Wednesday, June 11, 2025

WW~ Si Hijau & Si Biru

Assalamualaikum....

Hi korang...

Siapa ada hobi kumpul duit?



 

SA masih meneruskan hobi kumpul duit hijau... Duit RM5 dan sedang berjinak mengumpul duit RM20...kalau tengok kat apps Lemon8..ramai yang share tips kumpul duit..SA dh lama kumpul duit especially duit hijau dan duit biru RM1...untuk raya hari tu SA dah guna separuh untuk duit raya...ini baki yang tinggal sehingga hari ini...duit RM1 memang ada banyak dalam bekas...x kira lagi...biar dulu la...


Kenapa kumpul duit RM5 dan RM1 banyak?

SA suka kumpul untuk guna sebagai duit raya, sama dengan duit RM1...so akan datang SA x perlu nak tukar duit kat bank dah...macam tahun lepas sampai 31 Disember SA dah ada duit RM5 sebanyak RM1300, separuh SA masukkan dalam ASB dan separuh SA guna untuk duit raya..ini SA kumpul balik..dalam bekas ni dah ada total RM380 dah...jauh lagi nak cecah RM1000...sama dengan duit RM1...asal hampir penuh wallet SA..SA akan transfer dalam tabung atau dalam bekas yang sesuai...duit syiling pun dah ada 3 botol yang penuh..sekarang tengah mula kumpul untuk botol baru...ntah bila nak hantar bank untuk kira..kira sendiri nanti muntah plak mengiranya...kan?hari tu buat gak la duit RM50 simpan 2 minggu sekali...tapi terpaksa guna hahaha...x konsisten la kalau duit RM50...slowly la cuba erk...SA nak mula balik hujung bulan ni...selit2 la RM50 tu kat mana-mana..SA pernah buat dulu tau...bag duit jenis banyak compartment..2 mingu sekali SA ketepikan RM50, dh buat 2 bulan so duit dah terkumpul RM200...lepas tu x simpan lagi..duit yang SA selit dalam compartment wallet tu SA terlupa ye...lama sampai la SA nak tukar wallet baru bila keluarkan semua isi wallet lama tu tengok2 eh...ada duit extra la...ingat- ingat semula...ooo duit aku selit2 nak kumpul....

Lagi satu SA pengumpul syiling tegar ye...suami suka sepah2 duit syiling..SA yang kutip masuk tabung...x kisah la duit syiling dalam mesin basuh ke, dalam kereta atau atas lantai dalam bilik...semua SA pungut dan masuk tabung...padan muka..sape suruh sepah- sepah dan sape suruh x keluarkan dari seluar jeans kan...

Bila ada duit selit- selit atau duit yang kita kumpul ni...bila terdesak boleh guna kan?


12 comments:

  1. Bagus ada hobi macam ni..... Nak beratur panjang kat bank tu banyak buang masa.

    ReplyDelete
  2. wahhhhh...bagusnya hobi akak ni...
    tapi cash adalah kelemahan nieyl, mcner ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Bagusnya macam tu kak. Tak payah lah nak pergi tukar duit raya kat bank kan. Duit syiling tu kalau jumpa dalam rumah memang ke tabunglah dia. Betul, bila terdesak tu boleh guna dulu.

    ReplyDelete
  4. bab kumpul RM1 dan RM5 tu memang payah sikit...sebab duit tu skang buat belanja sekolah...hahaha...linda cuma boleh nak asingkan untuk simpanan bulanan je sikit2...
    anak 4 tengah sekolah nie, kejap2 keluar duit..tak dan menyimpan...

    ReplyDelete
  5. bagus ni SA. tak perlu rebut nak tukar duit kecik utk buat angpow raya kan.

    ReplyDelete
  6. Kak Ngah kumpul note RM20..dari tahun lepas..cuma lately dah lupa nak simpan balik..mm kat mana tabungnya pun Kak Ngah dah lupa letak mana..hehehe

    ReplyDelete
  7. hobi yg bagus..Ayu pernah buat gak tapi x bertahan lama
    syiling..ayu kumpul syiling emas...hari tu penuh gak setabung..ada entry dlm draft tu...x post lagi

    ReplyDelete
  8. Part selit-selit lepas tu lupa, bila jumpa tu rasa macam…wahhh seronoknya! 😃

    ReplyDelete
  9. hobi yg bagus, acik baru nak menyimpan korek balik hahahahaa

    ReplyDelete
  10. Best kalau selit-selit lepas tu terlupa.
    Tiba-tiba terjumpa.. ehh.. terasa aku kayo 😅

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah