Assalamualaikum..
Kalau bab ikan bilis ni, memang ramai ada “team” masing-masing. Ada yang suka beli siap kopek sebab senang balik rumah terus boleh masak. Ada juga yang macam SA, lebih puas hati bila kopek sendiri.
Bukan sebab nak menyusahkan diri, tapi ada rasa 'satisfying' bila tengok hasil tangan sendiri. Lagi satu, hati pun yakin ikan bilis tu betul-betul bersih. Kadang-kadang bila buat sendiri, kita boleh pilih yang elok-elok, buang yang tak berapa cun.
SA suka beli ikan bilis belum siap kopek dari Tik Tok. Seller pilihan adalah dari Tanjung Dawai atau Lumut. Ikan bilis sana besar-besar dan fresh..Cantik bersih, bila goreng dia akan rangup lama ..
Orang Kata Ikan Bilis Lauk Kecil, Tapi Ada Kisah Besar Di Sebaliknya
SA teringat arwah Mak dulu. Dia memang suka beli ikan bilis yang belum dikopek. Aktiviti kopek ikan bilis tu macam satu “ritual” dia. Kadang-kadang sambil duduk depan TV, kadang sorang-sorang di meja makan. Sambil kopek sambil borak, sambil tu ada jugak seketul dua yang terus masuk mulut. Hahaha. Simple je, tapi sampai sekarang kenangan tu lekat dalam kepala.
Bila SA buat benda yang sama hari ni, rasa macam dekat balik dengan Mak. Walaupun nampak remeh, sebenarnya itu antara memori kecil yang buat kita rasa hangat dengan kasih sayang dia. Rindunya kat arwah Mak...sorry..meleleh plak airmata..korang yang masih ada maknayah..kumpul kenangan banyak-banyak..record video banyak-banyak..bila dah xde boleh imbau kembali dengan tengok gambar dan video..SA ada banyak gambar tapi x banyak video...
Lagipun, kopek ikan bilis ni kadang boleh jadi “me time” juga. Sambil tengok drama, sambil bersembang dengan family tangan tetap jalan.
Sekilo ikan bilis, sejuta kenangan.
So… korang team mana?
👉 Team beli siap kopek?
👉 Atau team puas hati kopek sendiri?
Bagi SA, kopek ikan bilis bukan sekadar kerja dapur tapi kenangan manis bersama arwah mak yang kekal dalam ingatan...kan?
No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......