Assalamualaikum..
Dania ni banyak betul aktiviti dia..macam- macam...terbaru dia join hiking anjuran Kelab di bawah Fakulti dia Members of Business Management Association. Dania dah Hiking di Gunung Lambak dan Bukit Senaling anjuran Mebma ni...Dania jugak dah naik Gunung Datuk dengan Sekretariat Rakan Muda.
Apa itu Sekretariat Rakan Muda?
Sekretariat Rakan Muda (SRM) ialah sebuah kelab atau badan pelajar yang ditubuhkan di institusi pendidikan (contohnya universiti, kolej, atau sekolah menengah) di bawah Program Rakan Muda yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
👉 Tujuan utama SRM:
- Jadi jambatan antara pelajar dengan program belia & komuniti anjuran KBS.
- Melahirkan pelajar yang aktif, berdaya saing, dan berketerampilan.
- Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kesukarelawanan, kebudayaan, inovasi, kesenian, sukan, patriotisme, dan kepimpinan.
- Mewujudkan ruang pelajar untuk membangunkan bakat & potensi diri melalui aktiviti berpersatuan
Sabtu lepas Dania dan rakan- rakannya naik Bukit Senaling, Bukit Senaling ni terletak di Kuala Pilah. Ketinggian hanya 394M / 1293FT dan akan mengambil masa mendaki secara santai dalam 1-2 jam pendakian. Senang cerita tidak perlu terburu-buru kerana tidak jauh pun puncak yang dikejar. Bukit ni memang tak tinggi tetapi sedikit mencabar dengan laluan yang pacak...takde belanja langsung ye..sebab SA pun dah pernah naik..
Jom tengok gambar yang sempat Dania share dengan SA..
Sampai aje jam 6.30am, tunaikan solat Subuh dulu...
Menunggu di tempat pendaftaran
Briefing session oleh guide/ sweeper
Doa dulu sebelum gerak...semoga allah permudahkan
pemandangan ni yang mendamaikan
Lalu jugak kawasan sawit ye
berpoloh- poloh ha...
lalu kebun getah gak
Dah sampai puncak
Tahniah dah sampai puncak Bukit Senaling..cuma takde awan carpet erk..
SA dari rajin hiking dulu mencari awan carpet..x pernah dapat..
SA suka gambar ni...cantik...
Bagi Dania, hiking bukan sekadar aktiviti hujung minggu, ia terapi minda, cara untuk cabar diri, dan peluang untuk rasa lebih dekat dengan alam. Setiap kali sampai ke puncak, rasa penat hilang bila nampak keindahan ciptaan Tuhan di depan mata.
Kalau korang tengah cari hobi baru, mungkin hiking boleh jadi pilihan. Tak perlu terus aim gunung tinggi, mula je dengan bukit kecil dulu. Mana tahu, macam Dania, korang pun akan jatuh cinta dengan bau tanah selepas hujan, bunyi hutan yang tenang, dan kepuasan bila sampai ke puncak.
So, lepas ni hujung minggu nak buat apa? Kalau rasa nak cuba sesuatu yang lain, jom pakai kasut sukan tu, bawa air, dan cuba hiking. Siapa tahu, satu hari nanti kita boleh hiking sama-sama. 😉
Nanti cuti panjang Hari Malaysia nanti SA nak ajak Dania naik Bukit Sikai la...training lagi dan lagi...ajak gak suami kan..dia lagi la..dulu masa zaman muda dia siap naik Kinabalu tapi tak sampai ke puncak la..separuh jalan je..sebab mental x kuat...hahahaha....
sronok dania join hiking
ReplyDeleteWahhh ... Ada hobi baru, pewaris hobi mama la ni, hiking.
ReplyDelete