Assalamualaikum...
Selamat pagi...selamat berhujung minggu semua..apa program hari ni?
Pagi ini SA rajinkan diri masak nasi lemak sambal udang setelah suami berzikir dari minggu lepas kata SA dah lama x buat nasi lemak..Bukan setakat nasi lemak kosong ya, tapi siap lengkap dengan condiments yang wajib ada iaitu telur rebus, kacang goreng rangup, ikan bilis goreng garing, hirisan timun Jepun yang segar, dan special sikit SA tambah ayam goreng tepung.
Memang penuh satu pinggan, macam sarapan pagi hari Ahad di rumah mak dulu-dulu. Lagipun masak nasi lemak mudah dan cepat kan..kalau malas manumis sambal waktu pagi boleh buat waktu malam..jimat masa dan tenaga..tapi SA pilih semuanya masak pagi ni...dah masak terus makan je...
So hari ni cheating day bagi SA...esok start semula dan makan makanan sihat ikut plan diet SA..
Sepinggan kebahagiaan...
Nasi lemak guna beras basmati dan SA campurkam halba sedikit ..
Kacang tanah dan ikan bilis goreng garing
Telur rebus
Hirisan timun jepun segar
Sambal tumis udang
Ayam goreng tepung
Kopi 434
Nasi Lemak sarapan pagi pilihan ramai dimana-mana sahaja di Malaysia..
Bau sambal tumis yang naik dari dapur terus buat rasa rindu zaman kecil dulu, bila mak hidang nasi lemak dalam pinggan enamel putih biru. Bezanya, pagi ini SA sendiri yang jadi “mak” kat dapur..😄
Untuk melengkapkan suasana, PZ bancuh satu flusk kopi 434. Tuang ke cawan dan hirup perlahan-lahan, sambil menikmati sarapan yang simple tapi buat hati rasa tenang dan kenyang.
SA masak agak banyak juga hari ini, 2 pot setengah beras. Jadi bukan saja untuk sarapan, tapi boleh sambung makan sampai ke tengahari. Senanglah sikit, tak payah fikir lauk lain untuk lunch nanti.
Kadang-kadang, bahagia itu semudah nasi lemak panas + kopi pekat di pagi hari..kan..
Korang setuju?
Kalau korang pula, lauk wajib dalam nasi lemak yang tak boleh tinggal apa ya?
Wah... Nasi Lemak sambal udang, ada ayam goreng tepung lagi. Sedap... sedap... Saya pun dah lama tak buat nasi lemak.
ReplyDelete