Tuesday, June 17, 2025

Mood Swing? Benda Biasa, Sis!

Assalamualaikum....

Hari Ni SA Moody, Tapi tak apa…

Hari ni SA bangun dengan satu perasaan yang SA sendiri pun tak tahu nak label. Bukan sedih sangat. Bukan juga marah. Tapi dia ada... macam awan mendung dalam hati. Nak buat apa pun rasa tak semangat. Nak senyum pun rasa malas. Nak buka phone? Scroll dua tiga post je dah rasa “eh… cukup lah". Kadang kita rasa macam tu tanpa sebab yang jelas. Macam tiba-tiba je hati jadi berat. Mungkin sebab badan letih. Mungkin sebab kepala serabut. Mungkin juga hormon tengah main-mainkan emosi. Tapi satu benda SA sedar, kita selalu rasa kita kena okay. Kena ceria. Kena senyum. Kena layan orang macam biasa.

Tapi hakikatnya, kita manusia. Bukan robot.

Hari-hari moody ni sebenarnya penting juga. Ia macam signal yang badan dan hati kita bagi “weh, slow sikit boleh tak?” Jadi bila perasaan tu datang, sa tak lawan. SA biar diri rasa apa yang perlu dirasa.

Biasanya bila SA moody, ada beberapa ‘ritual’ yang SA suka buat:

  • Buat air coklat panas, minum perlahan-lahan sambil pejam mata.
  • Main playlist lagu-lagu yang tenang, kadang sengaja pilih yang mellow supaya feeling tu ‘terkeluar’ sikit.
  • Pi kat tingkap, pandang langit, dan biar fikiran terbang jauh (overthinking sikit takpe, janji tak lemas dalamnya).
  • Rehat pi NuSentral jenjalan, beli choc ke atau just window shopping kat mana-mana kat situ..

Atau…kalau kat rumah  baring je dan peluk bantal kuat-kuat.

SA juga elakkan media sosial bila emosi tak stabil. Sebab bila hati rapuh, semua benda senang trigger. Tengok orang lain happy, kita rasa lagi kosong. Padahal hidup kita okay je, cuma hari ni mood tengah bercuti.

Dan sebenarnya, benda paling penting untuk SA ingatkan diri sendiri (dan mungkin juga korang yang tengah baca ni):

Kita dibenarkan rasa semua ni. 

Kita tak salah bila moody. 

Kita cuma manusia biasa yang tengah belajar jaga hati sendiri.

So kalau korang tengah lalui hari yang suram, SA nak cakap satu je:

Tak apa kalau hari ni korang tak okay.

Ambil masa. 

Rehat dan esok, kita cuba lagi.


Love,
Suria Amanda
Seorang yang tengah belajar terima hari-hari moody dengan hati yang lebih tenang.


5 comments:

  1. Ya betul... Memang akan ada hari² kemalasan kita. Dan sebab tu macam LeYa & husband hujung minggu akan cari tempat bercuti untuk rehat.

    ReplyDelete
  2. so true..ada hari2 yg kita akan rasa down..tambah2 lagi kita ni kan..wantita
    its okay...normal tu.. moga cepat2 ceria kembali key sis...
    kalauayu..coffee la peneman time mcm ni..extra2 lagi

    ReplyDelete
  3. itulah jiwa perempuan....ada pelbagai rasa....moga cepat-cepat kembali ceria adikku..

    ReplyDelete
  4. Kita manusia ni mmg tak sempurna.
    Selagi tak duduk dlm syurga, selagi tu la perasaan silih berganti, kejap sedih.. kejap happy. Betul kata SA, time mood tgh swing, jgn la sekali2 bukak sos med. Tapi kdg tgn gatal jugak nak bukak pastu terbaca yg bebukan.. ehhh tambah sedih. 😂😂

    ReplyDelete
  5. Kita manusia kak..
    lagi bila perempuan, ada kalanya moody tu bagus supaya kita sedar yang kita ni manusia..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah