pintu gerbang..sama jg di kuala kangsar..
ReplyDeleteSeronok balik kampung dapat ziarah saudara mara. Sedih bila ziarah tu terkenang sorang-sorang pergi meninggal dunia.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki tu dapat macam-macam jenis sayur kampung. Betul tu kak, balik kejap je tak syok. Ada masak-masak tu lagi best. Bila lagi nak rasa masakan kampung di kampung kan.
ammi kalau balik kampung pun sekarang ni mcm dah kurang seronok. sepupu semua dah tak duduk di rumah pusaka sebab payah nak uruskan abah dorang yang uzur. jadi dorang duduk di rumah yang kecil. senang abah nak ke tandas bagai.
ReplyDeleteAlhamdulilah ukhuwah berpanjangan dengan adik beradik MP. Wah meriah hasilnya tu.
ReplyDelete