Assalamualaikum....
Korang dapat banyak daging korban tak?Bila tiba Hari Raya Aidiladha, memang peti ais mula penuh dengan daging segar. Tapi, cabaran paling besar adalah masak daging korban supaya empuk dan sedap. Kan? Tak semua bahagian daging sesuai untuk semua jenis masakan. Sebagai contoh, daging batang pinang sesuai untuk masak goreng kunyit, goreng kicap atau masak merah, manakala daging bertulang elok untuk buat sup atau gulai..ada juga bahagian- bahagian lain untuk masakan jenis Kari atau di salai atau dibakar cicah air asam..tekstur dagaing mesti lembut baru la x susah nak makan.
SA terbaca kat FB ada cara atau tips untuk masak daging supaya lembut dan sedap dimakan...SA share kat sini untuk perkongsian kita bersama..mana la tau kita nak masak menu daging korban kan..daging korban x boleh simpan lama ye tak?
TIPS MASAK DAGING KORBAN
1. Jangan terus dimasak selepas sembelih, sebaliknya biarkan selama 4 hingga 6 jam supaya daging tak keras dan menjadi lembut. (SA simpan 2 hari sebelum masak)
2. Gunakan pelembut semula jadi seperti nanas, daun betik atau air limau untuk melembutkan daging (SA guna air kelapa dna msukkan sudu besi) dan satu lagi..boleh guna akar daun pandan..insyaallah cepat lembut daging.
3. Rebus bersama rempah untuk menghilangkan bau hamis daging. Boleh rebus bersama halia, daun salam, lengkuas dan serai, buang air rebusan pertama, kemudian teruskan proses memasak.
4. Potong daging dengan cara melintang urat supaya daging tak liat dan senang dikunyah.
5. Pastikan untuk guna pes dan rempah yang sesuai.
6. Masak dengan api perlahan supaya rempah meresap dan teksturnya kekal lembut.
Selamat mencuba...
Selalu tak reti bab urat tu. Potong jela masuk periuk noxxa jadi lembut. Hihi
ReplyDeleteKebanyakan lembu korban ni lembu muda
ReplyDeletedagingnya taklah liat sangat.
Di Seremban tak pernah dapat daging korban. Sebab balik kg kan. Tapi mak mentua ada buat korban. Dagingnya tak bawa balik sebab kami berdua bukan pemakan daging sangat. Di kg Segamat biasanya memang dapat. Cantik tengok daging tu. Segar dan elok je. Ohh baru tahu guna nanas, daun betik dan air limau tu untuk lembutkan daging. Biasanya letak sudu dan potong nipis lawan urat dia. Atau rendam dengan cuka makan kejap.
ReplyDeleteTerima kasih untuk tipsnya. Nanti boleh cuba mana-mana yang mudah.
ReplyDeleteTq share
ReplyDeleteKebetulan juga saya tengah cari cara masak daging korban...macam boleh cuba guna nenas
ReplyDeletenieyl kalau nak cepat, nieyl potong nipis2 je kak hehehe..
ReplyDeletecuma kalau nak masak yg daging potong besar sikit tu, kalau rebus mak pesan api kena slow dan tutup...
Okay tips nombor 2 tu something new utk saya. Pernah dengar org rebus daging guna sudu besi je
ReplyDeleteNice sharing ni sis...Bleh try nnt.
ReplyDeleteBab urat memang Taufik gagal....ikut sedap hati je potong nya hahaha.
ReplyDeleteThanks for the tips 👍🏻
ReplyDeleteKalau baru dapat daging korban buat masak mee bandung mesti sedap sebab dagingnya manis rasanya sebab baru lagi di sembelih daripada daging yang dah lama simpan. Buat sup pun sodap letak dengan sambal kicap. perghhh bertambah-tambah menghirup sup
ReplyDeleteThanks sharing nya tu.
ReplyDeleteDaging yang dapat akak pun tak tau bahagian mana.
Thanks for sharing SA. Kadang nak cepat, potong ikut dan je.
ReplyDelete